google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Yamaha Y15ZR Dilancarkan Pada 20 Oktober 2015google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0


Y15ZR 


Sanusi Bin Arijalun Sabtu 10 Oktober 2015

PENGENALAN
KUALA LUMPUR Kilang YAMAHA yang asal terletak di negara Jepun oleh kerana faktor persaingan perniagaan kompetitif pada dekad ini kilang pemasangan motosikal YAMAHA telah didirikan di Malaysia maka dengan cara ini kos pengeluaran dapat dikurangkan dan margin keuntungan syarikat dapat dioptimumkan. Di Malaysia YAMAHA mempunyai dua kilang utama yang pertama terletak di Kuala Lumpur iaitu syarikat HONG LEONG INDUSTRIES BHD dan jaraknya 22 km lebih kurang ke SUNGAI BULOH terletak sebuah lagi kilang YAMAHA yang baru iaitu syarikat HONG LEONG YAMAHA MOTOR SDN.BHD. YAMAHA Motor Co.Ltd. melabur pada kadar 30.6% dan Hong Leong Industries BHD. melabur pada kadar 69.4%. di tapak seluas 145,000 meter persegi dan kaki tangan 440 orang. Di sinilah motosikal YAMAHA di Malaysia dipasang. Motosikal YAMAHA Y15ZR dilancarkan pada 20 Oktober 2015 manakala di Vietnam pelancaran awal setahun. Motosikal ini mempunyai nama berlainan di setiap negara iaitu di Vietnam YAMAHA EXCITER 150 RC dan YAMAHAEXCTTER 150 GP, di Thailand nama YAMAHA EXCITER 150, di Indonesia YAMAHA JUPITER MAX 150 dan YAMAHA JUPOITER. Exciter MX King 150, di Malaysia nama YAMAHA Y15ZR dan YAMAHA Y15ZR GP Movistar limited editions, dan di Filipina YAMAHA Sniper 150MXi. YAMAHA mungkin ada strategi menggunakan nama berlainan di setiap negara atau sekadar suka-suka. Tawau motosikal YAMAHA Y15ZR boleh didapati menerusi semua cawangan pengedar motosikal sah di antaranya kedai motosikal Inti Deras SDN. BHD. Taman Hill Top Jalan Utara Tawau, kedai motosikal Sin Ban Hock SDN, BHD. (Fajar) Jalan Mahkamah Tawau, kedai motosikal Sin Ban Hock SDN, BHD. (Jalan Masjid) dan lain-lain.

