google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Wabak Covid-19 Di Malaysia 18 Mac 2020google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
WUHAN China adalah tempat bermulanya Covid-19 sekitar Disember 2019. Ia merupakan bandar raya terbesar di China Tengah, dan ibu kota wilayah HUBEI. Di bandar ini terdapat dua batang sungai iaitu Sungai Yangtze dan Sungai Han. Wuhan terdiri daripada tiga daerah Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Ia mempunyai penduduk seramai 11.8 juta orang (tahun 2018). Sumber dari Tokyo mengatakan Covid-19 mungkin berasal daripada kelawar dan juga ular. Korona virus berbentuk bulat dan mempunyai tangan banyak seperti tangan sotong. Ia mempunyai jangka hayat hanya 14 hari apabila tinggal di satu tempat. Ia merebak apabila anda datang dari luar negara yang telah dijangkiti wabak tersebut seperti China, Itali, Brazil, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Iran, India, Pakistan, Russia, Mexico, Spanyol, Arab Saudi, Israel, Palestain, Afrika Selatan, Turki, Bangladesh, Iraq, Qatar, Kanada dan banyak lagi. Ia berlaku kerana urusan perniagaan, lawatan kerja, melancong dan membeli belah. Segala aktiviti perhimpunan seperti di sekolah, kenduri kahwin, mesyuarat, aktiviti bersentuhan seperti sukan ragbi, gusti, bola sepak, berlakon, konsert, di kelab malam, dan sepertinya, ia merebak melalui sentuhan seperti, anda duduk rapat (kurang 1 meter) dengan orang lain, anda batuk dan bersin di hadapan orang tanpa menutup mulut, anda menyentuh tempat-tempat mudah menjangkiti orang ramai seperti di bank anda memegang tombol pintu masuk, di ATM anda menekan butang kata laluan, melalui tangga dan anda memegang susur tangan seperti eskalator (tangga bergerak) di pasar raya, di lif anda menekan butang tingkat, anda berjumpa rakan karib dan bersalaman, anda menaiki pengangkutan awam seperti bas, kereta api, feri, kapal terbang, dan seumpamanya. Ia menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa diramalkan akan terus bertambah. Berdasarkan data ini ia sudah tentu amat membimbangkan ia menular sangat pantas terutamanya golongan warga tua penghidap penyakit kronik. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengisytiharkan penularan Covid-19 sebagai wabak pada 12 Mac 2020. Wabak ialah penyakit berjangkit yang merebak dari populasi manusia, merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, sehingga ke seluruh dunia. Pada 18 Mac 2020 di Malaysia Perintah Kawal Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula.
Di seluruh dunia kematian akibat Korona virus meningkat setiap hari. Pada 22 Mac 2020 Itali mencatat kematian 793 orang satu hari. Kematian kumulatif 4,825 orang menjadikan ia kematian tertinggi di dunia mengatasi negara China tempat asal Covid-19. Ini ialah statistik setelah PKP lima hari dikuatkuasakan di Malaysia. Pada zaman purba pusat pengajian perubatan amat kurang melatih doktor pakar. Wabak penyakit berbahaya amat sukar dirawat sehingga membunuh berjuta orang. Pada tahun 165 hingga 185 di ROME wabak Antonine merebak sangat pantas, ia mencatat kematian 2000 orang sehari lebih kurang dan kematian lima juta orang keseluruhan. Wabak ANTONINE menghapuskan satu pertiga lebih populasi jajahan Rom dan kesan buruk kepada pertahanan tentera Rom menjadi lemah. Ia juga dikenali sebagai wabak Galen iaitu sempena nama Galen Of Pergamon pakar perubatan Rome. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada cacar air. Wabak Galen merebak dari Rome hingga ke China kerana mereka menjalin kerja sama perniagaan rapat dan hubungan diplomatik. Di Athens pula mayat tidak dapat diuruskan secara biasa oleh sebab kematian terlalu ramai, Ini dapat dilihat pada tahun 1994 apabila mereka menemui sebuah kubur besar yang mana 250 orang mayat kurang lebih ditanam dalam keadaan tidak teratur, dan 1000 buah kubur individu lebih kurang yang mana mereka semua ialah mangsa akibat wabak Athen pada tahun 429 BC. Di China tahun 1855 wabak besar YUNNAN paling lama sehingga lebih 100 tahun ia membunuh 60,000 orang ini catatan di bandar Canton sahaja. Wabak berlaku akibat aktiviti balik ke kampung secara beramai-ramai. Ia merebak sehingga wilayah GUANGDONG, wilayah GUANGXI dan gugusan pulau pulau HAINAN. Di India tahun 1896 dalam tempoh 30 tahun wabak YUNNAN menjangkiti penduduknya seramai 12.5 juta orang. Ini adalah diyakini akibat daripada aktiviti ekonomi perdagangan dan kedatangan peniaga Hong Kong di sana. Jangkitan serupa berlaku di Tunisia, BURMA, Soviet UNION, Jepun dan Brazil. Setelah 60 tahun pada tahun 1897 vaksin dibangunkan dan mereka mengisytiharkan wabak ini telah berjaya dikawal. Ia berakhir sehingga tahun 1960. Wabak New SPAIN dari tahun 1545 hingga 1576 berlaku sebanyak dua kali mengorbankan 17 juta orang. Ahli sains SPANYOL FRANSISCO HERNANDEZ melihat di hadapan mata pesakit diserang demam sakit dada, sawan dan hidung dan telinga keluar darah, kisah ini dipetik dari buku catatan beliau. Ia bermula daripada pembiakan tikus yang tidak terkawal di musim banjir.
