google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Profil Syarikatgoogle.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Untuk Tender Kerajaan Harus Ada Profil Syarikat
AMAN INDAH RIANG ENTERPRISE
Kampung KINABUTAN Besar
No 6B-3 Lorong SHAHARIAH
Jalan Apas Batu 5 1/2
OFF Jalan KK Ibrahim
peti surat 61844
91007 Tawau, Sabah
Pengenalan
Untuk kenal syarikat ini lokasi terletak di No 6B-3 Kampung Kinabutan Besar Jalan KK Ibrahim Tawau. Dari bandar Tawau syarikat ini jaraknya 9 kilometer. Jika menaiki motosikal ke lokasi lebih kurang 11 minit masa perjalanan. Apabila dicongak penduduk kampung ini lebih kurang lima ratus orang. Sejak saya tinggal di sini 1982 sudah empat ketua kampung bertukar. Ketika ini 2018 Ketua Kampung Encik Sangut (Salleh) bin Ibong. Kerana sebilangan penduduk kampung menjual banyak tanah lot lot untuk rumah maka suku kaum di sini terdiri daripada berbilang bangsa antaranya Bajau, Bugis, Cina Jawa, Suluk, Timor, Toraja, Visaya, Dusun, dan lain-lain. Di sini penduduk ramai pekerja kaki tangan kerajaan, kaki tangan swasta, kontraktor, pekerja kontrak, dan peniaga runcit. Untuk kemudahan awam disediakan masjid Raudatol Jannah Kinabutan Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan, Pasar Kinabutan, Pasar Tamu Kinabutan yang dibuka pada tiap-tiap hari Sabtu, Klinik Kesihatan Ibu Dan Kanak-Kanak, Klinik 1 Malaysia Kinabutan, Pondok Polis Kinabutan dan kedai runcit,
Sejak tamat sekolah sudah lebih kurang dua puluh lima tahun saya bekerja sendiri sepenuh masa sebagai syarikat kontraktor kecil tempatan bumiputera yang diusahakan tanpa lesen berniaga. Bagi kerja-kerja sub kontraktor pernah diusahakan iaitu kontrak membina rumah batu biasa, Renovations rumah kayu dan renovations rumah batu, iaitu pemasangan jubin, pemasangan bata, ubah suai bilik tidur, pemasangan jubin untuk bilik dapur, pemasangan jubin untuk lantai ruang tamu, dan pemasangan jubin untuk bilik mandi, pemasangan kabinet dapur yang biasa bahannya dibuat daripada polyester plywood, Nyatoh plywood, dan formika. Untuk kerja besi yang dibuat iaitu mengimpal gril, pintu, tingkap, sengkuap atau (awning), dan pintu pagar gerbang. Untuk kerja kerja baik pulih tukar atap zink yang bocor atau zink yang sudah usang, baik pulih pintu rosak, cat semula rumah lama. Bagi lokasi projek sudah disiapkan antaranya di Luasong Tawau, di Taman Cahaya Semporna, di Taman Ria Tawau, di Taman Hot Spring Jaya Tawau, di Taman Kinabutan Ria Tawau, di Batu 15 jalan Apas Parit Tawau dan di Batu 16 jalan Cocoa Tawau. Dalam tempoh masa begitu panjang saya harus bersyukur mampu memiliki sebuah motosikal baru. Jika di banding kontraktor berjaya sepatutnya saya boleh dapat rezeki lebih daripada itu tetapi kita harus sedar kerana tuhan beri rezeki kepada setiap hambanya berbeza-beza. Untuk dapat rezeki lebih harus kerja kuat. Pada masa hadapan impian saya ingin maju setanding kontraktor berjaya maju seperti peri bahasa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Atas nasihat abang saya diseru agar buat lesen berniaga (trading licence) dan buat profil syarikat. Dengan salinan lesen berniaga kita layak dapat cabutan kontrak: Untuk syarikat ini saya cadang letak nama Syarikat Aman Indah Riang Enterprise (AIR), pengurus dan pemilik Sanusi Bin Arijalun, umur 48 tahun (2018), lesen berniaga sedang dalam permohonan. Untuk salinan sijil sijil kelulusan akademik dan sijil kemahiran semua sudah saya sediakan: Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP). Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Kursus Kemahiran Perindustrian. Sijil Kursus Perniagaan. Surat Pengajian penangguhan Diploma Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian BBA. (masih dalam penangguhan kursus PJJ.) Sijil Nikah Kahwin. Sijil Cerai. Sijil Geran Motosikal. Salinan gambar-gambar projek sudah siap.