Motosikal yang dikeluarkan oleh YAMAHA merupakan motosikal digemari ramai. YAMAHA LC motosikal mendominasi penjualan terlaris di Malaysia YAMAHA Y15ZR ialah kesinambungan pengeluar terdahulu YAMAHA LC 135 dan motosikal ini juga sangat kerap dicuri. Pada 2011 statistik kecurian motosikal 370 unit atau 50.48% adalah YAMAHA LC di banding motosikal lain. YAMAHA adalah pengeluar motosikal terbaik di dunia. Apabila dinilaikan prestasi YAMAHA tujuh kali digelar sebagai juara dunia Moto GP ( Moto GP World Champion pada 2004, 2005, 2008, 2009 2010, 2012, 2015) iaitu empat kali dipegang oleh Valentino Rossi (46) pada 2004, 2005, 2008, 2009 dan tiga kali dipegang oleh Jorge Lorenzo (99) pada 2010, 2012, 2015 maka atas faktor kehebatan ini juga di antara penyumbang terbesar penjualan YAMAHA laris dan juga jadi daya tarikan pencuri tetapi doa diharapkan YAMAHA Y15ZR tidak begitu. YAMAHA Y15ZR tangki bahan bakar boleh di isi kapasiti hanya 4.2 liter, ini menunjukkan y15ZR lebih ekonomi penggunaan bahan bakar di banding dengan motosikal lain yang cc sama. Apabila ditunggang dengan kelajuan 60 km/j jentera ini menunjukkan meter FC 50 km/liter. Sekiranya jentera ini ditunggang dengan FC 40 km/liter maka satu tangki isi penuh boleh sampai ke jarak 168 km. Motosikal yang berteknologi tinggi memang diletak harga agak mahal sedangkan motosikal berkuasa besar yang 250 cc sahaja pun dijual dengan harga lebih dua puluh ribu Ringgit Malaysia. Harga ini sudah terlalu mahal untuk dibeli bagi golongan yang berpendapatan sederhana keinginan memang ada tetapi kemampuan terbatas contohnya motosikal YAMAHA R25. Maka alternative terbaik adalah beli YAMAHA Y15ZR GP yang ditawarkan dengan harga satu kali ganda lebih murah dan mampu milik di semenanjung harga dari RM8,347.00 dan di Tawau Sabah harga dari RM9,200.00 tunai sudah campur GST. Motosikal ini sesuai ditunggang semua golongan masyarakat tanpa batas jantina terutama peminat sukan pemotoran. Pengeluar wajib ambil kira nisbah kelajuan jentera sesuai dengan kecekapan penunggang awam dan segala aspek di antaranya kelajuan 136 km/j (standard kilang) dianggap selamat bagi tunggangan komersial. Jika golongan pencinta kelajuan yang cekap menunggang motosikal dan ingin menakluk jalan raya kelajuan standard 136 km/j bukan jadi isu besar pun modification enjin boleh dilakukan iaitu Elektrik Control Unit (ECU) diubah suai maka kelajuan maksimum 199 km/j boleh dicapai oleh YAMAHA Y15 ZR. Sumber daripada U Tube perkhidmatan Tune Boss modification YAMAHA Y15ZR .


Apabila Y15ZR dilihat dari pandangan tepi sama saja seperti jentera underbone (Kapcai) yang lain tetapi mempunyai daya penarik yang tersendiri. Ketika jentera tersebut lalu mata terpesona dan leher berputar 180 darjah. Jentera ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang menepati cita rasa saya iaitu roda belakang yang menarik berbentuk seperti motosikal besar (moto GP yang diminati), kapasiti enjin 150 cc agak besar tetapi yang sangat menarik jimat bahan bakar, enjin teknologi tinggi sistem pembakaran suntikan bahan api Transistor Controlled Ignition (TCI), kepanasan enjin dikawal dengan sistem sejuk cair, roda belakang dipasang tayar bersaiz:120/70-17M yang besar mantap dan cantik dan roda hadapan dipasang tayar bersaiz:70/90-17M yang menepati aspek Asia sumber daripada FASTLENZ. YamahaY15ZR apabila ditunggang dengan kelajuan tinggi gegaran kurang dan enjin berbunyi kurang tekanan. TORK maksimum 13.8Nm pada 7000 RPM kelebihan di banding pesaing utamanya RS150 6500rpm. Jentera ini jika jadi milik saya nanti saya akan letak nama Tunnadia, nama diambil sempena nama seorang juruhebah radio DJ Tunadia yang diminati. Jantung berdebar makin kuat dan saat tibanya Tunadia sudah hampir dekat. Jentera ini dijangka akan sampai ke rumah pada 2018. Diharapkan impian jadi kenyataan dan doa kan saya ya.!!!!.Tunadia saya ingin gunakan untuk ke kolej. Gambar di atas diletak hanya sebagai gambar hiasan, dalam banyak warna yang ada, warna biru yang menjadi pilihan saya sebab warna tersebut adalah warna tema digunakan pasukan YAMAHA MOVISTAR Moto GP bersama pelumba idola saya Valentino Rossi 46 . walaupun beliau di tempat ke dua pada waktu itu tetapi saingan sangat sengit diberikan ketika di litar lumba Sepang Malaysia iaitu mata penentuan yang harus dikutip untuk layak digelar juara dunia, beliau menerima kekalahan bermaruah dengan beza 7 mata. Sungguh pun begitu pasukan Rossi YAMAHA Movistat juga yang memegang gelaran Juara Moto GP World Champion 2015. Apabila tiba masanya nanti Tunnadia hendak dibeli secara tunai. Usaha harus di buat bersungguh-sungguh tidak kenal erti berputus asa, dan penuh kesabaran. Saya yakin akhirnya pasti kejayaan akan dicapai.