Di WUHAN China kejadian sebaliknya telah berlaku di saat jangkitan Covid-19 meningkat di seluruh dunia tetapi sebaliknya berlaku ia berjaya “mencegah” virus itu dari merebak dalam lingkungan masa 3 bulan. Mereka mencatat Covid-19 sifar. Pada 15 Mac 2020 di China mencatat 81,029 kes positif dengan penambahan 22 kes sebelumnya. Di Britain 208 kes positif direkodkan dalam tempoh 24 jam, berasaskan statistik tersebut anda boleh melihat risiko Covid-19 terlalu kecil di China. Ia berlaku kerana kerajaan bertindak menutup semua bandar dan semua orang diarahkan duduk di rumah bagi mencegah virus itu dari merebak dengan mengumumkan perintah darurat pada 23 Januari 2020 di WUHAN dan 15 bandar lain di jajahan HUBEI. Darurat memberi impak kuat kepada China serta 56 juta orang penduduknya kerana pengangkutan umum, sekolah, kilang, pejabat, dan kedai semua ditutup. Paramedik dikerah merawat pesakit dijangkiti virus itu.. Dua buah hospital dibina siap tempoh dua minggu. Pesakit meningkat jumlahnya setiap hari akan ditempatkan di sini. Selain itu pengawalan diperketat setiap masa. Media sosial memberi maklumat setiap hari. Telefon bimbit dan media sosial sangat membantu kerajaan mengekang Covid-19. Ia mengawal pergerakan di lokasi berasaskan warna merah kuning dan hijau. SANITASI berangkai dilakukan. Jalan raya dan gedung semua di sembur cecair nyah kuman secara berulang kali pada tahap tertinggi. Cahaya UV digunakan. YANGGAO sebuah syarikat pengangkutan umum henti-henti mendapat idea kebuk pembersihan bas diubah kepada kebuk cahaya UV. Dengan ini basmi kuman lebih pantas. Sebelum ini untuk sebuah bas memakan masa 40 minit menjadi hanya 5 minit. Penutup hidung dan mulut wajib dipakai. Orang ramai mesti pakai penutup mulut dan hidung. Badan mesti diperiksa suhu apabila hendak masuk ke dalam bangunan atau pasar raya bagi membeli makanan. Perjalanan diperhatikan. Di perumahan penguat kuasa mengawal ketat orang-orang yang berjalan keluar dan masuk buat urusan di situ dengan undang-undang tegas. Kerajaan China menggunakan pasukan polis dan tentera sekiranya orang yang ingkar perintah ditahan dan dikurung sementara wabak tersebut menular. Peranan khidmat masyarakat menyampaikan pesanan penting setiap hari disebarkan kepada orang awam seperti tangan dicuci dengan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman. Ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha penguat kuasa jabatan kesihatan yang berkhidmat sepanjang masa
Justeru dua hari selepas China berjaya mencegah Covid-19 kerajaan Malaysia mengambil langkah tepat mengawal ketat wabak tersebut daripada merebak cepat di negara kita dengan Perintah Kawal Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan tempoh 14 hari bermula dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Ini adalah tempoh hayat virus itu berakhir. Bagi PKP antarabangsa kerajaan menutup semua pintu masuk perjalanan warga asing masuk ke negara ini seperti di lapangan terbang dan pelabuhan terutama negara yang dilanda wabak tersebut seperti China, ITALY dan lain lain kecuali urusan sangat penting menghantar bantuan kecemasan seperti topeng muka, makanan dan seumpamanya. bagi PKP kawalan domestik kerajaan menguatkuasakan syarikat pengangkutan awam operasi semua di tangguh seperti bas mini, bas ekspres, bot penumpang ekspres dan feri. Kedai, sekolah, kilang, semua ditutup kecuali kedai makan dan farmasi. PKP dilaksanakan petugas barisan hadapan terutama doktor, polis, dan tentera yang bertugas siang dan malam. Orang yang dibenarkan