Bagi kemudahan peralatan kerja salinan invoice ada juga saya sediakan: Gergaji mesin kayu: Mitre Saw model: LY 255 (10”) AGP. Pemutar skru : Cordless Impact Driver TD090DWE Makita. Bor: Hitachi Rotary Drill DH26PC 26mm Power 830W 0-1100rpm. Laser set: Head Laser 5 line. Gergaji berantai: Chainsaw Sidee SD4520. Welder set OC130. Ketam: HL-82N Roybi Planer. Gergaji bulat: Circular saw MIY -FF-235 DCA 1380W-1400rpm. Mini air compressor set 2HP. Tangga: multi purpose aluminium ladder 16ft. Penyembur cat: Spry gun R100. Penembak paku: Air Finish Nailer T50 Rongpeng. Pencanai: angle grinder 9556NB Makita. Pemotong jubin: Tile cutter 440mm. Pemotong: MT410 Maktec cutter. Penembak paku: Air brad nailer F50, Rongpeng. Stepler angin: air stapler 1013J. Gergaji Jigsaw JII. Nota: Ada sebilangan alat yang telah rosak, hilang dan dicuri. Iaitu chain saw dan MT410 Maktec cutter.
Isi Kandungan
Bagi pengalaman pertama bekerja sambilan sebagai peniaga aiskrim dan ikan tempoh satu tahun. Untuk lokasi jualan di kawasan syarikat-syarikat perladangan besar seperti di Tun Fuad, Kalumpang, Seri Kunak, Sungai Burung, Balung, dan Inderasabah. Jika jual Ikan lebih mudah secara hutang manakala aiskrim dijual secara tunai. Dalam perniagaan ini antara masalah mesti dihadapi ialah apabila maintenance motosikal ketika belum musim gaji kerana duit sangat sempit terpaksa korek tabung. Apabila pelanggan tidak dapat dikesan kerana sudah berpindah kerja tapi hutang belum dibayar. Jika pelanggan janji sekian hari bulan bayar hutang tapi ada di kalangan syarikat ladang lambat gaji. Untuk perniagaan ini keuntungan dapat makan sisa ikan yang tidak habis dijual. Pada hari terakhir berniaga kerana belum musim gaji jadi semua hutang pelanggan dihalalkan sahaja. Selepas pengajian mengikuti kursus dalam bidang kemahiran asas Juru Mesin Kayu sesi 1/88di di Institut Latihan Perindustrian Labuan (ILP Labuan) tempoh dua tahun saya bekerja di syarikat swasta Wilayah Persekutuan Labuan. Oleh sebab pihak ILP bertanggungjawab beri peluang pekerjaan pada semua pelatih Encik Sundram wakil dari ILP Labuan menawarkan saya kerja di Syarikat Exclusive Furniture Labuan. Untuk bekerja di syarikat swasta saya mempunyai pengalaman selama satu tahun sahaja dari 1990 hingga 1991 di Wilayah Persekutuan Labuan. Jika ingin ke syarikat ini lokasi di batu 2 jalan Tanjung Kubong Labuan Syarikat Exclusive Furniture tetapi syarikat ini sudah tutup. Ketika itu projek membuat kabinet dapur perumahan di Brunei Darussalam. Bagi projek kabinet dapur bahan dibuat daripada papan lapis Polayester putih. Oleh kerana ibu pejabat syarikat terletak di Korea maka pengurus Encik Hasman Kim juga berasal dari Korea kerana isterinya orang Brunei dia fasih bertutur bahasa Melayu Brunei. Untuk enam bulan pengalaman bekerja sebagai mandur di syarikat tersebut dan kemahiran baru lepas dari sekolah gaji ditawarkan berpatutan. jika saya bekerja dengan baik dan sudah banyak pengalaman nanti bos Hasman Kim janji akan dihantar saya ke Korea bekerja di sana. Kerana Syarikat induk di sana lebih besar saya akan ditawarkan gaji lumayan katanya. Kerana minat kerja sendiri sebagai kontraktor (konraktor kecil) saya mengambil risiko berhenti kerja keputusan ini muktamad. Selepas itu matlamat saya ingin jadi seorang kontraktor berjaya usia 50 tahun dengan yakin memegang prinsip “Hujan emas di tempat orang dan hujan batu di tempat sendiri lebih baik lagi di tempat sendiri” saya pulang ke Tawau.
