Catatan

Kisah Panjang Bil Tertunggak untuk Sambung Belajar di OUM

Apabila saya mendaftar di OUM Tawau pada April 2015 untuk sesi Mei 2015 dan seterusnya September 2015, saya ingin menyambung pelajaran di OUM.  Saya memohon pinjaman di pejabat PTPTN di bangunan Fajar Tawau, tetapi gagal kerana umur saya lebih 45 tahun.  Dua hari kemudian saya mengisi borang untuk memohon pinjaman.  PTPTN.  Saya merayu tetapi pegawai itu berkata, jika umur lewat sesaat pun tidak dibenarkan.  Apa lagi berterusan selama dua hari.  Saya hanya bersetuju.  Lepas tu pegawai suruh pergi pejabat pelajaran, kat pejabat pelajaran kerani kata tak tahu fasal penaja kemudian atas nasihat keluarga yang simpati dia suruh pergi BAITULMAL.  Di pejabat kerani mereka hanya menaja pelajar lepasan SPM.  Saya minta bantuan politik, ketika itu Allahyarham YB Datuk Taufiq berkata boleh cagar tanah dalam bank.  Saya bercadang untuk menggadaikan tanah di bank, tetapi keluarga bimbang tanah itu aka...

DALAM DILEMA

Bayangkan satu projek kabinet dapur yang mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan, bermula pada 2 Disember 2021 dan siap pada 8 Februari 2022. Jika dua projek seperti ini berlaku serentak, saya sendiri tidak mampu menahan tekanan, lebih-lebih lagi apabila tekanan itu datang daripada keluarga sendiri. Kerja saya lambat bukan kerana kurang cekap, tetapi kerana dalam masa yang sama saya perlu membantu keluarga yang memerlukan. Saya tahu ada orang bercakap di belakang saya, dan itulah yang paling menyakitkan apabila orang yang kita bantu, merekalah yang paling kuat mengata. Saya pernah rasa dibuli, namun itulah hakikat hidup berkeluarga. Saya buat kerja dengan jujur dan sepenuh hati, tetapi masih ada yang hanya melihat cacat dan kekurangan. Sedangkan saya sendiri memiliki sijil ketukangan daripada Institut Latihan Perindustrian Labuan, dan hasil kerja tangan ini bukan rekaan atau penipuan. Untuk kelangsungan hidup, saya terpaksa melakukan kerja lain dan mencuba pengalaman baharu asa...

Belajar Memdu Ujian JPJ bahagian (lll) Lulus Tapi Bahagian (ll) Mengulang.

Imej
Masa memandu ujian JPJ kami menggunakan empat buah kereta berlainan, satu kereta disediakan di setiap poin, Bahagian (Ⅱ) di litar, pertama: selekoh Z dan selekoh S. Kedua: mendaki bukit. Ketiga: ada  dua jenis, Parkir Satu, undur sisi kiri jalan, Parkir Dua, undur sisi kanan, dan memandu di tiga penjuru. Bahagian (Ⅲ) keempat: memandu di jalan raya Alhamdulillah lulus.  Kereta pertama klac terlalu rendah jadi kereta mati-mati itu punca rasa yakin menurun dan debaran makin kuat apabila pegawai JPJ tegur nah kenapa mati-mati itu kereta? ya Allah ,,, terus kecewa bah, dalam fikiran memang gagallah. Masa lalu di selekoh Z begitu sukar dan sempit tiada masalah tiba masuk di selekoh S di situ debaran kencang luar biasa, sedangkan tayar kena garis putih pun sudah gagal tapi saya ternaik bah tayar belakang di bahu jalan. Kemudian saya terus pergi bahagian (Ⅲ). Semasa memandu di jalan raya saya lalu di laluan satu di kawasan HOSPITAL BESAR TAWAU. Laluan dua di SMK TAWAU digunakan jika l...