keluar hanya untuk urusan penting sahaja seperti membeli makanan, dan seumpamanya. Kerajaan memberi intensif kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengawal wabak sepanjang masa siang dan malam sehingga tidur di tempat bertugas kerana tidak sempat pulang ke rumah. Usaha buat vaksin sedang giat dijalankan ia memakan masa lama kerana ujian lebih banyak harus dilakukan sebelum ia diluluskan sebagai vaksin penawar virus tersebut namun kita harus percaya setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Pendidikan sivik harus ditanam dalam diri sendiri. Seperti diri merasa bertanggungjawab menyebarkan maklumat tepat kepada orang ramai secara cepat. Orang ramai harus ikut SOP seperti tangan basuh dengan sabun pembasmi kuman secara betul dan berulang kali sehingga secukupnya. Anda berjalan ke luar rumah jika di fikir perlu sahaja. Anda mesti pakai topeng mulut dan hidung apabila masuk di premis perniagaan, anda menulis nama nombor telefon bimbit dan alamat. Dengan ini pihak kesihatan kurang bebanan merawat pesakit baru.
Pada 11 Mac 2020 Perdana Menteri, Tan Sri MUHYDDIN Yassin melancarkan Tabung (Tabung Covid-19) bagi membantu rakyat susah dalam tempoh PKP dikuatkuasakan. Pada 26 Mac 2020 kerajaan mengumumkan PKP peringkat ke dua diteruskan dari 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Ia diumumkan awal supaya masyarakat lebih bersedia menghadapi PKP. Pada 27 Mac 2020 kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 bilion untuk mengawal wabak. Untuk kebajikan rakyat sejumlah RM 180 bilion. Ia digunakan terutamanya memberi bantuan sara hidup (BSH) bagi B40 yang pendapatan RM 2,00.00 dan ke bawah merupakan golongan yang terbesar perlu bantuan dan bagi golongan yang terkesan akibat wabak. Untuk membantu para peniaga sejumlah RM 100 bilion. Ia akan mempertahankan ekonomi dengan membantu peniaga serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pada masa yang sama kerajaan memainkan peranan penting menghadapi wabak, semua menteri bersetuju gaji dua bulan dimasukkan terus ke dalam Tabung Wabak Korona Virus. Dua minggu Tabung mengumpul RM 8,493,103.48 termasuk geran kerajaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menguruskan 70% tabung ini untuk diagihkan kepada mereka yang layak terima bantuan. Selebihnya disimpan untuk keperluan menyekat penularan wabak. Tabung Korona virus dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jika anda ingin menyumbang boleh terus menyalurkan sumbangan tersebut kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat - Tabung Bantuan Bencana Negara). Semasa PKP dikuatkuasakan Kerajaan menanggung kerugian 2.5 bilion ringgit sehari lebih kurang namun di peringkat dunia media sosial melaporkan kes kematian akibat Korona virus meningkat setiap hari. Pada 2 April 2020 di Amerika Syarikat mencatat 4,757 orang kematian. ITALY 13,155 orang kematian. Malaysia 50 orang kematian. Negara di puncak kritikal setelah ekonomi lumpuh di seluruh dunia.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat memberi internet percuma kepada rakyat. Ini usaha alternatif kerajaan mengawal penularan Covid-19 di negara kita. Telefon bimbit medium terpantas kerajaan menyalurkan maklumat kepada rakyat secara berkesan. Justeru syarikat telekomunikasi utama semua mengambil inisiatif membantu orang ramai dengan cara masing-masing memberi 1GB data internet percuma kepada anda setiap hari tiap kali tambah nilai. Data internet percuma mula sekitar 21 Mac hingga 31 Disember 2020. Dengan ini ia boleh