google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Ulang Tahun Ke Tiga Penubuhan Wajati 25 Meigoogle.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Disambut Sempena Pemergian Jumain Ingan
Arwah Dato’ Jumain Ingan asal dari lot nombor 122 Ingan Abd Gani Kg Blok 31, Jalan 4, Tawau. Dengan membaca puisi saya pos di Wajati tentang kehidupan kanak kanak sekolah di Kampung Blok 31 pada zaman dahulu arwah Jumain mengulas kisah zaman sekolah rendahnya memang serba kekurangan dan menyentuh hati kecil sebilangan besar murid sekolah rendah berjalan kaki pergi dan balik dari rumah ke SRK Kuala Apas @ SRK Andrassy tetapi sekarang tidak di nafi orang Wajati ramai juga berjaya di dam hidup. Sejak kecil lagi Jalan 4 itu kami panggil Sungai Gading mungkin sejarah di situ dulu banyak gading gajah. Kerana Jalan 4 kurang bukit dan agak baik tidak banyak lubang lubang besar jika membanding dengan Jalan 3 jadi kami suka lalu di Jalan 4. Di rumah Jumain Ingan pada waktu petang ramai gadis cantik duduk di kaki lima mereka lambai-lambai tangan sambil melempar senyuman manis itu antara penyebab buat kami suka lalu di Jalan 4 peristiwa itu jadi kenangan sukar dilupai sampai bila bila. Di simpang masuk ke Jalan 4 juga ada kemudahan pondok bus stop tempat kami menunggu bas Kilang untuk pergi ke bandar Tawau. Ketika itu saya masih kecil terasa suasana pondok bas itu sangat luas tetapi sekarang saya lihat tempat itu kecil sebab saya sudah besar agaknya ya.:-), Ketika bas hampir tiba di Jalan 4 kerana masih terlalu kecil terpaksa naik di atas bangku bas tekan loceng. Oleh kerana belum ada telefon bimbit bapa menunggu di simpang Jalan 4 main agak agak sahaja dia tahu masa bas Kilang pergi ke bandar dan balik dari bandar.
Jumain telah meninggal dunia pada 2017. Dengan membaca kisah kematian arwah Jumain di Wajati dia meninggal lemas akibat perahu karam ketika memancing di laut negeri Perlis. Untuk makluman arwah Jumain merupakan orang pertama cadang supaya kumpulan Whatsapp WajatiB31 @ Wajati ini didaftar sebagai pertubuhan sah di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Antara syaratnya ahli mesti buat satu jawatan kuasa kecil seramai 15 orang minima kata arwah saya masih ingat komen arwah melalui whatsapp kumpulan Wajati. Susulan itu pada 25 Mei 2017 satu mesyuarat pertama membentuk AJK kecil sementara tujuan ingin daftar (WAJATIB31) di Jabatan Pertubuhan Malaysia ROS. Lokasi mesyuarat di rumah Ustaz Abdul Aziz Kg Blok 31 Lot 19, Tawau. Pada masa itu mesyuarat memutuskan bahawa pengerusi sementara*Encik Jais Hj Ahim merangkap pengasas jenama WajatiB31, Bendahari *Ust Abdul Aziz Alimpunus. Setia usaha bersama *Puan Rosmina Jambol dan Puan Murni Mahadi manakala Ahli *Encik Onan, Tuan PNK @Pang Nyuk Kiong, Hj Muntil, dan jumlah semua ahli menepati syarat ditetapkan. Maaf jika catatan ini kurang lengkap ada nama tercicir sebab saya sakit teruk tidak sempat datang pada hari bersejarah itu. Pada hari pengesahan nama ahli ingin datang mesyuarat saya masuk senarai ingin hadir kerana pada hari mesyuarat saya sakit teruk maka di saat akhir niat datang terpaksa batal. Terima kasih tuan PNK banyak menyokong saya pada 2017 hingga awal 2018 sebelum disingkir dari senarai AJK Kawasan Rukun Tetangga (KRT Kg Blok 31). Walau bagaimana pun saya masih boleh komen di Wajati.
