Catatan

Tunjukkan catatan dari 2026

Kanser Rasuah: 10 Fakta, 1 Sinar Harapan & 3 Kisah Benar Keruntuhan Kerajaan

1/10: Adalah satu tanggapan yang salah jika orang ramai menyangka hanya penerima rasuah yang bersalah. Hakikatnya, kedua-dua pihak pemberi dan penerima adalah bersalah di sisi undang-undang. Di bawah Akta SPRM, hukuman bagi kedua-duanya adalah sama berat. Persoalannya, adakah anda bersetuju jika hukuman ini diperketatkan lagi?  2/10: Rasuah itu ibarat kanser. Sukar dikesan kerana ia bermula dari sel yang kecil, namun akhirnya menjahanamkan sistem dalaman kerajaan dan negara. Dari luar mungkin kelihatan cantik, namun hakikatnya struktur dalaman sudah musnah teruk. Persoalannya, mampukah kita memotongnya hingga ke akar umbi jika benar-benar mahu merawatnya?  3/10: Memang benar kata orang, duit rasuah itu 'panas'. Hartanya mungkin membuatkan seseorang kaya-raya sekarang, tetapi ia tidak berkat dan hanya membawa bala yang kesannya boleh melarat hingga ke anak cucu. Jangan kerana mengejar kekayaan segera, sepuluh keturunan pula yang terpaksa menanggung sengsaranya.  4/10: M...

SAMAN

​ Kesalahan melawan arus trafik.  Masa 27 Mei 2025.  Semasa saya pulang dari beli alat ganti kereta,  sekatan jalan di batu 5 jalan Apas sekitar QL   Kami perasan kereta     berbaris panjang di bukit     batu 5 Apas. S aya menelefon tanya abang R tentang sekatan jalan tetapi dia kurang pasti.   Cermin cc kiri pecah, saya terpaksa lawan arus ingin lalu dari batu 4 1/2, malang nasib saya jumpa polis trafik.  Sebenarnya abang R suruh saya pergi kedai beli alat ganti keretanya, 4 batang skru 4 inci panjang untuk mounting badan kereta kancil, cat semburan silver 1 tin 450 ml dan black matte 1 tin 450 ml.   Paling mencabar cari skru, setelah bertanya 8 kedai, terakhir dapat di batu 2 jalan Apas, kereta potong dekat Petronas. Semasa proses rayuan saya ada berseloroh secara spontan tentang motor polis trafik di situ yang kebetulan juga tiada cermin sisi kiri .   Niat saya sekadar ingin memohon pertimbangan, memandangkan cermin saya pun...