membantu anda berhubung dengan keluarga lebih lama serta maklumat tentang korona virus lebih banyak disampaikan. Telefon bimbit mempunyai kelemahan tersendiri. Segelintir manusia jahil hobinya suka menyebar maklumat palsu. Negara mengalami situasi genting jika berita palsu berleluasa kesannya rakyat akan hidup dalam situasi panik dan ketakutan. Contoh berita palsu konon semasa tempoh PKP dikuatkuasakan bekalan makanan tidak mencukupi. Orang ramai sudah tentu akan buat pembelian panik borong semua makanan di atas rak hingga habis akhirnya orang lain tidak dapat beli makanan maka keadaan menjadi cemas dan huru-hara akan berlaku. Untuk masalah ini kerajaan Malaysia memilih TV1 (RTM) sebagai saluran rasmi menyiarkan Covid-19 mula 28 Mac 2020 hingga PKP berakhir. Ia supaya masyarakat tidak keliru dan boleh mendapat maklumat tepat. TV 1 menyiarkan penafian berita palsu setiap hari yang disiarkan individu tidak bertanggungjawab di media sosial. Ini zaman teknologi, 5G lebih membantu menyalurkan maklumat secara terpantas dari satu negara ke negara lain. 5G maksudnya komunikasi tanpa wayar generasi ke-5. Di Malaysia teknologi 5G baru dibangunkan tahun ini dan dijangka penggunaannya secara meluas suku tahun ke tiga. 5G memerlukan tiga kali ganda lebih besar laluan trafik daripada 4G kerana ia berkelajuan tinggi. Malaysia adalah antara negara terlibat membangunkan vaksin Covid-19 bersama negara-negara maju yang lain seperti China dan Amerika syarikat. Berikut adalah cara menebus 1GB data internet yang diberi secara percuma mengikut syarikat telekomunikasi anda masing-masing.
DIGI. Data percuma1GB ditebus hanya sekali ia akan masuk ke dalam akaun anda setiap hari. Bagi pasca bayar anda tebus di aplikasi My DIGI melalui ganjaran. Bagi prabayar anda tebus di aplikasi My DIGI melalui “Box Of Surprise” atau melalui kod ringkas UMB *128#. Celcom. Data percuma 1GB masuk ke akaun anda setiap hari. Anda tidak perlu daftar atau tebus. MAXIS. Pelanggan MAXIS dan HTLINK perlu menebus data percuma 1GB setiap hari. Untuk penebusan anda perlu ikuti caranya. MAXIS pasca bayar melalui aplikasi My MAXIS, MAXIS BIZ pasca bayar melalui aplikasi My Maxis Biz, MAXIS Flex postpaid melalui aplikasi Hotlink Flex. Semua pelanggan postpaid klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”. Bagi HOTLINK prabayar melalui aplikasi Hotlink RED di muka utama klik BANNER kemudian pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’. TUNE TALK. Pelanggan perlu tambah nilai kemudian mendaftar sekali sahaja kemudian SMS “STAYHOME” dan hantar ke 2222. Sistem akan menghantar melalui SMS menyatakan anda berjaya mendaftar 1GB data percuma. U MOBILE. Semua pelanggan pasca bayar, prabayar, dan jalur lebar menerima data 1GB percuma selain WeChat Go. Untuk anda terima data percuma 1GB setiap hari kepada talian aktif. Anda buat penebusan hanya sekali. Prabayar anda dail 118*6# kemudian pilih Special Offer. Pasca bayar anda dail 118*7# kemudian pilih Specisl Offer. Yodoo. Pelanggan akan dapat tawaran istimewa selain 1GB percuma. Data tiada had sekiranya tidak habis digunakan ia akan dibawa ke hadapan sehingga pelan selanjutnya. UniFi Mobile. Yang terakhir Pas LTE hotspot ditawarkan secara percuma oleh TM kepada pengguna pelan UniFi Mobile pasca bayar. Di samping itu 7 hari data tanpa had ditawarkan TM kepada pengguna UniFi Mobile #BEBAS prabayar dan bagi pengguna UniFi SME ditawarkan pas percuma LTE hotspot unifiMobile Biz. Sangat senang diaktifkan secara automatik, anda tidak perlu menebus apa-apa.