Ketika arwah Dato’ Jumain Ingan balik di Tawau satu perjumpaan bersejarah diadakan di Taman Sawit, Yang mana isi cerita perjumpaan itu ingin rancang satu hari istimewa buat Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Serba Guna Kg Blok 31. Ketika perjumpaan itu Tuan PNK dan Encik Jais menjemput arwah di rumahnya di Jalan 4. Kerana perjumpaan itu setelah 40 tahun berpisah ia adalah satu hari amat istimewa buat mereka. Ketika itu suasana diselubungi rasa pilu berjumpa Dato’.
Pada tahun 2017 Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Wajati mengadakan majlis rumah terbuka pertama di Dewan Serbaguna Kg Blok 31 Tawau. Arwah Dato’ Jumain Ingan orang yang pertama dan terakhir saya jumpa di majlis itu wakil dari Jalan Empat. Arwah seorang yang baik dengan wajah paling ceria dia datang di tempat saya dan jabat tangan selanjutnya ramah mesra. Ketika itu juga kami merakam gambar kenangan bersama. Jika diulang kembali zaman pertama pembukaan Kg Blok 31 kerana saya tidak sempat bertemu dengan generasi sebaya Jumain Ingan saya merasa seperti baru lahir kembali ke dunia apabila mengenali ramai warga kampung Blok 31 belum pernah saya jumpa sejak lahir tetapi jumpa di majlis itu seperti arwah Puan Siti Aisyah Sulaiman, Puan Roha dan suami, Puah Hjh Sabturia, KakDa Dealova, kak Nai, tuan PNK, Belaian Jiwa (BJ), kak Nai, Hjh Minah Uton, Puan Hasnah Yunus (As), Patima @ Tim, Encik Sahi (terima kasih kerana petua gout dia kongsi dalam Wajati penyakit saya derita bertahun lama akhirnya hingga sekarang sembuh 100%) dan ramai lagi. Ketika hayatnya sebelum keluar dari Wajati Arwah Jumain Ingan banyak pos gambar buah buahan tempatan popular seperti durian, rambutan, Duku, langsat dan mangga harum manis. Perlis merupakan pengeluar terbesar buah mangga harum manis kata arwah berpuluh ekar mangga itu ditanam tetapi pada waktu itu buah kurang kerana terjejas akibat cuaca kemarau panjang kata arwah. Pada waktu itu Wajati juga banyak membuat jejak kasih, di luar jangka, bertemu kembali rakan terpisah hingga 40 tahun memang kenangan sangat mengusik jiwa. Arwah Jumain Ingan terharu dapat berjumpa cikgu kelasnya ketika sekolah rendah. 2.5. Siapa sangka anak kampung Blok 31 jalan kaki pergi sekolah berbatu batu jauh boleh sampai dianugerahi pangkat Dato’ di Perlis kejayaan ini amat bermakna buat Wajati. Kerana hari ini ulang tahun Wajati sempena mengingati Arwah maka dia dianggap hero Kg Blok 31. Yang berjaya hidupnya keluar dari Kg Blok 31 pasti ramai tetapi saya (kita) tahu arwah Jumain Ingan sahaja. Menurut tuan PNK sebelum arwah menghembus nafas terakhir dia berhasrat balik di Tawau ingin urus tanah pusaka di Kg Blok 31 lot 122 tapi kita hanya mampu merancang tuhan juga menentukan.
Sempena ulang tahun ke tiga Wajati (2019) sebagai anak Wajati kita harus terus berkerja keras demi anak anak dan kemajuan Kampung Blok 31. Pada tahun 1980 wakil suara dari jalan 3 arwah (bapa) Arijalun Dayan pernah menjawat ketua cawangan jalan 3 sungguhpun dalam tempoh singkat kerana jalan 3 dan jalan 4 laluan utama kami pergi sekolah maka dia wakil dari jalan 3 menghantar usul kepada wakil rakyat Balung pada waktu itu Datuk Ismail Jook naik taraf jalan kg blok 31 jalan 3 dan jalan 4 tetapi usul itu hasilnya tidak sempat dia lihat. Jika Encik Arijalun masih hidup sudah tentu dia gembira melihat jalan 3 sudah ada perubahan pada waktu ini. Walaupun kerajaan silih berganti tetapi akhirnya legasi pimpinan ketua cawangan jalan 3 boleh dianggap berjaya. Kerana jalan 4 dinaik taraf tamat di lot 124 Sagap Abdul Rahim dari situ hingga hujung jalan 4 di Lot 102 Lahid Abdul Hamid dan 101 Arijalun Dayan jalan teruk masih belum dinaik taraf maka pada masa hadapan pihak berkenaan ambil perhatian kerosakan jalan di kawasan ini. Untuk makluman bulan Januari 2019 kami pernah lalu di jalan 4 ketika sampai di lot 101 kerana hakisan air musim hujan jalan di situ rosak teruk lubang sangat dalam jadi kami terpaksa patah balik. Oleh sebab saya jarang lalu di situ jadi keadaan jalan terkini belum tahu lagi.
