Hina Nya Aku Di Mata Mu
Sebagai usaha lain kerana sumber kewangan aku sudah tertutup rapat untuk bangkit ketika usia hampir bertukar jadi warga emas hanya ada satu jalan sahaja aku boleh kembali bangkit berjuang dengan cara jual tanah setelah itu sambung belajar. Pada mula niat hingga mendapat diploma sudah memadai sungguh pun begitu jual tanah bukan semudah beli barang di pasar raya ambil barang di atas rak jualan, bayar di kaunter dan barang boleh terus bawa pulang. Dari mula iklan jualan hingga hari ini tanpa sedar sudah empat tahun usaha jual tanah pusaka dapat tentangan keras daripada keluarga sendiri. Oleh yang demikian sekiranya usaha aku ini berjaya duit biaya pengajian aku lebih daripada mencukupi hingga tamat. Sebab sudah terlalu lama menangguh pengajian maka alang alang belajar kalau setakat diploma lebih baik ambil pengajian penuh diploma 4 tahun, ijazah 4 tahun, MASTER 4 tahun dan PhD 4 tahun. Setelah 16 tahun pengajian tamat, rehat enam tahun dijangka jika umur aku panjang pada usia 70 tahun aku niat ingin masuk parlimen seperti presiden Amerika syarikat Donold Trump. Kerana dalam pengajian bidang perniagaan tidak ada batas usia ditetapkan bersara. Dalam hidup terhimpit ini kerja pula tidak ada, projek kontraktor kecil kurang, sumber kewangan sudah hilang sama sekali akibat angkara abang nombor 6 mujur aku dikurniakan seorang kakak yang baik hati. Sementara menangguh pengajian sambung semula jangan lupa menjaga kesihatan dengan berjalan cepat tempoh kurang lebih 2 jam perjalanan menurut nasihat doktor terbaik dua kali seminggu untuk mengekal stamina. Apabila abang nombor 6 melihat aktiviti kesihatan aku melalui whatsapp group mengkritik keras konon tidak ada hasil aktiviti kesihatan aku buat lebih baik tebas kebun dapat duit daripada tinggal di situ kasih habis belanja kakak beli beras. Apabila saya dikritik dengan tuduhan liar itu tidak masalah juga menangkis semua tuduhan sebab waktu perancangan tanam semula kelapa sawit lebih 200 pancang aku pasang bersama abang long. Waktu memasang pancang kerana pancang itu kami buat daripada pelepah kelapa sawit tangan sampai berdarah terkena duri sawit. Sudahlah duit 26 k tidak sampai ke mana, kebun separuh ditumbuhi hutan belukar, sumber kewangan aku di kebun tertutup kerana sumber kewangan sangat lemah hidup aku terhimpit aku pula disalahkan tuduh pemalas bekerja. Dengan alasan jangan diungkit kisah lama kalau mau maju. Bagi aku itu satu perbuatan membuli. Dari ciri kepimpinan bagi mengiakan tindakan bertentangan adat tamadun manusia dia menggunakan sistem pemerintahan kukuh besi, guna kuasa Veto sudahlah pengurusan kebun dia lemah dan waktu ini paksa aku pula kerja tebas kebun. Dari segi sudut pencapaian keluarga abang nombor 6 memang itu satu membanggakan antara anak anak sudah sampai di peringkat ijazah, ada yang sudah mendirikan rumah tangga itu juga satu yang harus dibanggakan. Jika mereka pandang aku sebelah mata pun aku tidak kisah anak meninggal, rumah tangga hancur berderai, sumber ekonomi amat lemah, tinggal menumpang bersama kakak. Daripada latar belakang aku susah tentu apa sahaja buah fikiran aku lontar ditolak mentah mentah tanpa pertimbangan. Dalam dunia ini sudah menjadi adat kebanyakan orang jika kita miskin, hidup menumpang, sumber kewangan lemah, masa depan tidak menentu maka kita (aku) akan ditindas cukup cukup kalau