China dan Malaysia menjalin hubungan dua hala erat sejak lebih kurang 4 dekad yang lau. Apabila negara kita ditimpa bencana kerajaan China mengambil berat dengan usaha Malaysia ingin mengawal wabak Covid-19. Ketika negara kita sangat memerlukan serba-serbi keperluan untuk menghadapi wabak tersebut pada masa sama China menghantar bantuan 200 unit alat bantuan pernafasan, 50,000 set peralatan perlindungan peribadi, 50,000 topeng muka pembedahan dan 100,000 unit kit ujian PCR, dan 100,000 topeng muka N95. Duta Besar China di Malaysia Bai Tian menyampaikan bantuan tersebut kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishamudiin Tun Hussein di Wisma Putra pada 28 Mac 2020. Hishamudiin mengucapkan pujian yang tidak terhingga atas bantuan kerajaan China. Ini perkara yang sangat jarang berlaku, ia melambangkan persahabatan kukuh antara dua negara tersebut. Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) yang menguruskan penyaluran bantuan ini kepada petugas barisan hadapan (Frontliner) di hospital katanya. Terdahulu kerajaan China dari pelbagai wilayah, komuniti perniagaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan individu telah menyerahkan bantuan kepada kerajaan Malaysia. Bai Tan menyatakan bantuan yang dihantarkan ialah berasaskan luahan perdana menteri Muhyddin Yassin dan Hishamudiin yang risau pasukan paramedik yang masih belum cukup stabil menampung pesakit Covid-19 yang dijangka akan bertambah lebih ramai. China ingin membalas budi rakyat Malaysia dan negara ini yang memberi sumbangan kepada negara tersebut ketika detik “hitam” mereka bertarung dengan wabak Covid-19 kata duta China tersebut. Pada masa yang sama Bai Tian menyatakan bahawa China menyokong dengan menawarkan kumpulan doktor pakar Covid-19 dari negara tersebut berganding bahu bersama dengan pasukan mereka di negara kita. Mengenai jumlah doktor pakar dihantar ia berasaskan permintaan daripada hospital dan lokasi di Malaysia. Kerana mereka mempunyai pelbagai kepakaran seperti penyakit berjangkit, pernafasan, dan pakar unit rawatan tapi (ICU). China pada bila-bila masa sahaja akan kerja sama dalam budaya harmoni dan menyebarkan ilmu melawan wabak Covid-19.
Wabak Covid-19 menular di China penghujung Disember 2019 wabak itu memuncak sekitar Januari 2020. Ia amat membimbangkan semua negara di dunia. Ketika itu perdana menteri terdahulu mengambil berat keadaan memburuk ini dan ingin bantu kerajaan China mengawal ketat penularan Covid-19 membunuh manusia lebih ramai. Pada 31 Januari 2020 Kerajaan Malaysia hantar bantuan 18 juta sarung tangan getah untuk kemudahan hospital di Wuhan China bagi mengawal wabak korona virus (Covid-19). Ketika itu negara kita masih bebas Covid-19. Menteri industri Utama menyatakan bantuan itu selaras dengan keinginan Perdana Menteri terdahulu. Mereka yang sudah sedia untuk hantar pertolongan ke Wuhan andainya kerajaan China beri lampu hijau. Oleh kerana hospital di Wuhan kekurangan keperluan perubatan kementerian berikhtiar ingin mengutus sumbangan sarung tangan perubatan di sana. Pada masa itu pasukan perubatan di Wuhan memohon pertolongan penutup muka, sut dan sarung tangan klinikal. Kumpulan pertama ketika itu sedang terbang membawa sarung tangan getah asli dan nitril ke Wuhan. Sebanyak 2.3 juta sarung tangan perubatan telah diserahkan oleh dua syarikat, iaitu Top Glove dan Supermax kemudian menyusul sarung tangan dari syarikat-syarikat lain seperti Smart Glove, Hartalega, kossan, YTY, Brighteay dan Koon Seng, menurutnya, ketika berucap semasa sidang media menunjukkan penyampaian 18 juta sarung tangan perubatan daripada 10 pengeluar sarung tangan kepada Bai Tian duta besar China ke Malaysia di Kementerian Industri Utama. Kementerian dan Wisma Putra bermesyuarat supaya pergerakan menghantar bantuan berjalan lancar. Pada masa yang sama penerbangan khusus ke Wuhan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana. Dia meminta agar bantuan ini dikirimkan dengan penerbangan tersebut. Sebelum ini Malaysia telah pun menghantar bekalan sarung tangan di banyak negara luar. Pada 2014 lebih 20 juta sarung tangan getah perubatan telah dihantar oleh Malaysia ke 5 buah negara di Afrika seperti Liberia, Sierea Leon, Congo dan Guinea pada masa itu masih bertarung dengan virus Ebola.