Setelah dua puluh enam tahun bekerja sendiri tetapi masih tidak nampak lagi tanda-tanda yang saya akan maju dalam kerjaya kontraktor kecil. Dengan ini saya ingin mengubah cara hidup dan tanam azam kuat sambung belajar PJJ bersungguh-sungguh. Pada waktu ini banyak strategi belajar dibuat seperti belajar awal subuh kerana otak masih segar pelajaran mudah faham. Kerana tekad ingin ubah hidup tahun 2014 saya menduduki semula Sijil Pemeriksaan Malaysia Ulangan (S.P.M) bertempat di Sekolah Islamiah Tawau dan tahun 2015 diumumkan keputusan Sijil S.P.M lulus tiga kepujian. Dengan kelulusan SPM itu saya memilih sambung belajar di pusat pengajian tinggi di Universiti Terbuka Malaysia (O.U.M ) batu 10 jalan Apas Taman Sri Indah, Tawau. Ketika mendaftar saya lulus menduduki ujian khas jawab 30 soalan merangkumi Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Untuk pengambilan sesi Mei 2015 saya sangat gembira diterima sebagai mahasiswa OUM. Dalam pengajian ini saya memilih kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian BBA tempoh empat tahun. Dengan kelulusan ini cita-cita saya ingin jadi kontraktor dapat pengiktirafan. Oleh sebab masalah kewangan maka saya terpaksa menangguh pengajian. Dengan sumbangan ihsan kolaboratif kakak dan abang saya sempat belajar hingga semester tiga. Untuk tiga semester enam ribu Ringgit Malaysia kos habis jika berhenti begitu sahaja tanpa buat apa-apa maka duit itu hangus sia-sia. Menurut rakan jika kita menangguh pengajian terlalu lama nama akan dipotong. Setelah bertanya kepada pegawai OUM Tawau encik Jumadi menerusi e mel mengesahkan bahawa nama saya tidak akan dipotong selagi kita ingin belajar. Jika masalah kewangan selesai, murah rezeki, umur panjang, nanti azam saya ingin sambung semula pengajian hingga tamat. Untuk sambung pengajian banyak usaha dibuat malang atas faktor usia semua usaha gagal. Antara gagal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN Tawau) kerana masalah umur permohonan ditolak, Baitul Mal Tawau kerana mengutamakan pelajar daif dan baru habis SPM sahaja permohonan ditolak, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau P190 (2015) mengesyorkan saya buat permohonan pembiayaan pendidikan di Majlis Amanah Rakyat (MARA Tawau) kerana borang permohonan harus diisi di atas talian tidak boleh dibuka terpaksa redha terima terima nasib malang, Wakil Rakyat N56 Apas (2015) mengesyorkan saya buat pinjaman peribadi di Bank Komersial. Untuk kelulusan segera pinjaman hingga seratus ribu Ringgit Malaysia. Antara syarat-syarat buku akaun bank mesti aktif enam bulan berturut-turut, jawatan peguam, hakim, doktor, ahli profesional. Dengan kelulusan saya tidak seberapa sudah tentu permohonan ditolak. Jika Jual tanah pusaka masalah akan selesai tetapi ditentang hebat oleh keluarga dan banyak komen negatif sampai di telinga. Jangan jual tanah hingga melibatkan dengan ugutan kehilangan nyawa sedangkan tanah pusaka itu atas nama saya sendiri. Jika ingin maju terpaksa memekakkan telinga istiqamah buat usaha. Walaupun usia kian lanjut saya tidak putus harapan dan sentiasa pohon doa tuhan supaya ada sinar di hujung trowong. Bagi bidang perniagaan tidak ada batas umur ditetapkan bersara. Untuk motivasi diri sendiri saya membaca sebuah artikel ditulis pada 2016 apabila sebuah universiti di Jepun cipta sejarah seorang mahasiswa tertua di dunia Shigemi Hirara usia 96 tahun dianugerahi kelulusan ijazah dalam bidang seramik dan diiktiraf oleh buku rekod dunia (world Book Of Record) saya pun ingin seperti Hirara
