Perniagaan Perusahaan Membuat Kabinet Dapur
Perusahaan membuat kabinet dapur bermula di UK (United Kingdom) namun pada era ini kabinet dapur boleh dibuat di tempat kita. Di antara pembuat kabinet itu yang terdapat di sini ialah saya sendiri dan mempunyai sijil kemahiran asas jurumesin kayu menerusi ILP(Institut Latihan Perindustrian) Labuan. Lokasi tempat bengkel kabinet dapur di Kg . Kinabutan Besar, Jalan KK Ibrahim off Jalan Apas batu 5 ½ Tawau Sabah, Malaysia. Luas kampung ini lebih kurang 1 kilometer persegi, Penduduk asal dan jumlah dengan orang yang membeli tanah dan menyewa tanah di sini lebih 10,000 orang. Pekerjaan utama penduduk di sini kaki tangan kerajaan, guru, jururawat, polis, pegawai dan sebagainya. Luas bengkel saya 384 kaki2, panjang dan lebar 24 kaki x 16 kaki, (7.3 m x 5.8m).42 m2. Buat masa ini menumpang di bawah kolong rumah adik perempuan apabila membuat projek agak besar. Rumah adik dibuat daripada papan warna kayu tanpa cat , tangga kisi-kisi berwarna ...