Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 📚📚📚

Hina Nya Aku Di Mata Mu

Pada peringkat penanaman semula kelapa sawit kerana adik nombor 10 kemalangan jalan raya semasa bekerja setelah dokumen lengkap semua diurus syarikat insurans, PERKESO dan jabatan kebajikan masyarakat dalam masa terdekat akan beri duit pampasan RM26 k kepada adik. Dari hujung tahun 2001 hingga awal tahun 2004 aku jadi teman setia menunggu adik di hospital. Kerana aku sahaja kerja sendiri tanpa terikat mana mana syarikat swasta atau kerajaan maka tugas itu paling layak aku pikul sepenuh masa. Dalam masa adik sakit memang ramai keluarga melawat adik di wad 4 ORTHOPPEDIC Hospital Besar Tawau. Setiap malam menjelang jam 7 malam kerana adik lumpuh separuh badan dari paras pusat hingga hujung kaki aku harus meneman adik bergerak sapu ubat di belakangnya banyak tumbuh ruam akibat terlalu lama baring di katil. Jika buang air besar kerana dia masih baru kemalangan segala pergerakan mesti dibantu. Waktu di hospital makanan istimewa kami ialah mi goreng basah yang aku beli di kantin hospital....

Sambung Belajar

Selepas menangguhkan kursus ini sekian lama, saya tertinggal dalam banyak perkara. Dari tahun 2015 hingga hari ini 2019 ia menjadi satu penantian selama empat tahun. Sekiranya ekonomi kukuh, saya akan menamatkan kursus pada 2019. Tahun depan 2020 akan pergi ke KL untuk mendapatkan sijil diploma, memakai jubah, dan memegang bunga. Malangnya semua ini hanya mimpi. Jika saya mempunyai banyak rezeki, kesihatan yang baik, panjang umur, dan masalah kewangan akan berakhir. Pada mulanya saya hanya mahu mendapatkan diploma, kerana saya telah menangguhkan kursus ini sekian lama, saya mahu membalas dendam saya untuk belajar di peringkat tertinggi, sehingga saya mendapat PhD. Semua graduan mengambil masa 16 tahun untuk mendapatkan PhD. Iaitu 4 tahun Diploma, 4 tahun ijazah, 4 tahun Master dan 4 tahun PhD. Selama empat tahun yang lalu, saya telah cuba menjual harta warisan ibu bapa saya tetapi saya gagal. Kerana keluarga saya mengenakan syarat yang sangat ketat kepada saya untuk menjual aset i...

Usia Bukan Halangan Belajar Di Universiti

PENGENALAN Pada tahun 1936 bapa dilahirkan di Kampung Sakong Semporna, Dalam keluarga bapa adik beradik dua orang, yang adik nama Jamarun bin Dayan dan abang nama Arijalun bin Dayan ialah bapa kami, Menurut bapa ibunya nama Puan Salama binti Juna isteri ke tiga manakala ayahnya nama Encik Dayan bin Mujan. Waktu itu Encik Dayan terkenal kerana ilmu mempertahan diri sangat tinggi digeruni pihak musuh dan sahabat. Selain itu Dayan seorang ahli pelayaran nelayan dan imam. Untuk membawa barang dagangan ayahnya sering berulang alik antara Tawau dan Semporna. Pada usia lingkungan 10 tahun bapa di bawah oleh ayahnya berhijrah ke Tawau. Waktu bapa masih kecil ayahnya meninggal dunia dikebumikan di tanah perkuburan orang orang Islam batu 4.5 Jalan Apas Tawau. Setelah itu ibunya kahwin lagi dan bapa tinggal bersama bapa tiri nama Encik Kajang bin Tawau, Menurut bapa dia dan kakak tiri Puan Usdila Binti Dayan hubungan sangat manja. Pada masa itu peluang belajar amat terbatas kerana zaman penjaja...

