Catatan

DJ Sabah FM Hafrina Hanif Selamat Hari Jadi

Imej
Dia berasal dari Kampung Batu Putih Sandakan. Dia mula bekerja di rtm Sabahfm sekitar tahun 2017. Dia mula saya kenal bersama gandingan mantap DJ Faez yang berasal dari Johor Baharu. DJ Hafrina dan DJ Faiz saya lebih kenal dengan nama HafKiz. Mereka muncul dalam sigmen Segar Sabah FM seawal jam 7 pagi hingga jam 9 pagi. Siaran itu membawa tajuk-tajuk menarik untuk dibincangkan bersama pendengar. Ia banyak mendidik masyarakat dalam ilmu pergaulan setiap hari seperti topik dibincang tentang Bandar Bersih Tanggung Jawab Sispsapa?. Dan banyak lagi. Dia DJ yang paling serasi dengan jiwa saya. Apabila pendengar hantar komen di facebook Sabah fm dia menunaikan komen-komen tersebut hampir semua. Mereka HafKiz fleksibel menimbang pengalaman atau komen orang baik untuk dikongsi bersama. HafKiz menyampaikan aksi yang menarik hati ketika topik Segar Sabah fm dibincangkan mereka selalu melontar kesimpulan bertentangan tetapi mereka tetap serasi bersama. Ketika Versus DJ jika DJ Hafrina tewas di...

iPhone SE 2020

Imej
Pelancaran  iPhone SE 2020 diumumkan 15 April 2020 dan dilancarkan 24 April 2020. Ciri menarik iPhone SE 2020 dijana pemprosesan A 13 Bionik pemprosesan yang sama digunakan iPhone 11. Peranti ini jimat bateri apabila anda buka aplikasi terlalu banyak dalam masa beberapa minit ia akan menutup aplikasi itu secara automatik maka tenaga sedikit digunakan. Ia mempunyai RAM 3GB setanding iPhone X. Pada masa hadapan IOS dikemas kini memerlukan RAM lebih besar justeru iPhone SE 2020 boleh digunakan dalam tempoh lebih 5 tahun. Pada masa ini iPhone 6 RAM 1GB tidak lagi menerima kemas kini IOS 13. Pada masa wabak Covid-19 doktor memakai litup separuh muka merawat pesakit mereka mengalami masalah membuka telefon bimbit menggunakan ID imbas wajah iPhone SE 2 menggunakan kata laluan dan jari lebih praktikal. Anda boleh merakam kenangan lebih baik dengan Video 4k 2160p, Ia mempunyai tiga pilihan storan 64 GB, 128GB, dan 256GB. iPhone SE 2020 kategori telefon bimbit "kelas perdana" dijual ...

Perjalanan Ke Kota Kinabalu

Imej
Semasa di rumah saya sangat minat mendengar radio, antara pilihan utama ialah Sabah  FM , Tawau  FM  dan Nasional  FM  menjadi teman setia di alam maya. Semasa di tempat kerja radio sentiasa menjadi teman setia jika ada peluang signifikan mendengar radio. Sekarang radio boleh didengar di mana mana sahaja di RTM Klik di telefon bimbit anda janji data ada. Saya mendengar radio tetapi dalam tempoh terbatas kerana bateri tidak tahan lama. Jika bertemu di rumah rakan yang kaki radio terhibur juga. Apabila bercerita tentang DJ DJ yang ke udara dengan penampilan berbeza ia menghiburkan. Ada yang bercakap laju, ada yang bercakap perlahan, ada yang tersasul dan macam-macam lagi.  Untuk sampai di Sabah  FM  adalah satu impian yang tidak jelas kerana saya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan menghidap penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor. Kehidupan bergantung kepada simpati orang tidak semua orang menyukainya. Apabila mengenang nasib dir...