ISI KANDUNGAN
Yamaha mengambil inisiatif tepat mengeluarkan YAMAHA Y15ZR MOTOGP LIMITED EDITION MOVISTAR 2015 sempena sukan pemotoran Moto GP Malaysia. Oleh kerana namanya terlalu panjang susah disebut jadi saya lebih suka sebut Y15ZR sahaja. Edisi terhad ini istimewa kerana pada 2015 sebanyak 2000 unit sahaja dikeluarkan. Y15ZR GP mudah dikenali ciri utama ialah suspensi belakang dipasang mono shock warna kuning spring coil brand KYB, lampu belakang dipasang dengan lambang YAMAHA warna keemasan, Rim belakang sport rim OEM dicat warna biru MOVISTAR, panel meter yang kemas dipasang dengan pelekat MOVISTAR, gambaran sisi cover set dipasang dengan pelekat “M” hijau muda logo MOVISTAR, warna ditawarkan hanya satu yakni biru. Dari segi performance dan kuasa enjin tiada beza pun dengan yang biasa. YAMAHA Y15ZR GP model tahun 2015 yang menariknya bagi saya pada angka 15 terdapat persamaan dikeluarkan tahun 2015 [15] dan pada enjin kapasiti 150cc.[15] YAMAHA Y15ZR GP diciptakan bagi masyarakat yang cita rasa berbeza. Pada 2016 YAMAHA Y15ZR GP Edition MOVISTAR penampilan diubah iaitu Firing bally pan yang dipasang dengan logo YAMALUBE telah digantikan dengan logo ENEOS kerana YAMAHA mengikat kontrak dengan ENEOS sebagai minyak pelincir dalam moto GP. Selain itu mudguard hadapan dipasangkan pelekat logo “Moto GP World Champion”. Motosikal ini senang di kendali kerana ia lebih ringan. Cuba bandingkan motosikal Y15ZR 150cc dan YYAMAHA FZ150i 150 cc yakni cc sama tetapi Y15ZR lebih ringan 7.8 liter isi tangki bahan bakar. Menurut pemandu berpengalaman bahawa bahan bakar yang terlalu penuh memberi kesan kepada enjin iaitu apabila beban dibawa terlalu berat kuasa enjin berkurang. Pada zaman sekarang stesen petrol mudah didapati jadi bahan bakar di isi secukupnya sahaja. Perjalanan jarak jauh tanpa henti dengan suhu yang terlalu panas mengakibatkan jangka hayat enjin berkurang. Pada musim El nino cuaca terlalu panas bahan bakar terlalu penuh berisiko tangki bahan bakar meletup. Apabila Y15ZR ditunggang dengan kelajuan tinggi ia lebih stabil walaupun membawa beban berat kerana tayar belakang lebih besar. Buktinya semua pelumba motosikal moto GP menggunakan tayar belakang lebih besar. Jika di banding dari sudut ketahanan jangka panjang di antara  YAMAHA Y15ZR dan Y125ZR Horse Power (HP) Y15ZR lebih tinggi 2 HP daripada HP Y15ZR, seperti analogi budak kecil mengangkat beban 17kg dengan orang dewasa mengangkat beban 15 kg yang mana lebih cepat penat ? Tentu yang kecil. Begitulah juga YAMAHA Y125ZR 125cc berkuasa 17.4 HP dan Y15ZR 150cc berkuasa 15.4 HP maksudnya Y15ZR lebih tahan lasak.