Atas nasihat dan inisiatif abang maka saya disuruh buat lesen berniaga dan buat profil syarikat. Kerana abang seorang kontraktor berpengalaman saya menganggap dia seorang mentor praktikal dan terbaik bimbing saya dalam bidang perniagaan. Walaupun pencapaiannya agak sederhana tetapi tanda-tanda kemajuan sudah mula nampak kerana masalah tidak dapat dielak dia terpaksa tidak aktif dalam perniagaan kontraktor buat sementara. Melalui penilaian mata kasar pencapaian abang sederhana dalam kontraktor banyak beri motivasi motivasi kepada saya. Tentang kontraktor saya juga pernah bekerja sebagai sub kontraktor di bawah syarikatnya. Dalam tempoh dua bulan sahaja bekerja saya mampu membayar cengkeram untuk mengeluarkan sebuah motosikal baru. Dengan motosikal itu banyak urusan kerja boleh siap lebih cepat. Bagi dua tahun setengah bayar ansuran bulanan semua sudah langsai dibayar. Jika kita tolong orang tanpa mengharap balasan insya Allah urusan kita akan dipermudahkan. Dengan kelebihan yang ada ditakdirkan abang menghadapi masalah besar saat ini saya akan cuba membantu dia. Jika lesen berniaga sudah aktif nanti dia akan tunjuk cara cara ambil kontrak secara besar-besaran. Dia akan tunjuk ajar cara ambil borang dan isi borang di pejabat Pusat Pendaftaran Kontraktor Kontraktor Kerja dan Bekalan Negeri Sabah (PUKONSA) di Tawau. Untuk jadi kontraktor kita ada dua pilihan sama ada lesen sebagai kontraktor pembekal barang-barang dan perkhidmatan atau Lesen sebagai kontraktor kerja. Bagi saya terbaik kontrak itu jika sesuai dengan kelayakan saya. Sebagai kontraktor kecil pembuatan rumah batu biasa saya pernah berurusan dalam dua dua bahagian ditawarkan sebagai perkhidmatan pembekal barang barang dan sebagai kontraktor kerja. Seandainya saya diberi peluang pilih antara dua kerana umur sudah meningkat, kecekapan panjat bangunan semakin kurang dan kerja nampak mudah saya lebih tertarik lesen sebagai Kontraktor Pembekal Barang Barang. Untuk masalah sebagai pembekal jika sewa transport tinggi, jika barang lambat sampai, jika barang dipesan tidak ada di pasaran, jika barang berkualiti rendah mudah patah dan mudah rosak, jika barang mengalami kerosakan dan seumpamanya, jika barang sudah sampai di lokasi tetapi rosak akibat berlaku gegaran dan geseran ketika perjalanan jauh, jika tayar bocor ketika di pertengahan jalan. Bagi Kontraktor Perkhidmatan pula cabaran utama kerja pada hari pertama kerja oleh sebab kebanyakan pekerja kurang duit beli rokok, jika hutang barang lebih daripada pendapatan, jika pekerja kurang mahir tetapi ingin gaji sama seperti pekerja mahir, jika pekerja suka ambil cuti kecemasan kerana tidak ada pengganti kerja terbengkalai. Jika pekerja datang lewat tetapi balik awal dan jika pekerja ingin dibayar gaji tiap tiga hari.