Vivix Impian Ku

Imej
Pada akhir tahun 2016 saya mula mendapat tekanan darah tinggi (Hypertension). Masa itu saya berjalan ke bilik dapur, ketika di ruang tamu saya hampir pitam mujur sempat berpaut di bangku, Saya tidak tahu apa-apa tentang simptom tekanan darah tinggi. Dengan tanda tanya saya pergi ke hospital untuk memeriksa tekanan darah dalam seminggu dan akhirnya doktor mengesahkan bahawa saya mempunyai tekanan darah tinggi dan terpaksa mengambil ubat tekanan darah tinggi dari hospital untuk sepanjang hayat. Ia sedih tetapi kehidupan mesti realistik. Saya baru sedar rupanya sebelum ini semua pesakit tekanan darah tinggi akan minum ubat sepanjang hayat. Saya membaca tentang penyakit tersebut dengan tekun di GOOGLE. Kesimpulannya ialah ramai orang di dunia mati akibat serangan jantung. Penyebab nya adalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Seperti yang kita tahu selama beratus-ratus tahun ramai orang telah mengamalkan petua tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi, saya telah mencuba pet...

Hina Nya Aku Di Mata Mu

Pada peringkat penanaman semula kelapa sawit kerana adik nombor 10 kemalangan jalan raya semasa bekerja setelah dokumen lengkap semua diurus syarikat insurans, PERKESO dan jabatan kebajikan masyarakat dalam masa terdekat akan beri duit pampasan RM26 k kepada adik. Dari hujung tahun 2001 hingga awal tahun 2004 aku jadi teman setia menunggu adik di hospital. Kerana aku sahaja kerja sendiri tanpa terikat mana mana syarikat swasta atau kerajaan maka tugas itu paling layak aku pikul sepenuh masa. Dalam masa adik sakit memang ramai keluarga melawat adik di wad 4 ORTHOPPEDIC Hospital Besar Tawau. Setiap malam menjelang jam 7 malam kerana adik lumpuh separuh badan dari paras pusat hingga hujung kaki aku harus meneman adik bergerak sapu ubat di belakangnya banyak tumbuh ruam akibat terlalu lama baring di katil. Jika buang air besar kerana dia masih baru kemalangan segala pergerakan mesti dibantu. Waktu di hospital makanan istimewa kami ialah mi goreng basah yang aku beli di kantin hospital....

Sambung Belajar

Selepas menangguhkan kursus ini sekian lama, saya tertinggal dalam banyak perkara. Dari tahun 2015 hingga hari ini 2019 ia menjadi satu penantian selama empat tahun. Sekiranya ekonomi kukuh, saya akan menamatkan kursus pada 2019. Tahun depan 2020 akan pergi ke KL untuk mendapatkan sijil diploma, memakai jubah, dan memegang bunga. Malangnya semua ini hanya mimpi. Jika saya mempunyai banyak rezeki, kesihatan yang baik, panjang umur, dan masalah kewangan akan berakhir. Pada mulanya saya hanya mahu mendapatkan diploma, kerana saya telah menangguhkan kursus ini sekian lama, saya mahu membalas dendam saya untuk belajar di peringkat tertinggi, sehingga saya mendapat PhD. Semua graduan mengambil masa 16 tahun untuk mendapatkan PhD. Iaitu 4 tahun Diploma, 4 tahun ijazah, 4 tahun Master dan 4 tahun PhD. Selama empat tahun yang lalu, saya telah cuba menjual harta warisan ibu bapa saya tetapi saya gagal. Kerana keluarga saya mengenakan syarat yang sangat ketat kepada saya untuk menjual aset i...

Antara 9 Manfaat Kebaikan Berbasikal

Imej
Bagi individu dan sebilangan masyarakat menganggap berbasikal tidak unik kerana aktiviti itu dilakukan sederhana. Sungguhpun dalam situasi tertentu manfaat berbasikal mudah dicapai, lebih berkesan dan meluas. Melalui berbasikal tidak boleh dianggap rawatan autoritatif (sahih) bergantung kepada sumber sumber yang dirujuk. 1.Meningkat sistem imun* Untuk melindungi tubuh kita daripada jangkitan pelbagai penyakit sistematik iaitu penyebab penyakit secara umum. Setelah kajian mendapati bahawa aktiviti sederhana umpamanya berbasikal dapat meningkat sistem imun cegah penyakit penyakit berkaitan supaya kita hidup sihat. 2.Menguatkan otot* Untuk kesihatan ratusan otot manusia yang gunakan secara teratur setiap hari senaman harus dibuat. Apabila seminggu kita tidak aktif kekuatan otot mengurang lebih kurang 50 peratus. Jika hal ini diabaikan boleh memberi mudarat anda dalam jangka panjang. Ini dapat dilihat bagi orang orang tua tidak aktif otot mengecut. Waktu berbasikal banyak o...