Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

OUM TAWAU

PENENTUAN HIDUP MASA HADAPAN Pada 12hb. Disember 2018 saya menerima mesej daripada OUM menyatakan pengajian saya ada bil tertunggak RM1035.00, Kerana krisis kewangan sejak 2015 sudah tiga tahun saya menangguh pengajian. Ketika itu saya sempat belajar tiga semester sahaja dan terpaksa akur bukan senang cari duit. Sehingga sekarang saya masih menyimpan keinginan sangat kental ingin kembali sambung pengajian di OUM Tawau. Kerana saya bekerja sendiri sebagai kontraktor kecil sudah 26 tahun tetapi tidak ada kejayaan boleh membanggakan keluarga dan rakan rakan jadi dengan niat ingin ubah hidup saya sambung belajar. Oleh sebab tinggal sama sama kakak yang baik hati ketika beras habis kakak selalu menutup kelemahan tersebut. Ketia usia kian meningkat duit KWSP tidak ada, tentulah duit pencen pun tidak ada, rumah sendiri tidak ada, anak isteri tidak ada, kalau tidak ubah nasib mula sekarang jika kakak ditakdirkan tiada lagi di dunia ini sudah tentu masa depan pasti gelap-gelita. Yang p...