6 April 2020 kerajaan Turki melarang jual topeng muka sebaliknya memberi secara percuma kepada setiap rakyatnya yang berusia 20 tahun hingga 65 tahun dan diberi keringanan memesan lima unit topeng muka setiap minggu kecuali bawah 20 tahun dan atas 64 tahun kerana dilarang keluar dari di rumah. Kerajaan Turki mengenakan perintah berkurung tidak sepenuhnya bagi mengawal daripada Covid-19 merebak. Yang menambat hati topeng muka diedarkan menerusi laman sesawang e -dagang dihantar oleh Pejabat Pos negara itu. Recep Tayyip Ergodan Presiden Turki menghebahkan orang yang memakai topeng muka sahaja dibenarkan masuk ke kedai dan pasar. 8 April 2020 Kerajaan Malaysia meluluskan memberi topeng muka secara percuma kepada rakyat, 4 topeng setiap isi rumah. ia dipakai oleh orang yang ada gejala sahaja. Ini ialah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 24.6 juta topeng muka diedarkan di seluruh Malaysia. Ia diuruskan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk dihantar kepada setiap negeri di Majlis Keselamatan Negeri kemudian disalurkan ke daerah melalui Pusat Jawatankuasa Bencana Daerah setelah itu petugas barisan hadapan mengagihkan ke tiap-tiap rumah. Untuk Sabah dan Sarawak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar topeng muka menerusi penerbangan khusus pada lusa. Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) seperti topeng muka (penutup mulut dan hidung) boleh digunakan satu hari sahaja, 8 jam maksimum. Sebagai menyokong usaha kerajaan NGO dan individu membekalkan secara percuma PPE kepada Petugas Barisan Hadapan (Front liner). USIM, pengakap, membekalkan 6000 unit PPE kepada Petugas Barisan Hadapan. Syarikat pembekal moreh memberi secara percuma ikan segar kepada Petugas Barisan Hadapan. Kerajaan mengawal Covid-19 umpama dalam satu unit keluarga selalunya ada seorang anak yang suka buat saudara lain tekanan darah tinggi, Orang tua bertungkus lumus membanting tulang berhujan berpanas untuk membesarkan anak-anak. orang tuanya bertarung nyawa melindungi mereka daripada ancaman luar dan dalam. Dia malas belajar, ponteng sekolah. Untuk masalah ini orang tua mengambil pendekatan berbeza.
Rujukan
Agong, Permaisuri berkenan tidak menerima Emolumen Diraja 6 bulan (2020) [atas talian] sumber: https://www.bharian.com.my/node/671363/amp (26 Julai 2020)
Athirah Hanapiah. (2020). Ini Cara Tebus Data Percuma 1GB Anda Bagi Semua
Jenis Telco Di Malaysia. [atas talian]. Sumber: https://says.com/my/seismik/ini-cara-tebus-data-percuma-1gb-anda-bagi-semua-jenis-telco-di-malaysia. [5 Apfil 2020].
COVID-19: Sultan Kelantan kembalikan Emolumen Diraja (2020) [atas talian] sumber: https://www.bharian.com.my/node/674134/amp (26 Julai 2020)
COVID-19 kini diisytihar pandemik – WHO (2020) [atas talian] sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-kini-diisytihar-pandemik-who-233375?amp=1(25 Julai 2020)
Coronavirus baharu mungkin berasal daripada kelawar atau ular. (2020). [atas
talian] sumber: https://www.bharian.com.my/node/649287/amp [28 Mac 2020].
COVID-19: Bagaimana China berjaya turunkan jumlah jangkitan secara
mendadak. (2020). [atas talian]. Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-bagaimana-china-berjaya-turunkan-jumlah-jangkitan-secara-mendadak-233746?amp=1.[1 April 2020].
Covid-19: Rekod pulih tertinggi 108 kes, dua kematian. (2020). [atas talian].
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/561279/covid-19-rekod-pulih-tertinggi-108-kes-dua-kematian. [2 April 2020].