Bagi golongan peminat menunggang motosikal berkelajuan tinggi HP rendah tidak menjadi masalah modifikasi enjin boleh dilakukan dengan mudah kerana alat ganti senang didapati. Saya pula pandangan secara umum tidak suka ubahsuai kerana risiko kemalangan meningkat, kos meningkat, tetapi jangka hayat enjin berkurang. Y15ZR GP diciptakan sudah cukup sempurna tetapi saya tidak menafikan modifikasi. Y15ZR GP MOVISTAR edisi terhad sekarang meningkat dari RM8,000.00 pada 2015 ke RM8,891.00 pada 2018. Teori ekonomi menyatakan keanjalan permintaan harga; berubah apabila permintaan melebihi penawaran maka harga meningkat, Sekarang permintaan melebihi bekalan, peluang peniaga main harga. Masa ni susah minta offer. "Lu mau lu angkat sekarang, kalau tak mau ramai orang mau beli."

Langkah Keselamatan Oleh kerana motosikal terdahulu kerap dicuri langkah keselamatan kali ini harus ditingkatkan. Di bandar apabila ingin meletak motosikal pilih tempat selamat yang khas ada dipasangkan rantai kunci untuk roda motosikal. Bagi tempat meletak motosikal yang tidak ada kemudahan keselamatan kunci tambahan hendaklah sentiasa dipasangkan. Gunakan inisiatif sendiri seperti mengunci dengan rantai di tiang. Motosikal kesayangan yang diletakkan di tempat sunyi dan tidak ada orang berisiko hilang. Motosikal diletak di tempat selamat jika tempat itu ada dipasang kemudahan litar tertutup (CCTV) seperti kawasan bank, pejabat perniagaan executive dan sebagainya yang ada pengawal keselamatan bertugas. Apabila ingin ke panggung wayang atau bekerja out station motosikal yang diletak terlalu lama di satu tempat berisiko hilang. Apabila kecuaian berlaku ketika ingin berurusan cepat motosikal di tinggal dengan enjin yang masih hidup. Sumber dipetik daripada nasihat polis

Aktiviti sosial; Motosikal ini boleh ditunggang untuk hiburan dalam aktiviti konvoi amal jarak jauh selain itu boleh mengerat silaturahim, bersama rakan-rakan. Konvoi diadakan dari Tawau ke kota Kinabalu melebihi 500km dianggap terbaik kerana pada masa sama menguji ketahanan Y15ZR. Di antara Konvoi yang boleh dilakukan ialah konvoi sambutan perayaan sambutan hari kebangsaan 31 Ogos, konvoi menziarahi orang kurang supaya, konvoi membersih tanah perkuburan, konvoi menziarahi rumah orang-orang Tua, konvoi sempena Hari Raya, konvoi pelbagai etnik, dan sebagainya. Y15ZR boleh juga dijadikan pengangkutan serba guna apabila di kawasan kota raya digunakan sebagai koleksi motosikal kegemaran, ditunggang ke tempat kerja, ditunggang ke pasar, ditunggang ke kolej. Apabila di kampung yang terletak jauh di pedalaman motosikal ini ditunggang penyelia ladang untuk meninjau ladang kelapa sawit yang jalannya berlumpur dan jalan berbatu kelikir. Di Vietnam di kawasan sawah motosikal ini untuk mengangkut guni padi. Di Indonesia motosikal ini untuk berniaga makanan segera. 

Senggara : Alat ganti mahal oleh itu duit haruslah kumpul awal-awal supaya apabila ada alat yang perlu diganti duit mencukupi. Apabila bunga tayar sudah haus mesti diganti baru khususnya tayar belakang yang saiznya agak besar harga mahal apa lagi jenis yang berjenama terkenal seperti MAXXIS, BATTLAX atau DUNLOP TT9 sekali keluar duit terus dompet nipis. Ada aduan roda hadapan dipasang tayar agak kecil saiz 70/90-17 tetapi pada saya biasa saja, tayar itu direka oleh Jepun sudah cukup meyakinkan. Jepun merupakan di antara pengeluar motosikal terbaik antara bangsa. Walau bagaimana pun menukar tayar besar tidak boleh dinafikan. Bateri jangka hayat biasanya dalam 2 tahun jadi sekiranya dalam tempoh itu battery flat, tukar baru saja. Bateri disyorkan jenis YUASA GTZ4V, 12V, 3.0Ah tak perlu tambah air maintenance free. Apabila ditukar nanti pastikan bateri saiz yang sama itu lebih penting jenama tak sama tak apa. Harga mungkin berbeza-beza mengikut jenama

