Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

RM2 Juta Ditolak Sahabatku Pejuang Amanah

Rasuah bukan sekadar jenayah, ia ujian iman. Kisah ini dikongsi oleh seorang imam rawatib tentang sahabat karibnya, seorang penjawat awam yang pernah diuji dengan tawaran lumayan demi menutup sebuah kes berat.  Sahabat saya ini merupakan pegawai tertinggi di jabatannya. Pendidikan awalnya bermula dari sekolah pondok. Suatu hari, dia ditawarkan RM2 juta oleh pihak tertentu untuk menutup satu kes besar. Jumlahnya cukup untuk mengubah hidup tetapi dia menolak tanpa ragu.  Walaupun gajinya tidak seberapa, dia sedar wang itu bukan rezeki berkat. Lebih penting baginya menjaga maruah diri dan kesejahteraan keluarganya daripada memegang duit haram yang bakal merosakkan kehidupan dunia akhirat.  Sebulan selepas menolak, dia minta bertukar tempat kerja. Perasuah tidak berputus asa mereka terus mencari jalan lain, guna orang lain. Tapi sahabat saya tetap teguh.  Prinsip yang membentenginya,  didikan agama yang kukuh menjadi perisai. Katanya, “Kalau orang lain ambil duit it...