google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Jelajah Ramadan Di Tanjung Labiangoogle.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Coretan Rakan @Tawau FM
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
TAWAU Pada 17 Mei 2019 6.00 am untuk Jelajah Ramadan jalan baik semua peserta diminta berhimpun di ruang legar hadapan pejabat Tawau FM. Bagi persiapan awal diadakan ialah sesi tangkap gambar bersama wakil wakil peserta JR di hadapan papan tanda Tawau FM dan muat naik barang barang makanan anggaran seberat kurang atau sama satu tan makanan ke dalam kargo kenderaan 4x4. Antara makanan disumbang orang ramai ialah keperluan asas beras, gula, garam, minyak masak, tepung, dan seumpamanya. Kerana kerja sama padu semua ahli kurang15 minit masa semua barang selesai muat naik. Barangan ini adalah hasil kempen pihak radio Tawau FM terutama DJ Qayyum dan DJ Azza.
Ketika ini Jelajah Ramadan pikul tugas penting bawa amanah Allah hantar bantuan makanan buat golongan ASNAF di Tanjung Labian Lahad Datu. Melalui penyelaras penganjur rtm Tawau FM DJ Puan Normah Hj Tohing menyampai taklimat ringkas tentang perjalanan ke Lahad Datu. Ketika pelancaran upacara simbolik pasang pelekat Jelajah Ramadan di sepuluh buah kenderaan dirasmikan oleh Pengawal Penyiaran Tawau FM Encik Roslan Husen dan disaksikan semua peserta konvoi. Setelah selesai bacaan doa selamat pada 7:20 am konvoi Jelajah Ramadan mula bergerak satu per satu meninggal perkarangan Tawau FM menuju ke destinasi utama Tanjung Labian Lahad Datu. Untuk catatan lokasi ini terletak di tempat paling Timur Sabah. Jika dilihat dalam peta di bahagian hidung paling Timur Sabah.
Antara peserta Jelajah Ramadan 2019 NGO dan organisasi kerajaan iaitu Tawau FM sebagai penganjur dan penyelaras Puan Normah Hj Tohing, Kelab 4x4 Expedisi Extrame Tawau penyelaras Encik Hanif Ahid@Sky iaitu peserta paling dominan dalam konvoi ini, OUM Lahad Datu penyelaras Encik Jefri Onn Hamzah, Rakan @ Tawaufm penyelaras Puan Kak Midah Mery. Untuk penyumbang JR di belakang tabir ialah PETRONAS, Felda Resicencs Sahabat, PKBS, Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Lahad Datu. Sticker Star, Golden Raya, dan lain lain.
Apabila perjalanan jauh kerana risiko tinggi rosak maka kenderaan harus diperiksa secukupnya supaya misi berjalan lancar. Untuk rakaman video lebih cantik konvoi Jelajah Ramadan penyelaras bagi unit wartawan rtm Encik Tamrin Jamil minta semua peserta apabila 500 meter hampir tiba di lokasi rakaman video konvoi harus dalam satu barisan panjang dengan jarak selamat, mengurang kelajuan dan lambai lambai tangan. Antara poin poin konvoi harus patuh disiplin ini ketika lalu di kawasan jejantas SJKC Chung Hua batu 6 Jalan Apas, di batu 9, dan di kawasan jejantas Balung. Kerana penat perjalanan jauh, ingin tangkap gambar kenangan dan isi minyak kereta maka konvoi singgah rehat di kawasan Ipeak sebab bulan Ramadan setelah selesai sesi fotografi dan isi minyak kereta kami terus beredar dari situ. Ketika perjalanan konvoi 15 minit akan sampai di lokasi sebuah kenderaan peserta JR no 27 mengalami kerosakan enjin kerana usaha baik pulih memakan masa lebih 10 minit konvoi disuruh meneruskan perjalanan. Dengan izin yang maha kuasa jam 11.58 am 98 peratus atau semua krew Jelajah Ramadan selamat sampai ke destinasi utama Tanjung Labian Tungku Lahad Datu.