Untuk pembakar semangat jadi seorang kontraktor berjaya saya melihat sepupu juga seorang kontraktor dia memiliki rumah sangat besar setinggi empat tingkat, memiliki barang keperluan asas semua sentiasa terkini seperti kereta, telefon bimbit, seiring perubahan arus masa. Kerana dia dikurniai rezeki berlipat kali ganda banyaknya apabila mengadakan majlis kenduri kesyukuran dia sedekah wang lima puluh Ringgit Malaysia kepada setiap jemputan datang. Ketika saya ingin solat Zuhur di Masjid Raya Tawau sejurus kami berjumpa dia (sepupu) memberi sedekah wang lima puluh ringgit Malaysia kepada saya juga. Waktu itu saya menduduki ujian SPM ulangan di sekolah agama Islamiah Tawau. Dengan duit sedekah itu hati gembira bukan kepalang, banyak masalah selesai, ketika itu sangat sempit duit waktu rehat pun tidak ada makan. Semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.....Jika saya ditakdirkan berjaya dalam bidang kontraktor nanti maka impian saya pertama sudah tentu bayar semua yuran tertunggak dan ingin sangat sambung belajar di OUM Tawau. Walaupun rakan mahasiswa dulu sudah terima sijil diploma tetapi saya tetap juga ingin kembali di kolej buka lembaran hidup baru hingga tamat dan dapat segulung sijil Diploma perniagaan. Dengan kelulusan di dalam bidang perniagaan ini nanti saya akan dapat sama sama bantu perkembangan ekonomi negara. Kerana saya amat memahami perasaan orang ingin sambung belajar saya pasti akan bantu keluarga yang sangat perlu bantuan terutamanya ada kelayakan sambung belajar tetapi menghadapi masalah kewangan demi nusa dan bangsa. Adalah diharapkan agar masalah ini akan segera selesai. Pada waktu ini jurang ekonomi terlalu jauh punca hubungan di antara keluarga dan rakan baik renggang. Dalam hidup ini masalah keluarga lazim ditemui iaitu pembayaran ansuran barang perlu, kesempitan duit di hujung hujung bulan ketika tunggu gaji, bayaran bas sekolah anak-anak, pembelian buku teks, kehabisan dakwat printer dan seumpamanya. Dengan adanya ilmu kemahiran saya akan buat strategi bantu keluarga supaya hubungan masyarakat akan jadi mantap. Bagi masalah penagihan dadah amat membimbangkan setiap tahun golongan belia dan remaja kian meningkat terlibat dadah. Adalah tugas kita bentras penagihan dada terutama dalam keluarga sendiri. Walaupun nasihat kepada penagih tegar adalah sia-sia seperti mencurah air ke daun keladi tetapi kerja sama semua pihak masyarakat sangat diperlukan kawal pengedar dadah. Apabila ingin bantu keluarga susah harus berwaspada kerana golongan konservatif akan anggap bantuan itu sebagai masuk campur urusan peribadi keluarga mereka malah kita pula diugut bunuh atau akan dicederakan. Demi negara bangsa dan agama jangan serik untuk buat kebaikan. Dengan ancaman ugut bunuh kita jangan mudah undur buat usaha murni sebaliknya guna ilmu kemahiran pendekatan cara lain bantu keluarga. Jika kita kita ingin melihat masyarakat maju akan tercapai kelak maka idea idea terbaik harus banyak dipelajari secara mendalam agar usaha kita itu tidak akan sia sia membela nasib keluarga, agama, bangsa dan negara. Kerana satu unit keluarga cemerlang itu akan beri kesan positif pada sebuah masyarakat. Untuk meneruskan niat baik ini perlu kuat semangat gunakan strategi jangka panjang bantu keluarga. Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali.
Dadah adalah musuh nombor satu negara. Sejak dari kandungan lagi anak telah dibacakan dengan doa-doa dan surah al Quran seperti surah al Baqarah akan mempunyai benteng kuat pada dirinya daripada gangguan syaitan dan makhluk jahat apabila lahir kelak. Untuk didik anak-anak cara terbaik cegah dadah, kesan buruk ambil dadah, semua mula dari rumah apabila mereka sudah tahu kesan buruk akibat ambil dadah walaupun mereka bergaul dengan rakan penagih dadah kerana mereka sudah pun mempunyai benteng kuat di dalam diri mereka sudah kebal terhadap pengaruh rakan penagihan dadah. Dengan memberi contoh kesan buruk kerana orang tua sudah terjebak dadah maka anak-anak diabaikan, tercicir dalam bidang pendidikan selanjutnya anak anak akan runtuh akhlak. Apabila individu atau orang tua sudah ketagih dada dia akan lebih mengutamakan dadah daripada kebajikan anak-anak. Dengan asas statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak 2010 hingga 2015 mendapati bahawa jumlah penagihan dadah meningkat kepada 