Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2026

Masalah Stateless di Sabah

  Tawau bukan sahaja unik kerana lokasinya yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Filipina, tetapi juga kerana ekonominya yang banyak bergantung pada industri kelapa sawit. Di sini, kebanyakan ladang kelapa sawit menggunakan buruh asing. Antara sebab utamanya ialah faktor gaji serta kehidupan yang lebih mencabar di negara asal mereka. Oleh itu, tidak hairanlah Tawau menjadi destinasi pilihan untuk mencari rezeki. Ramai dalam kalangan warga asing ini datang ke sini selepas mendapat maklumat daripada kenalan atau ahli keluarga mengenai peluang pekerjaan dan gaji yang lebih baik. Apabila ada permintaan, pasti ada bekalan. Oleh itu, sindiket penyeludupan buruh asing menjadi semakin sukar untuk dikawal. Oleh itu, perkahwinan campur dengan penduduk tempatan sukar dielakkan. Namun, ibu bapa sering melarangnya kerana masalah dokumen seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan. Walaupun begitu, ada remaja yang tetap memilih pasangan mereka sehingga sanggup meninggalkan rumah. Sele...