Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Ulang Tahun Ke Tiga Penubuhan Wajati 25 Mei

Imej
Disambut Sempena Pemergian Jumain Ingan Arwah Dato’ Jumain Ingan asal dari lot nombor 122 Ingan Abd Gani Kg Blok 31, Jalan 4, Tawau. Dengan membaca puisi saya pos di Wajati tentang kehidupan kanak kanak sekolah di Kampung Blok 31 pada zaman dahulu arwah Jumain mengulas kisah zaman sekolah rendahnya memang serba ke kurangan dan menyentuh hati kecil sebilangan besar murid sekolah rendah berjalan kaki pergi dan balik dari rumah ke SRK Kuala Apas @ SRK Andrassy tetapi sekarang tidak di nafi orang Wajati ramai juga berjaya di dam hidup. Sejak kecil lagi Jalan 4 itu kami panggil Sungai Gading mungkin sejarah di situ dulu banyak gading gajah. Kerana Jalan 4 kurang bukit dan agak baik tidak banyak lubang lubang besar jika membanding dengan Jalan 3 jadi kami suka lalu di Jalan 4. Di rumah Jumain Ingan pada waktu petang ramai gadis cantik duduk di kaki lima mereka lambai-lambai tangan sambil melempar senyuman manis itu antara penyebab buat kami suka lalu di Jalan 4 peristiwa itu jadi kenangan...

Jelajah Ramadan Di Tanjung Labian

Imej
TAWAU Pada 17 Mei 2019 6.00 am untuk Jelajah Ramadan jalan baik semua peserta diminta berhimpun di ruang legar hadapan pejabat Tawau FM. Bagi persiapan awal diadakan ialah sesi tangkap gambar bersama wakil wakil peserta JR di hadapan papan tanda Tawau FM dan muat naik barang barang makanan anggaran seberat kurang atau sama satu tan makanan ke dalam kargo kenderaan 4x4. Antara makanan disumbang orang ramai ialah keperluan asas beras, gula, garam, minyak masak, tepung, dan seumpamanya. Kerana kerja sama padu semua ahli kurang15 minit masa semua barang selesai muat naik. Barangan ini adalah hasil kempen pihak radio Tawau FM terutama DJ Qayyum dan DJ Azza. Ketika ini Jelajah Ramadan pikul tugas penting bawa amanah Allah hantar bantuan makanan buat golongan ASNAF di Tanjung Labian Lahad Datu. Melalui penyelaras penganjur rtm Tawau FM DJ Puan Normah Hj Tohing menyampai taklimat ringkas tentang perjalanan ke Lahad Datu. Ketika pelancaran upacara simbolik pasang pelekat Jelajah Ramadan di se...