KESIMPULAN
Pengeluar motosikal mencipta teknologi baru terhebat daripada hasil perlumbaan dalam litar kemudian teknologi tersebut di aplikasi dalam kejuruteraan motosikal. Pengguna mendapatkan keuntungan penjimatan masa, penjimatan minyak dan lebih kilometer perjalanan manakala pengeluar pula meraih keuntungan hasil daripada kecanggihan teknologi tersebut. Setiap tahun banyak pengeluar motosikal mengeluarkan model-model terbaru sungguhpun begitu saya yakin sekali model dikeluarkan oleh YAMAHA  Y15ZR jentera yang terbaik dan mampu bersaing di pasaran antarabangsa. Kita tidak harus ketinggalan untuk menikmati inovasi canggih terbaru dalam arena pemotoran. terutamanya paparan panel meter agak sophisticated, apabila berdetik saja suis "ON", akan keluar Welcome Screen yang boleh ditukar dengan nama kita atau apa-apa Alpha Numerical 6 character. Tentu hebat kan!!!.

Ubahsuai; Pada masa ini alat ganti berlumba-lumba masuk di pasaran. Bagi pencinta kelajuan telah diciptakan Electric Control Unite (ECU) iaitu satu alat khas yang fungsinya menambah baik sistem pancit bahan api selanjutnya motosikal juga ditambahkan kuasa pecut. K&N Air Filter diciptakan untuk kelajuan dan fungsinya membekalkan udara yang sentiasa cukup untuk dihantar ke dalam kebuk pembakaran maka motosikal menghasilkan tenaga yang lebih. Untuk kelihatan lebih gagah motosikal Y15ZR boleh dipasangkan imitation Full System exhaust seperti SC, AKAPOVIC, YOSHIMURA dan lain-lain. Alat ini senang didapati di pasaran. Alat ini juga digunakan oleh motosikal YAMAHA YZR-M1 dalam perlumbaan Moto GP. Bagi yang ingin realisasi tunggangan seperti Moto GP alat ganti suspensi depan Telescopic Fork boleh ditukarkan dengan USD Fork. Secara keseluruhan jentera ini cukup memuaskan hati namun sudah menjadi lumrah manusia normal jika ada keinginan sanggup mengumpul wang untuk alat ganti idaman hati.

Dari sudut kecekapan enjin Y15ZR lebih menjimatkan penggunaan bahan bakar kerana dengan menggunakan Single Over Head Cam (SOHC) operasi enjin lebih ringkas, perawatan rendah, RPM rendah, kecepatan rendah tetapi TORK tinggi. Jika di banding dengan enjin Honda Double Over Head Cam (DOHC), operasi enjin kompleks, RPM tinggi, kecepatan tinggi, kos perawatan tinggi, yang parah boros penggunaan bahan bakar.

