Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 🆘

SAMAN

​ Kesalahan melawan arus trafik.  Masa 27 Mei 2025.  Semasa saya pulang dari beli alat ganti kereta,  sekatan jalan di batu 5 jalan Apas sekitar QL   Kami perasan kereta     berbaris panjang di bukit     batu 5 Apas. S aya menelefon tanya abang R tentang sekatan jalan tetapi dia kurang pasti.   Cermin cc kiri pecah, saya terpaksa lawan arus ingin lalu dari batu 4 1/2, malang nasib saya jumpa polis trafik.  Sebenarnya abang R suruh saya pergi kedai beli alat ganti keretanya, 4 batang skru 4 inci panjang untuk mounting badan kereta kancil, cat semburan silver 1 tin 450 ml dan black matte 1 tin 450 ml.   Paling mencabar cari skru, setelah bertanya 8 kedai, terakhir dapat di batu 2 jalan Apas, kereta potong dekat Petronas. Semasa proses rayuan saya ada berseloroh secara spontan tentang motor polis trafik di situ yang kebetulan juga tiada cermin sisi kiri .   Niat saya sekadar ingin memohon pertimbangan, memandangkan cermin saya pun...

RM2 Juta Ditolak Sahabatku Pejuang Amanah

Rasuah bukan sekadar jenayah, ia ujian iman. Kisah ini dikongsi oleh seorang imam rawatib tentang sahabat karibnya, seorang penjawat awam yang pernah diuji dengan tawaran lumayan demi menutup sebuah kes berat.  Sahabat saya ini merupakan pegawai tertinggi di jabatannya. Pendidikan awalnya bermula dari sekolah pondok. Suatu hari, dia ditawarkan RM2 juta oleh pihak tertentu untuk menutup satu kes besar. Jumlahnya cukup untuk mengubah hidup tetapi dia menolak tanpa ragu.  Walaupun gajinya tidak seberapa, dia sedar wang itu bukan rezeki berkat. Lebih penting baginya menjaga maruah diri dan kesejahteraan keluarganya daripada memegang duit haram yang bakal merosakkan kehidupan dunia akhirat.  Sebulan selepas menolak, dia minta bertukar tempat kerja. Perasuah tidak berputus asa mereka terus mencari jalan lain, guna orang lain. Tapi sahabat saya tetap teguh.  Prinsip yang membentenginya,  didikan agama yang kukuh menjadi perisai. Katanya, “Kalau orang lain ambil duit it...

Cara Betul Memasak Mi Segera

Imej
Sekarang jangan risau nak makan mi segera. Masakan mi segera yang salah selama ini diperbetulkan oleh doktor ini. Lepas ni jangan risau nak makan mi segera banyak-banyak.  Selama ini ramai yang tersalah cara memasak mi segera. Anda tahu mi segera masak paling cepat. Mi segera sesuai untuk mereka yang sibuk sepanjang masa.  Tetapi makan mi segera setiap hari dikatakan memudaratkan kesihatan Penceramah Zabidi Hj.    Ahmad mengajar saya cara memasak dengan cepat melalui perkongsian Facebooknya.    Saya sarankan jangan selalu makan mi segera kerana ia adalah punca penyakit kronik terutama dalam serbuk perasa.    Oleh itu mi segera adalah pilihan terakhir apabila sukar untuk mencari makanan lain.    Kalau teringin sangat nak makan mi segera tu, kurangkan serbuk perasa atau tuang separuh sahaja.   Masak Mi Segera Dengan Cara Yang Salah Biasanya anda memasak mi segera iaitu mi segera, serbuk perasa dan air dii...

Kisah Panjang Bil Tertunggak untuk Sambung Belajar di OUM

Apabila saya mendaftar di OUM Tawau pada April 2015 untuk sesi Mei 2015 dan seterusnya September 2015, saya ingin menyambung pelajaran di OUM.  Saya memohon pinjaman di pejabat PTPTN di bangunan Fajar Tawau, tetapi gagal kerana umur saya lebih 45 tahun.  Dua hari kemudian saya mengisi borang untuk memohon pinjaman.  PTPTN.  Saya merayu tetapi pegawai itu berkata, jika umur lewat sesaat pun tidak dibenarkan.  Apa lagi berterusan selama dua hari.  Saya hanya bersetuju.  Lepas tu pegawai suruh pergi pejabat pelajaran, kat pejabat pelajaran kerani kata tak tahu fasal penaja kemudian atas nasihat keluarga yang simpati dia suruh pergi BAITULMAL.  Di pejabat kerani mereka hanya menaja pelajar lepasan SPM.  Saya minta bantuan politik, ketika itu Allahyarham YB Datuk Taufiq berkata boleh cagar tanah dalam bank.  Saya bercadang untuk menggadaikan tanah di bank, tetapi keluarga bimbang tanah itu aka...

