Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Perjalanan Ke Kota Kinabalu

Imej
Semasa di rumah saya sangat minat mendengar radio, antara pilihan utama ialah Sabah  FM , Tawau  FM  dan Nasional  FM  menjadi teman setia di alam maya. Semasa di tempat kerja radio sentiasa menjadi teman setia jika ada peluang signifikan mendengar radio. Sekarang radio boleh didengar di mana mana sahaja di RTM Klik di telefon bimbit anda janji data ada. Saya mendengar radio tetapi dalam tempoh terbatas kerana bateri tidak tahan lama. Jika bertemu di rumah rakan yang kaki radio terhibur juga. Apabila bercerita tentang DJ DJ yang ke udara dengan penampilan berbeza ia menghiburkan. Ada yang bercakap laju, ada yang bercakap perlahan, ada yang tersasul dan macam-macam lagi.  Untuk sampai di Sabah  FM  adalah satu impian yang tidak jelas kerana saya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan menghidap penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor. Kehidupan bergantung kepada simpati orang tidak semua orang menyukainya. Apabila mengenang nasib dir...