Apabila ingin menukarkan minyak hitam cuba elak minyak hitam yang di buat daripada bahan mineral kerana ianya lebih likat beban enjin bertambah, akhirnya kuasa enjin kurang tetapi bagi yang kurang mampu membeli minyak hitam mineral dijadikan sebagai pilihan terakhir. Menggunakan minyak hitam Semi Sintetik sudah memadai untuk melindungi enjin daripada sebarang masalah namun menggunakan minyak hitam full synthetic adalah yang terbaik dan seperti biasa barang terbaik memerlukan kos yang agak tinggi jadi keputusan di tangan masing-masing. Bagi saya minyak hitam full synthetic yang dijadikan pilihan utama kerana lebih menjimatkan kos serta jangka hayat enjin dipanjangkan. Apabila saya buat perbandingan dengan membeli satu Liter minyak hitam fully synthetic berharga RM64.00 dan mengamalkan tukar minyak hitam setiap 3000 km dan membeli satu Liter minyak hitam mineral berharga RM25.00 dan mengamalkan tukar minyak hitam setiap 1000 km yang seperti disarankan dalam standard buku manual motosikal. Hasilnya dengan minyak hitam fully synthetic saya menghabiskan kos RM64.00 manakala dengan minyak hitam mineral saya menghabiskan kos RM75.00 iaitu kos standard. Oleh itu membeli minyak hitam fully synthetic lebih untung dan enjin diberikan pelindungan lebih. Minyak hitam sintetik ciptaan terunggul kerana diperbuat daripada gas asli hasil daripada kajian SHELL lebih 40 tahun tentang minyak tersebut sebelum menghasilkan dalam kuantiti berskala besar. Kelebihan apabila membeli minyak hitam sintetik ialah enjin senang dihidupkan, minyak bersifat fleksibel apabila enjin sejuk minyak ini cair dan apabila enjin panas minyak ini secara automatik bertukar jadi likat maka geseran enjin dapat diimbangkan. Minyak hitam Semi Synthetic di buat daripada campuran minyak Mineral dengan Full Synthetic manakala minyak hitam mineral pula diperbuat daripada sisa petroleum jika terlalu lama di dalam enjin akan berlakunya tindak balas kimia dan mendapan minyak. Pandangan secara peribadi minyak hitam kegemaran yang disyorkan ialah SHELL ADVANCE ULTRA SEA 15w 40.harga berpatutan, enjin lebih senyap dan kurang gegaran dan pilihan kedua ialah minyak hitam, PETRONAS SYNTIUM Moto 4SX (SAE 15W-50). Untuk lebih memahami angka dan huruf yang ditulis pada botol minyak hitam seperti 15w-40 iaitu angka 15w maksudnya tahap kelikatan minyak hitam dan semakin kecil ditulis angka semakin cair kelikatan dan beban enjin dikurangkan maka kuasa meningkat. manakala angka - 40 pula ialah tahap kepanasan enjin yang boleh dikawal. Semakin besar angka semakin tinggi tahap kepanasan enjin boleh dikawal jika pada botol minyak hitam ada ditulis angka angka -50 maksudnya sesuai untuk menunggang motosikal di gurun padang pasir yang sangat panas dan kering atau pun untuk menunggang dengan kelajuan tinggi. Apabila enjin diservis kuantiti minyak hitam yang perlu diisi 0.95 Liter tanpa tukar penapis minyak manakala jumlah perlu diisi 1.0 Liter dengan tukar penapis minyak. Di dalam buku manual isian minyak hitam 1.15 Liter, Sumber dipetik daripada Service buku Manual Y15ZR. 

Insurans; boleh dibeli di syarikat insurans atau dibeli di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Insurans ditawarkan; 1st Party, 2th Party, dan 3rd Party, saya pilih insurans 1st Party berharga RM148.00 termasuk cukai jalan RM2.00. Insurans 3rd Party berharga RM82.00 termasuk cukai jalan RM2.00. Tawau pejabat JPJ yang pertama terletak di Jalan Tengku Osman pengalaman pertama saya memperbaharui (renew) cukai jalan dan renew insurans mesti juga di buat serentak pengurusan memakan masa terlalu lama lebih satu jam setelah itu urusan cukai jalan dan insurans selesai. Pejabat JPJ yang ke dua terletak di UTC dibuka kepada awam pada Oktober 2015. Adalah dimaklumkan bahawa membayar cukai jalan lebih mudah dan pantas di UTC kerana semua urusan di buat pada tempat yang sama kita tidak perlu lagi ke bangunan lain. Sebilangan kaki tangan JPJ sudah pun berpindah di UTC jalan DUNLOP bandar Tawau serba guna dengan pasar Tanjung Tawau, Untuk urusan lebih cepat Insurans adalah lebih baik dibeli sendiri di luar seperti Syarikat Jerneh lebih murah dan pantas atau ikut cita rasa sendiri. Berikut adalah butiran Yamaha Y15ZR.