boleh idea aku ini gali tanah dalam dalam letak di dalam dan bubuh konkrit supaya tidak ada suara suara sama sekali. Kalau ingin berubah begitulah hakikat harus aku telan itu tidak perlu siapa pun hairan malah sebilangan keluarga menyokong tindakan kuasa veto tersebut. Apabila aku membalas dengan fakta dan contoh jelas aku pula mau ditembak pakai senapang bakakuk tetapi apabila dia mengkritik keadaan teruk aku sekarang dia tersenyum lebar. Kalau aku tanya adakah patut ? Jika pengamal sistem pemerintahan kukuh besi sudah tentu dia cakap patut tetapi bagi aku mati hidup balik pun tetap aku kata tidak. Untuk bangkit daripada persepsi itu jika kita punya matlamat jauh di hadapan ingin dicapai ia bukan jadi halangan terbesar jika hidup stress tertekan sepanjang waktu itu adalah salah satu penyebab penyakit darah tinggi dan serangan jantung akan lebih mudah serang kita. Sebagai ikhtiar itulah kenapa aku harus berjoging sehingga antara 8 kilometer hingga 10 kilometer setiap dua kali seminggu. Semasa mula aku diserang penyakit misteri ini berjalan di bandar Tawau dari stesen bas tidak sampai 100 meter kerana nafas sesak aku terpaksa berehat cukup lama baru dapat berjalan semula itu pun berjalan sangat perlahan. Apabila kita pernah sakit teruk sampai sukar berjalan setelah sembuh semasa berjalan sahaja pun sudah menjadi satu keseronokan merawat fizikal dan mental. Jika diimbas semula sejarah lalu orang (abang nombor 6) yang mengata aku pemalas, tidak pandai berdikari, harap bantuan kakak, suruh tinggal di rumah sendiri, menyuci sendiri, beli beras sendiri, dan macam macam. Cuba lihat rumah orang yang menyuruh jangan harap bantuan orang, berdikari di atas tapak kaki sendiri dan pemalas. Yang tempat dia tinggal sekarang rumah peruntukan perumahan rakyat (PPR). Yang kebun dia mengaku jaga hingga dapat hasil bagi adik beradik. Apabila kita tengok sekarang apa jadi separuh sudah ditumbuhi hutan belukar. Untuk aku bangkit semula serupa lawan gusti kaki dan tangan diikat kemudian suruh lawan musuh yang boleh bergerak bebas tanpa sekatan boleh serang aku sesuka hati. Ada patutkah tidak ? Jika perancangan masa depan hidup dari mula sudah salah selalunya untuk memulih semula perlu masa subjektif boleh jadi panjang atau pendek bergantung kepada kerja keras kita dan jika tuhan ingin beri bantuan awal. Kalau kita bising bising dalam group pun kelapa sawit tidak akan tumbuh. Kalau tumbuh pun disuruh kerja juga, kalau ada hasilnya pun mesti bertikam lidah itu pun kalau nasib kurang bagus tidak juga dapat sesen pun. Buat masa ini biar dulu aku sunyi daripada group kerana mengatur perasan semula itu tidak mudah silap komen terus kena hentam cukup cukup. Setelah aku tidak ikut komen terus lebih 200 lebih mesejnya masuk di AF itu petanda keharmonian Arijalun Famili mula terserlah. Jika kita asyik melihat keburukan orang sepanjang masa seperti peribahasa kokok berderai derai tetapi ekor bergelumang tahi. Bagi aku group itu ditubuhkan untuk melihat semua keburukan usaha aku bukan kemajuan. hendak left group kena hormat saudara yang lain pula akhirnya tukang padam mesej group sahaja.
Sebagai seorang Muslim senjata paling kuat kita guna ialah doa. Semoga segala isu dalaman ini nanti buat keluarga kita lebih matang membangun sebuah keluarga harmoni menjadi masyarakat Madani.
disunting Ahad 23/10/2021 2:19 pt
Ulasan
Catat Ulasan