Dengan tempoh cukup lama 3 tahun hingga hari ini pertubuhan Wajati masih kekal haram. Sungguhpun begitu di kampung ini kami tidak ketinggalan menikmati kemajuan kerana setelah bertahun lama menanti saya melihat sendiri pada bulan lalu April 2019 Jalan 3 bolehlah dikatakan baik walaupun tidak setanding Jalan Masjid dan Jalan 4 saya cukup gembira lalu di situ ketika kenduri arwah sebelum mula puasa tahun ini. Kerana melihat whatsapp kumpulan Wajati sedikit maklumat saya tahu tentang Jalan Suluk papan tanda jalan (signboard) itu adalah dibina hasil kutipan wang penduduk kampung Blok 31 sendiri. Dengan membina papan tanda Jalan Suluk kerana hasil kerja sama pembinaan itu hubungan kita makin rapat akan cinta kampung sendiri. Semenjak arwah Jumain Ingan masih hidup isu Jalan 4 dan Jalan Suluk tenggelam dilanda banjir ketika musim tengkujuh masih belum selesai. Kerana banjir penduduk kampung mengalami masalah turun ke tempat kerja terpaksa tunggu air surut baru boleh lalu di jalan itu. Untuk Jalan 4 Lot 115 Dulang Galang, Lot 110 Akag Tawau. dan Untuk Jalan Suluk Lot 16 Pang Ting Song (Pang Nyuk Kiong), Lot 41 Salleh Bukit. Dengan masalah banjir bertahun tahun dihadapi oleh penduduk kampung ini pihak berkenan ambil perhatian keluhan rakyat wakil dari Kg Blok 31. Pada zaman dahulu batu 15 Apas jika musim tengkujuh kerana air melimpah di atas jambatan kereta terpaksa menunggu air surut baru perjalanan boleh diteruskan tetapi sekarang masalah itu sudah selesai terima kasih Wakil Rakyat Balung Datuk Syed Abas Syed Ali pada ketika itu. Jika kita tidak meneruskan perjuangan Dato’ Jumain Ingan pada masa akan datang sudah tentu kita ketinggalan dari banyak sudut kerana kita mengalami masalah berangkai dari tahun ke tahun akhirnya WAWASAN ANAK JATI KAMPUNG BLOK 31 (Wajati) umpama hidup segan mati tak mahu. Kerana kita bangga jadi warga negara Malaysia megah pada status dan memandang rendah warga asing (Bugis) tetapi kita berpecah belah dalam persatuan sudah tentu orang Bugis lebih maju dan tidak mungkin dikalahkan. Kerana Persatuan Komuniti Bugis Sabah sudah lama mendaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan PKBS pula banyak cawangan antaranya PKBS Tawau, PKBS Lahad Datu, PKBS Sandakan, PKBS Kota Kinabalu sedangkan kita bangga jadi ahli Wajati anak tempatan tetapi kita tidak sedar asyik fikir masalah masing masing sudah tiga tahun Wajati masih lagi pertubuhan haram sebaliknya suara orang Bugis lebih berkuasa daripada suara orang Wajati begitulah ceritanya. Dengan harapan yang tidak pernah pudar semoga pada satu hari nanti Wajati akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah setanding orang Bugis.
nota
Untuk gambar Haei Raya Aidilfitri 2017 ehsan daripada Tuan PNK
Untuk gambar Haei Raya Aidilfitri 2017 ehsan daripada Tuan PNK
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
terima kasih kerana mengeluarkan artikel ini berkaitan arwah abah saya. Saya anak jumain hj ingan yang sulong. Mohd jumifar bin jumain
BalasPadam