26,668 orang. Apabila kita hitung hitung secara rawak sahaja bayangkan seorang penagih dadah mempunyai 3 orang anak maka 26, 668 didarab 3 jawapan 80,004 orang anak bangsa kita akan tercicir di dalam bidang pendidikan oleh itu nasib anak bangsa harus dibela tanpa pilih buluh. Kerana anak itu lahir dari keturunan penagih dadah walaupun prestasi cemerlang dalam pelajaran tetapi dia mesti tercicir dalam pelajaran maka usaha soal siasat latar belakang pelajar harus dibuat secara teliti supaya anak itu boleh sambung belajar semula. Oleh sebab anak anak pada hari ini adalah bakal penentu corak negara bangsa kita pada masa hadapan adalah menjadi tugas kita beri pendidikan secukupnya pada anak anak penagih dadah. Dengan kaedah kaedah tertentu anak anak penagih masih boleh diselamatkan supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Jika anak-anak penagih ini dipinggirkan daripada arus pendidikan walaupun bilangannya kecil tetapi melalui statistik AADK kita pasti tahu jumlah itu akan pasti meningkat setiap tahun. Dengan ini nanti pasti produktiviti negara juga akan terjejas. Jika ingin melentur buluh biar dari rebung, Sokongan keluarga, ibu bapa di rumah, peranan tenaga pengajar di sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kolaboratif AADK, memainkan peranan penting menerusi media sosial, diadakan diskusi tentang kos pemulihan dadah dan kesannya pada negara. Untuk bentuk masyarakat harmoni kurang dadah lambang merupakan ciri ciri sebuah negara maju. Sama sama kita membanteras dadah musuh nombor satu negara
Kesimpulan
Oleh sebab saya kerja sendiri tidak ada KWSP, tinggal bersama kakak seorang guru sekolah, ketika projek sifar belanja makan diri sendiri pun tidak cukup apa lagi duit hendak simpan memang sukar. Kerana saya tinggal bersama kakak jadi kelemahan itu selalunya dapat ditutup. Jika tidak ada usaha berdiri di atas tapak kaki sendiri mula dari sekarang sudah tentu sampai tua lah tinggal bersama kakak dan masa depan akan gelap. Dalam hidup ini kita tidak lari dari kitaran hidup akan terus beredar dari masa ke masa pada waktu itu kita tidak akan tahu siapa pergi dahulu menyahut panggilan ilahi. Pada satu masa nanti pasti Allah itu akan tunai janji jika saya pergi dulu itu urusan tuhan tetapi jika kakak pergi dulu sudah tentu saya akan hilang tempat bergantung sumber kewangan. Dengan ini mula dari sekarang saya wajib buat persediaan awal supaya nanti saya boleh hidup berdikari di atas kaki sendiri. Jika ditakdirkan saya berjaya di dalam bidang perusahaan kontraktor ini maka giliran saya pula akan bantu kakak apabila tepat pada sasaran. Oleh kerana Jabatan Kemajuan Masyarakat (Jabatan K.E.M.A.S) menghadapi masalah tiris ketika mengeluarkan perbelanjaan makanan kanak kanak sekolah maka pihak jabatan mengubah kaedah perbelanjaan iaitu guru guru mesti menggunakan duit sendiri beli makanan sekolah. Pada mula sistem dilaksanakan kakak selalu kesempitan duit terpaksa berhutang syarikat peminjam wang (Along). Walaupun along mengenakan kadar bunga tinggi kakak tidak ada pilihan lain kemudian pada hujung bulan menghantar invois tuntutan (claim) perbelanjaan di pejabat KEMAS.
Jika kerjaya sebagai kontraktor kecil atau bekerja sendiri dibuat secara bersungguh-sungguh dan berterusan sudah tentu boleh membawa kemajuan. Dengan usaha begitu lama saya optimis apabila lesen berniaga sebagai kontraktor didaftarkan dan mempunyai profil syarikat baik tentu masa depan akan cerah. Dengan ini saya ingin sangat ambil peluang inisiatif kerajaan memperkenalkan K.W.S.P kepada individu bekerja sendiri jadi apabila tua nanti saya turut sama terima nikmat duit berpencen seperti kaki tangan kerajaan. Untuk kehidupan masa tua lebih terurus dan lebih teratur adalah lebih baik pengeluaran duit pencen menerusi agensi kerajaan. Sahut kempen kerajaan menyeru kita melabur dalam Amanah Saham Nasional (A.S.N) dan Amanah Saham Bumiputera (A.S.B). Simpan duit dalam syarikat kewangan komersial seperti Bank Simpanan Nasional (B.S.N) pelanggan berpeluang jadi seorang jutawan setiap bulan melalui cabutan bertuah. Dengan syarat simpan duit pada kadar tentu di BSN menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP) mula 1 Jun 2016 pelanggan berpeluang jadi jutawan segera. Pada waktu ini terbukti sudah ramai jutawan segera dilahirkan menerusi cabutan bertuah pelanggan BSN.
