Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

DALAM DILEMA

Bayangkan satu projek kabinet dapur yang mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan, bermula pada 2 Disember 2021 dan siap pada 8 Februari 2022. Jika dua projek seperti ini berlaku serentak, saya sendiri tidak mampu menahan tekanan, lebih-lebih lagi apabila tekanan itu datang daripada keluarga sendiri. Kerja saya lambat bukan kerana kurang cekap, tetapi kerana dalam masa yang sama saya perlu membantu keluarga yang memerlukan. Saya tahu ada orang bercakap di belakang saya, dan itulah yang paling menyakitkan apabila orang yang kita bantu, merekalah yang paling kuat mengata. Saya pernah rasa dibuli, namun itulah hakikat hidup berkeluarga. Saya buat kerja dengan jujur dan sepenuh hati, tetapi masih ada yang hanya melihat cacat dan kekurangan. Sedangkan saya sendiri memiliki sijil ketukangan daripada Institut Latihan Perindustrian Labuan, dan hasil kerja tangan ini bukan rekaan atau penipuan. Untuk kelangsungan hidup, saya terpaksa melakukan kerja lain dan mencuba pengalaman baharu asa...