COVID-19: Maxis tawar 1GB data percuma setiap hari. (2020). [atas talian].
Sumber: https://www.bharian.com.my/node/670602/amp. [5 April 2020].
Eza. (2020). Manfaat 5G Dan Perkembangan Terkini Di Malaysia. [atas
talian]. Sumber: https://www.majalahlabur.com/saham/catalyst/manfaat-5g-dan-perkembangan-terkini-di-malaysia/. [28 Mac 2020].
Gökhan Ergöçün. (2020). Kerajaan Larang Jual Topeng Muka Di Turki, Beri
Percuma Kepada Semua Orang Awam. [atas talian]. Sumber: https://www.facebook.com/100002789830183/posts/2305969892839316/?d=n. [8 April2020].
Hayati Ibrahim. (2020). Jemaah Menteri potong gaji 2 bulan. [atas talian].
Sumber: https://www.hmetro.com.my/node/558758/amp. [3 April 2020].
Internet percuma bukan untuk laman sosial, permainan, penstriman video (2020) [atas talian] sumber: https://www.bharian.com.my/node/697628/amp (26 Julai 2020)
Kerajaan China sumbang bekalan perubatan. (2020). [atas talian]. Sumber:
https://www.bharian.com.my/node/670445/amp [4 April 2020].
Mohammad Hadi Zahalan. (2020), Wabak penyakit antara 6 tanda akhir zaman,
azab dari kejahatan manusia. [atas talian]. sumber: https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2020/01/28/wabak-penyakit-ujian-allah. [28 Mac 2020].
Najib. (2020). 1GB data percuma setiap hari dan panggilan percuma dengan
tambah nilai di Digi. [atas talian]. Sumber: https://bm.soyacincau.com/2020/03/22/digi-perintah-kawalan-pergerakan-percuma-1gb-panggilan/. [4 April 2020].
Namri Sidek. (2018). 7 wabak penyakit paling teruk dalam sejarah tamadun
manusia [atas talian] sumber: https://iluminasi.com/bm/7-wabak-paling-teruk-dalam-sejarah-tamadun-manusia.html. [22 Mac 2020].
Noor Atiqah Sulaiman. (2020). Malaysia sumbang 18 juta sarung tangan ke
Wuhan .atas talian]. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/651448/malaysia-sumbang-18-juta-sarung-tangan-ke-wuhan. [8 April 2020].
Najmi Syahiran Mamat (2020) COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang [ayas talian] sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-ini-senarai-tabung-bantuan-dan-bagaimana-anda-boleh-sumbang-235045?amp=1 (26 Julai 2020)
Nurulhuda. (2020). COVID-19: 24.62 juta topeng muka percuma diedarkan
kepada rakyat. [atas talian]. Sumber: https://www.airtimes.my/2020/04/08/covid-19-24-62-juta-topeng-muka-percuma-diedarkan-kepada-rakyat/. [15 April 2020].
Pintu keluar masuk Simpang Renggam dikawal ketat. (2020). [atas talian].
Sumber: https://www.bharian.com.my/node/669755/amp. [2 April 2020].
Parlimen Tawau Agih 30,000 Penutup Hidung & Mulut Kepada Petugas Barisan
Hadapan. (2020), [atas talian]. Sumber: https://www.facebook.com/100002789830183/posts/2291985480904424/?d=n. [4 April 2020].
Pakej RM250 bilion untuk semua rakyat (2020) [atas talian] sumber: https://www.bharian.com.my/node/669880/amp (26 Julai 2020)
Rai Illani. (2019). 8 Wbak Pdnyakit paling membinasakan. [atas talian]. Sumber:
https://iluminasi.com/bm/8-wabak-penyakit-berjangkit-paling-kritikal.html.[28 Mac 2020].
Statistik Covid 19 bagi negara di seluruh dunia. (2020). [atas talian]. Sumber:
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10156893162181237/?d=n. [4 April 2020].
1GB internet percuma setiap hari sepanjang tempoh PKP – SKMM. (2020). [atas
talian]. Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1gb-internet-percuma-setiap-hari-sepanjang-tempoh-pkp-skmm-235654?amp=1. [5 April 2020].
70 peratus sumbangan Tabung COVID-19 diagih melalui JKM (2020) [atas talian] sumber: https://www.bharian.com.my/node/680407/amp (26 Julai 2020)
disunting 6 Februari 2021
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0Catat Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0