PUNCA GIGI ROSAK

Imej
Punca gigi rosak semasa di rumah atau di luar rumah apabila mula minum air kopi, makan kek, minum air berkarbonat , makan makanan manis seperti gula-gula Jeli, aiskrim, merokok, minum minuman beralkohol. Jika anda membiarkan sisa makanan melekat di celah gigi dalam tempoh lama ini punca karies tumbuh di pangkal gigi dekat gusi. Karies tumbuh di gigi amat sukar dikikis kerana ia melekat kuat pada Enamel, apabila ia hampir sampai ke Dentin barulah karies tanggal sendiri daripada gigi. Masa inilah anda mengalami sakit gigi tahap maksimum. Anda tiada pilihan lain selain cabut gigi itu. Jika orang dewasa Apabila gigi rosak adalah satu kehilangan besar buat selama-lamanya dalam diri kerana ia tidak akan tumbuh kembali Pada mula penjagaan gigi saya anggap berus gigi keras mudah membuang sisa makanan melekat di celah gigi rupanya berus keras antara punca gigi terhakis jika diberus kuat-kuat. setelah membaca artikel memberus gigi dengan berus lembut paling baik untuk gigi selamat dari hakisan ...

Petua Beli Ketam Berisi Padat Dan Telur Banyak

Imej
  Jika hari ini anda berfikir hidangan ingin menu ketam lebih baik baca petua ini, biasanya di PASAR IKAN anda beli ketam harga bukan alang-alang mahal. Peniaga beri peluang anda sendiri pilih ketam yang anda suka, sudah tentu anda ingin yang besar, isi padat, dan telur banyak, Pulang ke rumah anda pasti gembira bila hasrat hati sudah tercapai. Kalau masuk pasar jangan lupa norma baru patuh SOP imbas QR kod MYSEJAHTERA dan imbas suhu.  Malangnya sampai di rumah tiba masa memasak anda hampa kerana sudahlah harga cukup mahal saiz ketam besar sahaja tapi isi kurang dan telur tiada pula. Ia tidak seperti yang diharapkan tentu anda menyesal hari itu memang mengecewakan anda tidak boleh menyalahkan peniaga ketam pula mereka peniaga memang nak untung tetapi pengguna rugi. Untuk mengatasi masalah ini mudah sahaja, anda tidak perlu risau dengan masalah di atas. Jika anda ingin pilih ketam berisi padat semasa pegang ketam pastikan ia berat tak kira kecil atau besar asal berat terus ambi...

SUSAN BOYLE ROLE MODE UNTUK MAJU DI USIA LANJUT

Imej
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah merupakan Role model terbaik umat Islam selain dari itu tokoh politik atau manusia berwibawa boleh dijadikan pilihan. Saya memilih Role model seorang wanita tempat asal PANSLOVENIA iaitu salah sebuah kampung terpencil Di Amerika Syarikat. Beliau ialah Susan Boyle 47tahun. Pada masa itu dia ikut pertandingan uji bakat dalam bidang nyanyian BRITISH IDOL TALENT 2013, dia tampil selekeh, badan gemuk perangai kebudak-budakan tiga orang juri meluat melihat gaya beliau dan memberi komen negatif terhadap dirinya berdiri di atas pentas. Setelah dia mendendangkan sebuah lagu ternyata dia punya bakat besar dalam bidang nyanyian pada masa yang sama juri dan penonton mengejek beliau tadi semua berdiri sambil memberi tepukan gemuruh kagum dengan bakat beliau setelah persembahan tamat dia terus berjalan ke belakang pentas tetapi juri memanggil beliau semula dan berdiri di atas pentas. Ternyata juri tersilap menilai dan memberi komen positif terutama tiga juri dengan...

Kenapa Pilih iPhone 12 Pro

Imej
iPhone 12 PRO iPhone 12 antara telefon bimbit kelas utama tetapi mengapa saya mengulas hanya pada iPhone 12 Pro  😎 ? teknologi iPhone setiap tahun berubah mengikut peredaran masa. Jika kebanyakan orang menggunakan komputer riba, tetapi kini telefon bimbit berubah kepada ciri komputer riba Tutor 2016 berpendapat pelajar kini melaksanakan tugas dalam talian lebih cepat daripada masa pengajian mereka di universiti kerana anda boleh melakukan tugas dalam talian di mana-mana. Jika Tuhan memberi anda peluang untuk belajar dan berminat dengan telefon bimbit iPhone di sini anda boleh melihat perbezaan dalam teknologi yang berubah setiap tahun. Perubahan teknologi kecil telah membawa makna yang besar dalam kehidupan. Tiga perbezaan iPhone 12 Pro; *Memory RAM 6GB dan penyimpanan bermula daripada 128GB. Jika RAM besar telefon bimbit tidak terlalu panas. Pada masa akan datang semua visual semakin cantik tetapi menggunakan resolusi tinggi memerlukan RAM besar. * Paparan bezel kaca 4 kali lebih...