Wabak Covid-19 Di Malaysia 18 Mac 2020

Imej
WUHAN China adalah tempat bermulanya Covid-19 sekitar Disember 2019. Ia merupakan bandar raya terbesar di China Tengah, dan ibu kota wilayah HUBEI. Di bandar ini terdapat dua batang sungai iaitu Sungai Yangtze dan Sungai Han. Wuhan terdiri daripada tiga daerah Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Ia mempunyai penduduk seramai 11.8 juta orang (tahun 2018). Sumber dari Tokyo mengatakan Covid-19 mungkin berasal daripada kelawar dan juga ular. Korona virus berbentuk bulat dan mempunyai tangan banyak seperti tangan sotong. Ia mempunyai jangka hayat hanya 14 hari apabila tinggal di satu tempat. Ia merebak apabila anda datang dari luar negara yang telah dijangkiti wabak tersebut seperti China, Itali, Brazil, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Iran, India, Pakistan, Russia, Mexico, Spanyol, Arab Saudi, Israel, Palestain, Afrika Selatan, Turki, Bangladesh, Iraq, Qatar, Kanada dan banyak lagi. Ia berlaku kerana urusan perniagaan, lawatan kerja, melancong dan membeli belah. Segala aktiviti perhimpunan...

Beli Kereta Terpakai

Imej
Saya memohon lesen motosikal di I.M. Tawau sebelum PKP pemohon boleh masuk bilik kuliah maksimum sekitar 40 orang lebih kurang sekali gus tetapi sekarang pemohon lesen memandu kereta s 49 orang dibenarkan masuk ke dalam bilik kuliah dengan penjarakan sosial dan dua bilik dicantumkan. Mungkin lesen memandu lewat diterima lingkungan tiga bulan iaitu Jun hingga Ogos. Di PUSPAKOM mungkin 49 orang atau 49 kenderaan juga dibenarkan masuk sekali ujian kelulusan ujian. Saya dipanggil tempahan ujian PUSPAKOM hari Rabu 16 hb Jun dan hari Isnin 22 hb Jun ini baru dipanggil ke PUSPAKOM. Saya menanti satu minggu lagi untuk kereta diluluskan ujian PUSPAKOM. Kelewatan ini adalah kesan daripada PKP. Kereta terpakai anda baru beli yang cukai jalannya telah tamat tempoh satu tahun ia harus menduduki ujian semula PUSPAKOM. Anda harus isi borang yang disediakan pihak PUSPAKOM. Surat PUSPAKOM adalah merujuk kenderaan tersebut sudah lulus ujian keselamatan pengguna dan anda ialah pemilik s...

Vivix Impian Ku

Imej
Pada akhir tahun 2016 saya mula mendapat tekanan darah tinggi (Hypertension). Masa itu saya berjalan ke bilik dapur, ketika di ruang tamu saya hampir pitam mujur sempat berpaut di bangku, Saya tidak tahu apa-apa tentang simptom tekanan darah tinggi. Dengan tanda tanya saya pergi ke hospital untuk memeriksa tekanan darah dalam seminggu dan akhirnya doktor mengesahkan bahawa saya mempunyai tekanan darah tinggi dan terpaksa mengambil ubat tekanan darah tinggi dari hospital untuk sepanjang hayat. Ia sedih tetapi kehidupan mesti realistik. Saya baru sedar rupanya sebelum ini semua pesakit tekanan darah tinggi akan minum ubat sepanjang hayat. Saya membaca tentang penyakit tersebut dengan tekun di GOOGLE. Kesimpulannya ialah ramai orang di dunia mati akibat serangan jantung. Penyebab nya adalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Seperti yang kita tahu selama beratus-ratus tahun ramai orang telah mengamalkan petua tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi, saya telah mencuba pet...

Hipertensi Harus Kawal Dari Awal

Manusia usia 45 tahun dan ke atas secara umum yang paling ramai menghidap penyakit darah tinggi. Namun usia 30an tidak terkecuali Darah tinggi nama tepat ialah Hipertensi atau tekanan darah tinggi sungguhpun begitu orang kebanyakan lebih senang sebut “darah tinggi”. Tensimeter atau tepat  Sfigmomanometer mesin yang boleh mengesan tekanan darah pesakit dengan cara kain tebal khas diikat ketat pada lengan kemudian kain itu mengembang dengan pam angin pada masa sama lengan kita rasa dicengkam sangat kuat. Proses ini berlaku di bawah satu minit kemudian kain itu kempis perlahan lahan selanjutnya Tensimeter menunjukkan pada paparan skrin angka tekanan darah pesakit. Contoh diberi bacaan tekanan darah atas120 dan bawah 80 (120/80). Yang 120 itu Diastolik membawa maksud jantung kerja mengepam darah dengan tekanan 120. Yang 80 itu Systolic membawa maksud jantung berehat pam darah dengan tekanan 80. Tekanan darah akan menunjuk bacaan betul apabila tubuh dalam keadaan rehat secukupn...