spesifikasi 
Kapasiti enjin
:149.7cc 
Sistem enjin 4 lejang
:Injap, (SOHC) sejuk cair 
Lubang x lejang 
:⌀57.0 x 58.7 mm
Kuasa maksimum 
:11.3 kW pada 8,500 rpm 
Tork maksimum
:13.8 Nm pada 7,000 rpm
Sistem bahan bakar
:Sutikan bahan api
Transmisi
:5 kelajuan Constant Mesh
Nisbah mampatan
:10.4:1
Klac
:Wet multi-plate
Plug
:NGK CR8E
Jenis silinder
:Tunggal
Sistem nyalaan
:TCI
Pelinciran 
:Takungan basah
Minyak hitam
:SEA 20W-40 atau 20W-50
Isi tangki minyak enjin 
:1.15 Liter
Bateri
:Yuasa GTZ4V, 12 V, 3,0 Ah
Penghidup enjin
:Elektrik
Harga asas 
:RM8347.00
Pelancaran di Malayia
:20 Oktober 2015

Nota
Tawau Y15 harga jualan asas sudah dicampur GST 
RM9200.00
Bagi singkatan Single Over Head Camp ialah
SOHC
Bagi singkatan Transistor Controlled Ignition ialah
TCI
Suntikan bahan api perlu diservis setiap perjalanan 
10,000 km
Bagi singkatan Horse Power ialah
HP
Bagi singkatan Kilowatt ialah
kW
Bagi tayar hadapan tekanan angin disyorkan ialah
29 psi 
Bagi tayar belakang tekanan angin disyorkan ialah
33 psi
Bagi singkatan Pounds per Square Inch ialah
psi
Tekanan angin 29 psi ditukarkan ke dalam non metrik
200 kPa
Tekanan angin 33 psi ditukarkan ke dalam non metrik
220 kPa
Lubang x Lejang
:Bore x stroke

DIMENSI BADAN
Dari hujung ke hujung pnjang, tinggi, lebar
:1960 x 1080 x 670 mm
Dari pusat ke pusat jrak roda  
: ⌀1290 mm 
Dari tanah tinggi tempat duduk 
:780 mm
Dari paling bawah ke tanah jarak minimum
:135 mm
Berat kering tanpa diisi minyak
:115 kg
Isian penuh bahan bakar 
:4.2 L
Isisn minyak hitam 
:1.15 L

RANGKA
Rangka
:Backbone, steel type diamond structure
Suspensi depan 
:Telescopic fork dan penyerap hentak jenis spring coil / oil damper
Suspensi belakang 
:Lengan buai dan penyerap hentak KYB jenis spring coil / oil damper
Brek depan 
:1-piston caliper ⌀245.0 mm hydraulic disc cakera tunggal dari Nissin
Brek belakang :
:1-piston caliper ⌀203.0 mm hydraulic disc cakera tunggal dari Nissin
Rim depan 
:Cast Wheel saiz 17M/C x MT 1.85”
Tayar depan saiz
:70/90-17M/C (38P) Tubeless Dunlop D102FA Tekanan angin 29 psi
Rim belakang 
:Cast Wheel saiz 17M/C x MT 3.5”
Tayar belakang saiz
:120/70-17M/C (58P) Tubeless Dunlop D102A Tekanan angin 33 psi
Lampu depan
:Halogen 12V 35/35W×1
Suspensi depan
:Teleskopik
Sunspesi belakang
:Monoshock
Panel meter
:panel utama:
1. Penunjuk lampu isyarat.
2. Lampu amaran masalah enjin.
3. Penunjuk gear Neutral.
4. Lampu amaran suhu tinggi sistem penyejuk.
5. Penunjuk lampu tinggi atau High Beam.
Meter Pelbagai:
1. Speedometer.
2. Tachometer atau meter rpm.
3. Tolok minyak petrol.
4. Penunjuk transmisi gear.
5. Odometer.
6. Trip Meter 1.
7. Trip Meter 2.
8. F/ECO:Penunjuk penjimatan minyak segera.
9. AVE F/ECO:Penunjuk penjimatan minyak purata.
10. AVE SPEED:Purata kelajuan.
11. Welcome Screen
12.lf Diagnosis Device

1. 1Bagaimana cara nak tukar kuasa Kilowatt ke dalam Horse Power seperti Yamaha Y15ZR kuasa 11.3 Kilowatt tukar ke dalam Horse Power (HP)??