OUM TAWAU

PENENTUAN HIDUP MASA HADAPAN Pada 12hb. Disember 2018 saya menerima mesej daripada OUM menyatakan pengajian saya ada bil tertunggak RM1035.00, Kerana krisis kewangan sejak 2015 sudah tiga tahun saya menangguh pengajian. Ketika itu saya sempat belajar tiga semester sahaja dan terpaksa akur bukan senang cari duit. Sehingga sekarang saya masih menyimpan keinginan sangat kental ingin kembali sambung pengajian di OUM Tawau. Kerana saya bekerja sendiri sebagai kontraktor kecil sudah 26 tahun tetapi tidak ada kejayaan boleh membanggakan keluarga dan rakan rakan jadi dengan niat ingin ubah hidup saya sambung belajar. Oleh sebab tinggal sama sama kakak yang baik hati ketika beras habis kakak selalu menutup kelemahan tersebut. Ketia usia kian meningkat duit KWSP tidak ada, tentulah duit pencen pun tidak ada, rumah sendiri tidak ada, anak isteri tidak ada, kalau tidak ubah nasib mula sekarang jika kakak ditakdirkan tiada lagi di dunia ini sudah tentu masa depan pasti gelap-gelita. Yang p...

KISAH RUMAH USANG

Kami lahir di tempat asal di rumah papan penempatan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah LKTNS Balung Kampung blok 31 Tawau Sabah. Menurut kisah cerita arwah bapa rumah kami sudah lama siap tapi terbiar hingga pokok pokok liar dan akar kayu banyak merayap masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah itu terpaksa dibersihkan banyak puntung puntung kayu berselerak dan akar akar kayu perlu dibuang. Kami orang susah kenderaan pengangkutan memang sukar didapati. Kedai runcit letaknya lebih kurang sekitar lingkungan 4 km hingga 5 km dari rumah. Makanan asas utama beras perlu mesti dibeli di kedai.  Makanan dimasak semua menggunakan dapur kayu. Bahan bakar diambil daripada belahan belahan kayu ranting getah dan pokok getah.  Rumah sekolah pula jaraknya 2 jam perjalanan dengan berjalan kaki. Dari rumah turun jam 5:30 pagi sampai di sekolah sekitar jam 7:30 pagi hingga jam 8 pagi. Beg sekolah tali letak di kepala ketika dibawa ke sekolah. Ayah berpendapatan kecil dan kami...

CIPTA TUGASAN

1. PENGENALAN 1.1. Menetapkan tempat kejadian 1.2. Mencatat isu utama 1.3. Cara-cara men dekati         2. ISI KANDUNGAN 2.1. Harus mengandungi hanya satu isi utama dengan bahan sokongan 2.2. Isi terjalin rapi antara perenggan dan harus berhubung supaya idea dapat dijalin 2.3. Wujud wacana sistematik tentang isu berbangkit 2.4. Anda dinasihatkan menulis guna nombor supaya wujud hubungan antara isu-isu 2,5 Isi kandungan yang disyorkan lima isi minimum 2.6. Nombor digunakan 1.=Tajuk. 1.1 = idea . 1.1.1. = sokongan 3. KESIMPULAN 3.1. Harus menyediakan pembaca dengan keyakinan untuk menyerap idea 3.2. Jangan ulang idea pada bahagian pengenalan 3.3. Kesimpulan mesti menunjukkan kemajuan 4. MAKLUMAT IRINGAN i Tidak meniru, idea diperakui ii Terdedah banyak pengetahuan 5. RUJUKAN:   Nama-nama penulis  disusun ikut urutan abjad A di atas hingga Z paling bawah. Bagi rujukan dari laman sesawang menulis seperti ini ...

Kenapa Sampai Jual Tanah Masuk Universiti

PENGENALAN Taman Hot Spring Jaya Tawau ketika kerja ubah suai rumah atau renovate dan terserempak rakan sekolah menengah kawan rapat yang duduk berdekatan bangku. Apabila tamat sekolah dia mendapat kelulusan SPM yang baik dan melanjutkan pengajian di maktab perguruan kemudian bekerja sebagai seorang guru sekolah. Kita diberi rezeki masing-masing dan dia di kalangan rakan sekolah yang sudah pun menggenggam kejayaan di dalam hidup. Dia kawan paling rapat yang sudah diberi rezeki agak mencukupi ada kenderaan, ada isteri, ada anak-anak yang sudah berjaya di dalam pelajaran, ada rumah dan dialah yang membeli rumah ini sebagai rumah kedua untuk dibuat rumah sewa bagi menambah sumber pendapatan. Isterinya juga seorang berkerjaya oleh itu saya melihat hidupnya survive, masa depannya terjamin singkat cerita dia mencapai hidup lebih baik. Zaman bersekolah dia memang tegas membuat keputusan tetapi aku pula suka diam jadi kami jarang berbual. Apabila bab menulis nota pelajaran yang dibacakan ol...