Untuk pengisian Jelajah Ramadan lebih bermakna sempena hari Jumaat semua ahli konvoi bersama penduduk kampung menunaikan solat Jumaat di masjid Tanjung Labian. Sempena Jelajah Ramadan untuk meraih golongan asnaf ini YB Assaffal menyumbang seekor lembu. Bagi persiapan juadah berbuka puasa wakil JR turut sumbang tenaga buat kerja kerja dapur seperti potong bawang dan sedia ramuan. Antara hidangan istimewa wakil ketua tukang masak JR daging masak kunyit dan ikan bakar. Pada tengah hari untuk hiburan semua hadirin dalam acara ini antara artis artis tempatan di jemput ialah Irwan terkenal dengan lagu Bila Kau Tersenyum, artis juara Labian, artis pilihan Silam (kampung Silam Lahad Datu). Pada masa sama hiburan ini dibuat juga untuk rakaman sempena Hari Raya Aidilfitri 2019. Oleh itu lagu lagu hiburan semua tema Hari Raya. Antaranya Satu Hari Di Hari Raya popular Dato' M Nasir dan Suasana Di Hari Raya Elina dan Anuar. Pada sebelah petang upacara kemuncak ucapan VVIP alu aluan wakil ketua Jelajah Ramadan Encik Roslan Husen dan YB Tuan Assaffal @ Samsul Kamal P. Alian ADUN N49 Tungku Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Antara isi ucapan YB menyeru kerana tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima maka harapan satu hari nanti tangan yang menerima sumbangan Asnaf ini pula akan jadi tangan yang memberi. Menurut YB Allah menjanjikan pahala 10 hingga 700 kali ganda pahala sedekah di bulan Ramadan. Setelah itu upacara menyampai bantuan kepada golongan Asnaf disampaikan oleh YB Tuan Assaffal bersama wakil wakil Jelajah Ramadan. Pada sebelah malam bantuan selesai disampaikan kepada Asnaf.
Apabila kita buat sesuatu amal kerana Allah janji beri berlipat kali ganda pahala di bulan Ramadan segala perkara rumit kita buat semua jadi mudah. Setelah selesai acara amal kami menginap di penginapan Felda Sahabat Lahad Datu sebelum pulang esoknya ke Tawau 18 Mei 2019 9,00 am. Bila menjelang subuh satu pengalaman terindah dapat makan sahur bersama krew JR. Jika kita buat kerja ikhlas kerana Allah sentiasa bersama kita hati gundah kembali tenang. Ketika menikmati pemandangan di sekitar penginapan itu segala penat lelah kelmarin hilang ditelan keindahan rakam foto kenangan di pinggir kolam yang cantik. Jika kita memberi pertolongan jangan mengharap balasan tetapi wajib ikhlas maka kita akan terima ganjaran di akhirat. Untuk perjalanan ini saya dapat kenal rakan rakan baru terutama di rtm radio Tawau FM antaranya Saudara Muhidin cukup peramah. Dalam hidup ini kita diberi rezeki berbeza ada banyak dan ada sedikit maka kita harus saling melengkapi antara satu sama lain. Selain misi JR berjaya kerana peserta JR ramai hubungan silaturahim antara rakan Tawau fm, kelab 4x4 Expidisi Extrame Tawau dan DJ DJ radio Tawau FM dapat dijalin mesra. Untuk misi ke Labian kerana seumur hidup buat pertama kali saya dapat bersua DJ Aziyan dan DJ Qayyum selain Misz Lily Mustamin dan Rudy Giram, ini adalah pengalaman manis yang jadi sejarah dalam hidup saya. Semoga pada tahun hadapan jika diberi peluang dapat lagi kita bersama cipta sejarah terindah bersama Jelajah Ramadan. Semoga segala usaha penat lelah kita semua akan sampai kepada golongan sasaran. Pada bulan ini semua kita dengan perasaan gembira dapat sama sama orang miskin, kaya, tua, muda, sambut Ramadan dan Hari Raya.
Coretan Rakan @Tawau FM
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0Catat Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0