Formula  
1 kW = 1,35962173 HP(M)
Penyelesaian
1.3x1.53962173 =15.3637242
Kuasa kuda 
15.4 HP

Nota :
Apabila di dalam enjin berbunyi terlalu bising sedangkan isipadu minyak hitam diisi mencukupi sudah tentu kita agak risau. Masalah ini boleh dikawal caranya mudah enjin dihidupkan kemudian di bawah pedal gear ada satu biji skru bersaiz no10 perlu dibuka untuk buang angin (minya hitam) apabila minyak hitam sudah dikeluarkan kemudian skru boleh diketatkan semula dan selesai. Sumber dipetik daripada nasihat seorang mikanik bernama Ah Chong di kedai motosikal Cip Long batu 5 1/2 Jalan Apas 91000 Tawau di kampung kami.


Perbandingan Y15ZR dan RS150R
SPISIFIKASI
Y15ZR 
RS150R
Kapasiti enjin
149.8cc, 
149.16cc 
Sistem enjin
:4 lejang, SOHC, sejuk, cair
4 lejang, DOHC, sejuk cair
Transmisi
5 kelajuan
6 kelajuan
Kuasa maksimum
15.40HP@8500rpm
15.63HP@9000
Tork maksimum
13.8N.m (7000)
13.5N.m(6500rpm)
Sistem suntikan bahan api
TCI
PGM-F1
Saiz kebuk
⌀57.0 x 58.7mm
⌀57.3 x 57.8mm
Saiz keseluruhan
1970mm x1080mm x 670mm
2025mm x 102mm x 725mm
kelegaan
135mm
150mm
Kapasiti tangki bahan api
4.2L
4.5L
Berat bersih
115kg
119kg
Saiz roda depan
70/90-17
90/80-17
Saiz roda belakang
120/70-17
120/70-17
Harga
RM7,999.82
RM8,213.94
Nota : Harga sudah campur GST tanpa insurans 2015

RUJUKAN:
2015 Yamaha Y15ZR GP Edition now available in Malaysia [atas talian] sumber:http://motomalaya.net/blog/2015/09/18/2015-yamaha-y15zr-gp-edition-now-available-in-malaysia-rm8347-basic/ (September 18, 2015)
2016 Yamaha Y15ZR (LC150) Y15ZR [ atas talian] sumber:http://www.mudah.my/Yamaha+Y15ZR+LC150+Y+15+ZR-38797585.htm (12 September 2016)
Brand New - Yamaha Y15ZR GP Edition (2013-2015) [atas talian] sumber:http://www.chongmotorclub.com.my/chongmotorclub.com.my/index.php?route=product/product&product_id=1566 (2015)
Eddy; Yamaha 125ZR (2016) warna kuning -RM7,269.00 (asas) [online] sumber:http://motomalaya.net/blog/2016/04/26/yamaha-125zr-2016-warna-kuning-rm8470-anggaran/ (April 26, 2016; 8:23 am)
Malaysian motorcaycle joint venture celebrates movr to new Factory [atas talian] sumber:http://global.yamaha-motor.com/news/cctvv1997/0718/hlym-02.html (July 18, 1997)
M Jebat Jr; Motosikal Yamaha Y15ZR [atas talian] sumber:http://jangansusahhati.blogspot.my/2015/09/motosikal-yamaha-y15zr.html?m=1 (22 September 2015)
NURHAZAH IBRAHIM; Yamaha Y15ZR Kuasa bertarikan berterusan [atas talian] sumber:http://www.sinarharian.com.my/mobile/turbo/yamaha-y15zr-kuasa-tarikan-berterusan-#http://jangansusahhati.blogspot.my/2015/09/motosikal-yamaha-y15zr.html?m=1 (2015)
Yamaha Motor Racing (2016) [atas talian] sumber:https://en.m.wikipedia.org/wiki/Yamaha_Motor_Racing (6 September 2016)

Disunting pada Jumaat 19 Januari 2018 8:37 pm
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Ulasan

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0