Dalam usaha mengembangkan perusahaan kita boleh cuba banyak bidang seperti rancangan jangka panjang penanaman semula kelapa sawit seluas 18 ekar di kebun arwah bapa. Jika penjagaan kebun sempurna tempoh empat tahun hasil kebun sudah boleh kutip. Apabila kesempitan duit nanti hasil kebun boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan dan buat kerja-kerja amal kebajikan seperti bantu golongan layak terima bantuan. Untuk rancangan jangka pendek dibuat projek penanaman tembikai, penanaman labu air dan penanaman timun khasiatnya cegah penyakit tekanan darah tinggi. Selain hobi bertani pada masa sama belanja dapur dapat dijimatkan. Hasil tanaman yang berlebihan boleh disedekahkan kepada keluarga memerlukan dan hubungan keluarga dapat dieratkan. Dengan amalan sedekah cara mensasar kepada golongan memerlukan kita akan dapat pahala akhirat seperti peri bahasa “Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima”. Bagi lokasi bertani tidak perlu luas tanah pusaka di Kampung Kinabutan Besar ini pun sudah cukup. Kerana seorang kontraktor berperanan agak besar membentuk sebuah negara maju maka pihak berkenaan harus mengoptimumkan jumlah kontraktor dalam masyarakat. Untuk mengurang pengangguran dan meningkatkan pendapatan masyarakat miskin kontraktor menyediakan banyak peluang pekerjaan seperti pembinaan empangan elektrik Bakun di Sarawak, pembinaan jalan raya Pan Borneo, pemasangan paip air, pembinaan bangunan permis perniagaan, pembinaan kompleks sukan, dan seumpamanya. Dengan adanya ilmu pengetahuan tinggi bangsa kita akan dihormati dan negara kita akan digelar sebagai negara maju. Tamadun manusia akan lebih terurus dan ekonomi negara terus berkembang.
Kerana seorang kontraktor akan pikul risiko besar tidak lulus projek sekiranya menolak amalan rasuah ada baik satu kaedah harus dicipta sebagai usaha banteras rasuah. Jika rasuah dijadikan sebagai budaya di dalam bidang kontraktor maka kesannya sangat buruk kepada negara keselamatan rakyat akan terancam. Kerana sebuah bangunan itu berisiko akan runtuh sekiranya syarikat pembinaan menggunakan bahan-bahan kurang berkualiti. Cuba bayangkan ketika ramai orang di dalam sebuah kompleks beli belah runtuh sudah tentu ramai rakyat yang tidak bersalah akan terbunuh. Akan berlaku kepincangan di dalam masyarakat iaitu golongan kaya bertambah kaya sedangkan golongan miskin dan sederhana ditindas dan hak mereka dinafikan. Dengan pergerakan teknologi kian maju pada masa kini penilaian kelayakan rekod cemerlang seorang kontraktor sangat mudah dilihat. Oleh itu sistem pilih bulu beri projek kepada kroni dan keluarga sahaja sedangkan dia tidak layak harus dikaji dari masa ke masa supaya sistem pemberian kontrak lebih adil dan telus kepada kontaktor terpilih sahaja. Untuk mencegah rasuah salah satu cara praktikal menerusi bantuan Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah (S.P.R.M) merungkai kes rasuah terbesar. Dengan niat menakut-nakutkan penjenayah lain ingin mendekati rasuah sekiranya satu satu kes rasuah selesai dibicarakan di pengadilan pihak berkenaan wajib menguar-uarkan hukuman berat dikenakan kepada nama penjenayah rasuah tersebut menerusi peti televisyen. Sebagai contoh kes rasuah Jabatan Air terbesar di Sabah pada Disember 2016 Radio Televisyen Malaysia (R.T.M) menyiarkan liputan berita bukti penemuan duit rasuah terlalu banyak disimpan di dalam rumah suspek. Untuk rakyat Sabah kerajaan sudah meluluskan projek pemasangan paip air berbilion Ringgit Malaysia tetapi duit tersebut dilencongkan ke akaun peribadi. Kerana rasuah wang bantuan bekalan air tersebut tidak sampai kepada rakyat. Yang kaya bertambah kaya yang miskin menderita. Bagi golongan petani dan penduduk luar bandar sering kali mengeluh kehabisan bekalan air memasak nasi pun susah waktu musim kemarau. Kerana tidak