SAMAN

Kesalahan melawan arus trafik. Masa 27 Mei 2025. Semasa saya pulang dari beli alat ganti kereta, sekatan jalan di batu 5 jalan Apas sekitar QL Kami perasan kereta  berbaris panjang di bukit  batu 5 Apas. Saya menelefon tanya abang R tentang sekatan jalan tetapi dia kurang pasti. 

Cermin cc kiri pecah, saya terpaksa lawan arus ingin lalu dari batu 4 1/2, malang nasib saya jumpa polis trafik. Sebenarnya abang R suruh saya pergi kedai beli alat ganti keretanya, 4 batang skru 4 inci panjang untuk mounting badan kereta kancil, cat semburan silver 1 tin 450 ml dan black matte 1 tin 450 ml. 

Paling mencabar cari skru, setelah bertanya 8 kedai, terakhir dapat di batu 2 jalan Apas, kereta potong dekat Petronas. Semasa proses rayuan saya ada berseloroh secara spontan tentang motor polis trafik di situ yang kebetulan juga tiada cermin sisi kiri . Niat saya sekadar ingin memohon pertimbangan, memandangkan cermin saya pun baru sahaja pecah. Namun, pihak polis menjelaskan dengan tegas tetapi sopan bahawa peraturan tetap perlu dipatuhi demi keselamatan, lebih-lebih lagi jika kedua-dua cermin tiada.

Saya akur dengan penjelasan itu. Walaupun terasa ralat, saya sedar kesalahan melawan arus itu tetap berbahaya tidak kira apa pun keadaan kenderaan kita. Saya ambil ini sebagai satu pengajaran besar untuk lebih peka dengan undang-undang jalan raya pada masa akan datang.

Saya baca buku undang-undang kesalahan jalan raya, jika tiada cermin sisi adalah kesalahan trafik. 

Abang R sangat bertanggung jawab keatas saman, saya tanya di ibu pejabat polis daerah Tawau jumlah perlu dibayar ialah RM150.00 tarikh 27 Mei 2025. 

Saya bernasib baik di pejabat trafik IPD Tawau ada potongan harga 50% saman sempena sambutan perayaan pesta Keamatan di Penampang pada 30 dan 31 Mei 2025, Saya perlu bayar lebih kurang RM70 ~ RM80 sahaja. Sayang duit begitu banyak habis untuk bayar saman kata polis trafik itu justeru saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 

Memandangkan saya mempunyai adik ipar yang bertugas sebagai polis trafik di Penampang, Kota Kinabalu, ia memudahkan urusan saya. Saya telah memindahkan wang (transfer) ke akaunnya supaya beliau dapat menolong menjelaskan bayaran saman saya secara sah di kaunter trafik yang sedang menawarkan diskaun tersebut. Saya sangat bersyukur kerana urusan ini dapat diselesaikan dengan cara yang betul dan telus. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KERJA KONKRIT

PRU 15: ANALISIS KEDUDUKAN KERUSI DI PARLIMEN

CABARAN MALAYSIA