disambungkan kemudahan bekalan air bersih dan tidak ada pilihan lain penduduk terpaksa menggunakan air keruh sebagai sumber air minum. Jika nasib mereka tidak dibela krisis tidak ada penghujungnya, bekalan sayuran tempatan turut terjejas. Untuk mengelak kesan buruk lebih banyak akan berlaku pihak berwajib harus ambil tindakan segera hantar bekalan air bersih menggunakan lori tangki air ke rumah penduduk. Kerana rasuah kesannya amat buruk sistem pemerintahan jadi lemah dan pemimpin tidak berkualiti banyak dihasilkan. Dengan rasuah gelaran pangkat “ Dato’ “ lebih mudah dibeli. Dengan rasuah berlaku juga kebocoran kertas soalan peperiksaan sekolah akhirnya kerana rasuah kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar. Untuk murid menduduki peperiksaan diulang semula kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan berganda. Imej kerajaan akan terjejas dan nama negara akan tercemar di seluruh dunia demikian juga pelabur asing akan takut melabur di negara kita. Negara akan kehilangan sumber pendapatan terbesar hasil daripada sektor pelabur tempatan dan sektor pelabur antarabangsa maka ekonomi negara akan terjejas. Kerana rasuah tamadun sesebuah negara akan hancur musnah dan negara bangsa akan hilang lenyap dari muka bumi ini. Sebagai contoh kerajaan Melaka pada zaman dahulu yang cukup gemilang akhirnya hilang lenyap buat selamanya akibat rasuah diterima oleh Si Kitol. Begitulah hebatnya kesan buruk akibat rasuah.
Bagi menyebarkan kempen menentang rasuah banyak kaedah boleh dilakukan melalui media sosial seperti: Surat khabar, risalah, Majalah, Face book, Whatsapp, You Tube, Tweeter, Radio Televisyen Malaysia (R.T.M), penyiaran swasta. Dengan sokongan kuat pihak berwajib diadakan seminar, forum dan diskusi tentang rasuah. Memberi ganjaran setimpal kepada pengusaha industri perfileman menghasilkan filem dan drama yang terbaik tentang pencegahan rasuah. Apabila dibandingkan kos membuat filem tentang kes membanteras rasuah dan membiar rasuah berleluasa di dalam negara kesan positif jangka panjang diperoleh daripada filem adalah jauh lebih murah.
Jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) secara rahasia diperketat di kawasan dianggap kritikal adalah satu kaedah praktikal. Dengan menggunakan kemudahan Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT) usaha cegah rasuah lebih berkesan. Di Jepun ICT diiktiraf paling berkesan sebagai penyumbang isu keselamatan negara. Peranan SPRM akan lebih berkesan apabila membenteras penjenayah rasuah tanpa pili bulu terutama golongan elit dipanggil “ Jerung “ dan golongan “ Bilis “. ICT signifikan dan positif banyak membantu SPRM mengumpul maklumat digunakan sebagai bukti pendakwaan. Dengan terbongkar kes rasuah (Jerung) projek bekalan air Sabah 2016 usaha ini terbukti berjaya. Kontraktor maju negara selamat.
____________________________
YANG BENAR
(DIRECTOR AMAN INDAH RIANG ENT)
d
Rujukan
4Dinamik 2013,KRG langkah-Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah{atas talian] Sumber:
http://4unggul2016.blogspot.my/2016/04/krg-langkah-langkah-mengatasi.html (Khamis April 7, 2016)
Bitter Sweet: Apa itu PUKONSA? [atas talian] Sumber: http://missesnaza.blogspot.my/2010/02/apa-itu-pukonsa.html (Rabu Februari 17, 2010)
Lelaki Jepun Diiktiraf Graduan Tertua di dunia [atas talian] sumber: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-jepun-diiktiraf-graduan-tertua-di-dunia-1.338656 (15 Jun 2016 01:00)
Pena Cinta, RASUAH (FAKTOR< KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN [atas talian] Sumber: http://tingkatanenam.blogspot.my/2013/06/rasuah-faktor-kesan-dan-langkah.html (Sabtu,Jun 15, 2015)
DIKEMAS KINI 15 Mei 2019
DIKEMAS KINI 15 Mei 2019
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
BalasPadamSaya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut