google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Kenapa Sampai Jual Tanah Masuk Universitigoogle.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
PENGENALAN
Taman Hot Spring Jaya Tawau ketika kerja ubah suai rumah atau renovate dan terserempak rakan sekolah menengah kawan rapat yang duduk berdekatan bangku. Apabila tamat sekolah dia mendapat kelulusan SPM yang baik dan melanjutkan pengajian di maktab perguruan kemudian bekerja sebagai seorang guru sekolah. Kita diberi rezeki masing-masing dan dia di kalangan rakan sekolah yang sudah pun menggenggam kejayaan di dalam hidup. Dia kawan paling rapat yang sudah diberi rezeki agak mencukupi ada kenderaan, ada isteri, ada anak-anak yang sudah berjaya di dalam pelajaran, ada rumah dan dialah yang membeli rumah ini sebagai rumah kedua untuk dibuat rumah sewa bagi menambah sumber pendapatan. Isterinya juga seorang berkerjaya oleh itu saya melihat hidupnya survive, masa depannya terjamin singkat cerita dia mencapai hidup lebih baik. Zaman bersekolah dia memang tegas membuat keputusan tetapi aku pula suka diam jadi kami jarang berbual. Apabila bab menulis nota pelajaran yang dibacakan oleh cikgu aku selalu mengambil tempat paling di depan tetapi bab kemajuan kerjaya pula dia yang memegang tempat di depan.
Aku pula selepas tamat sekolah menengah oleh kerana diberi keputusan SPM kurang baik jadi menyambung di sekolah teknik sahaja. Setelah diberi sijil kemahiran dalam bidang juru mesin kayu aku memilih bidang kerja sebagai kontraktor kecil di dalam pembuatan perabot dan pembinaan rumah yang sudah dua puluh lima tahun lamanya namun saya melihat tanda-tanda kejayaan masih masih belum nampak kerana apabila masa-masa tertentu projek kurang maka pendapatan sifar dan belanja dapur pun tidak lepas mujur ada kakak yang baik hati menutup segala kelemahan diri. Dengan pendapatan di bawah lapan ratus ringgit sebulan apa lagi ingin beli rumah sendiri sedangkan rumah kos rendah pun sudah tentu tidak akan mampu dibeli jika dipandang dari sudut pencapaian kerjaya aku memang ketinggalan sangat jauh di belakang. Masalah utama duit disimpan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terlalu sedikit atau lebih tepat duit pencen yang ingin diambil pada hari tua nanti tidak mencukupi. Aku bakal menyara hidup sebatang kara isteri dan anak tidak ada umur kian meningkat tetapi tenaga kian berkurang. Duit disimpan di dalam bank terlalu sedikit jadi gambaran hidup aku di masa hadapan dilihat amat gelap.
Jodoh aku datang lewat dan bernikah pada 4hb. November, 2010 iaitu ketika pada usia hujung-hujung belia dan kami bernikah secara ringkas sahaja di pejabat kadi dengan iringan bacaan doa selamat tetapi nasib malang pula menimpa rumah tangga yang dibina tidak kekal lama jodoh bertahan hanya tiga bulan sahaja dan hidup terpaksa membawa haluan masing-masing sungguhpun begitu aku bersyukur pada tuhan yang sudi memberi kebahagiaan rumah tangga walaupun hanya sementara. Pada 22 Oktober 2011 aku diberikan zuriat pertama tetapi waktu kelahiran itu aku tidak ada di isinya kerana sudah tidak sehaluan lagi dengan ibunya. Yang saya faham tentang penceraian hanya jika cerai lafaz ketika mengandung tidak sah jadi ketika mengurus surat lahir anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama isteri pada 27 Oktober 2011 aku tidak tahu lafaz talak di luar mahkamah adalah kesalahan besar dan lafaz “aku cerai kan kau dengan talak satu”. Pada 22hb. Januari, 2012 jam 2.00 pagi zuriat penghubung kasih pula pergi buat selamanya yang ketika itu usianya tepat tiga bulan. Penceraian paling tidak disukai dan prosesnya memakan masa terlalu lama setelah satu tahun naik dan turun mahkamah akhirnya Pada 19 Februari 2013 aku dikenakan kompaun RM500.00 atau penjara kerana sabit kesalahan melafazkan talak diluar mahkamah. Aku membayar denda itu dengan keadaan kewangan yang genting mujur pada waktu itu duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pertama dilancarkan. Aku terselamat dari hukuman penjara dan diberi surat cerai sementara dengan tarikh luput 31 Disember 2013. Akhirnya pada 2014 aku menerima surat cerai rasmi daripada Mahkamah Syariah yang bertarikh pada 4hb. Mei, 2012 maka pada awal tahun 2014 ini juga kisah rumah tangga aku berakhir. Impian aku ingin hidup bahagia segalanya telah hancur musnah dan aku redha menerima qada dan kadar tuhan.
Aku kini menjalani hidup seorang diri sebagai duda apabila menjelang Hari Raya sebilangan anak saudara datang di rumah sungguhpun begitu perasaan tetap rasa sunyi namun tetap melontar senyuman manis berukir di muka. Yang pasti ada arwah anak yang menanti aku di syurga. Walaupun kami dilahirkan dua belas orang adik beradik cukup ramai tetapi semua sudah membawa haluan masing-masing sedangkan Ibu dan ayah sudah pergi buat selamanya. Aku selama ini hidup bersandar pada kakak yang bekerja sebagai cikgu tadika sudah hampir lebih dua puluh tahun dan tempoh masa bersara semakin mendekati iaitu lebih kurang 36 bulan dari artikel ini ditulis. Walaupun usia dipinjam ini kita tidak tahu siapa yang akan pergi dulu namun secara umum yang lebih tua akan pergi dahulu meninggal yang muda maka jika aku tidak bertindak mula dari sekarang untuk membina sumber kewangan kukuh di mana lagi aku bergantung hidup pada masa hadapan. Sungguhpun begitu aku sentiasa mengirimkan doa agar kakak bahagia, panjang umur, sentiasa diberi kesihatan dan dilimpahi banyak rezeki bersama arwah suami. Apabila menjelang Hari Raya acara tahunan kakak selalunya pergi Semporna bermalam di rumah anak tirinya dan aku duduk sendiri di rumah melayan perasaan sunyi sepi.
Aku ingin hidup berdikari di atas kaki sendiri dan dari sekarang mula merancang sesuatu jika aku berlengah masa depan aku akan terus bergantung hidup dengan duit pencen kakak pula selanjutnya apabila kakak sudah tiada lagi aku akan hilang haluan hidup dan mungkin aku duduk di bawah jambatan masa depan sangat mengerikan. Kami dilahirkan dari keluarga susah oleh kerana kakak memikul beban yang terlalu berat ketika mencurah perasaan tanpa sedar air matanya mengalir keluar dan aku pun turut serta merasa bebanan dipikul oleh kakak.
Sambung belajar ke peringkat lebih tinggi adalah satu jalan untuk aku ubah diri jadi lebih maju di dalam hidup. Dengan adanya kelulusan nanti diharap dapat bantu kerjaya aku sebagai kontraktor kecil selama dua puluh lima tahun ini lebih berjaya. Jika sambung belajar ini dengan tujuan ingin kerja kerajaan memang sudah terlambat tetapi belajar untuk memajukan perniagaan sendiri masih boleh. Setidak-tidaknya kelulusan itu boleh tampung sara hidup untuk diri aku sendiri. Aku amat bersyukur pada masa ini kerana masih mampu membeli sebuah motosikal baru untuk mengurus projek dan diberi tempat menumpang hidup di rumah kakak yang sangat baik hati. Jika kakak panjang umur duduk bersama aku dan pada masa itu aku sudah diberi kelulusan sijil diploma perniagaan serta sudah boleh hidup berdikari di atas kaki sendiri maka giliran aku pula akan ambil alih peranan kakak sebagai sumber kewangan keluarga yang susah dan kawal sara hidup kakak apabila tepat pada sasaran sebagai pertolongan balas budi kerana kakak bersara pun dengan duit pencen.
Untuk mendaftar masuk di universiti syaratnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mesti tiga kepujian. Keputusan SPM aku lemah jadi terpaksa menduduki semula ujian SPM ulangan. Pada mula mengisi borang SPM ulangan itu aku mengambil dua mata pelajaran sahaja Matematik dan Bahasa Melayu. Oleh kerana zaman sekolah sudah terlalu lama ditinggal apabila pelajar ingin menduduki semula SPM maka semua mata pelajaran teras wajib diambil semula dan pada 2014 aku menduduki semula peperiksaan SPM ulangan sebagai calon SPMU. Setelah menghitung hari dengan penuh debaran akhirnya dan pada 2015 aku mengambil keputusan SPM dengan lulus tiga kepujian sudah cukup membuat aku gembira kerana aku sudah melepasi syarat minima masuk universiti dan layak diterima menjadi mahasiswa di usia lanjut. Peluang yang ditutup rapat sekian lama kini sudah dibuka kembali untuk menyambung pelajaran ke universiti.
Perjuangan aku untuk memburu kejayaan di peringkat tinggi dalam hidup ini sudah bermula. Gendang sudah dipalu dan motivasi untuk belajar semakin berkobar-kobar tingginya. Radio banyak menyiarkan iklan kolej yang menawarkan pelbagai pengajian bagi pelajar yang ingin sambung belajar ke peringkat tinggi di antaranya kolej Komuniti Tawau, Pusat Giat Mara Tawau, dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Setelah dinilai dan dihayati sepenuh hati aku memilih OUM Tawau sebagai tempat melanjutkan pengajian.
Mengimbau pada zaman kegagalan lalu aku menganggap keadaan dan kurang pendedahan tentang peri pentingnya pendidikan tinggi yang membuatkan aku tidak berminat untuk sambung belajar dan pilihan kedua aku menyambung belajar di sekolah kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Labuan (ILP Labuan) dalam bidang kursus Juru mesin Kayu iaitu kemahiran dalam industri perabot rumah. Aku menduduki kursus ini tamat di dalam tempoh dua tahun dan menerima sijil kemahiran dari ILP Labuan. Enam bulan bekerja di syarikat swasta Exclusive Furniture akhirnya aku mengambil keputusan untuk memilih kerja sendiri sebagai kontraktor kecil.
Minat belajar mula timbul apabila tiap hari menonton siaran televisyen dan mendengar radio segmen yang menyiarkan ramai golongan profesional bergelar jutawan itu berjaya belajar di peringkat tinggi di dalam pelbagai fakulti dan diberi gelaran “Jutawan Senyap”. Di antara yang diberi gelaran itu ialah sepupu aku sendiri sedangkan ketika mandi di sungai kami selalu main perang-perang lumpur dia selalu kalah juga tetapi sekarang dia amat berjaya dalam hidup. Minat sambung belajar kedua yang mendorong minda ini betul betul serius untuk sambung belajar ialah apabila aku menduduki kursus ujian lesen motosikal kelas B2 yang mana mana ramai rakan yang gagal pada peringkat ujian komputer sedangkan aku dengan hanya sekali menduduki ujian ini diberi keputusan lulus cemerlang. Dengan ini aku menanam keyakinan bahawa aku masih boleh belajar.
ISI KANDUNGAN
Kerajaan menyediakan banyak kemudahan bantuan untuk sambung belajar ke peringkat tinggi. Yang paling popular bantuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan aku menaruh harapan sangat besar untuk melanjutkan pengajian dengan bantuan itu namun pada waktu mengisi borang bantuan itu aku gagal melepasi syarat kelayakan pinjaman kerana sudah melebihi batas umur ditetapkan oleh pihak PTPTN selanjutnya aku cuba juga membuat rayuan tetapi borang permohonan tetap ditolak.
Dengan faktor usia ini aku banyak terlepas peluang bantuan pembiayaan pendidikan tinggi. Aku tidak mudah putus asa memohon bantuan pendidikan tinggi daripada Tabung Kebajikan Masyarakat di antara syaratnya pemohon hendaklah pelajar daif dan masih pelajar sekolah sahaja sedangkan aku sudah terlalu jauh meninggal alam sekolah dan secara rasmi aku tidak layak buat permohonan.Pegawai kebajikan hanya mampu melemparkan senyuman sinis yang amat memeritkan sambil pegawai tersebut menyarankan untuk aku buat pinjaman pendidikan tinggi melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ikhtiar selanjutnya aku meminta pandangan allahyarham Wakil Rakyat N56 Apas Y.B. Datuk Haji Taufiq Abu Bakar Titingan (2015). Beliau menyarankan aku buat pinjaman peribadi di bank kelulusan segera sehingga RM100 ribu dan aku sangat gembira tetapi kegembiraan itu hanya seketika oleh kerana di antara syarat layak buat permohonan pinjaman bank ialah salinan penyata gaji atau akaun bank mesti aktif enam bulan berturut-turut, pemohon hendaklah hakim, doktor, peguam, juruterbang atau golongan profesional sedangkan aku hanya memegang kelulusan SPM ulangan sahaja. Usaha menerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO P190 Encik Ariffin Kassim (2015). Beliau menyarankan buat permohonan pembiayaan pendidikan menerusi MARA juga. Malangnya borang permohonan pinjaman pendidikan tinggi MARA ini dibuat menerusi di dalam talian sahaja tetapi borang laman web itu sentiasa ditutup. Ikhtiar seterusnya berdetik juga ingin isi borang permohonan biasiswa Yayasan Sabah tetapi rasanya usaha itu sia-sia kerana kebanyakan organisasi sudah tentu akan menetapkan terma dan syarat yang sama maka usaha-usaha untuk pinjaman pendidikan melalui institusi kewangan harus dihentikan segera.
Langkah seterusnya yang harus dibuat ialah menggunakan kaedah lain. Aku mempunyai aset berharga yang ditinggal oleh orang tua tiga bidang tanah pusaka yang terbiar tidak diusahakan iaitu dua bidang tanah pusaka peninggalan arwah ibu yang belum dituntut waris yang pertama letaknya di Kampung Kinabutan Besar yang kedua letaknya di Kampung Ranggu dan yang ketiga tanah pusaka peninggalan arwah bapa tanah letaknya di Rancangan Apas Balung Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) kontrak penanaman semula kelapa sawit tidak dilanjutkan dan sekarang tanah itu sudah dituntut waris selanjutnya menjadi milik saya.
Aku melihat aset ini boleh digunakan sebagai peluang untuk capai impian sampai ke menara gading dengan mudah tanpa syarat syarat yang membebankan lagi aku boleh sesuka hati sambung belajar tanpa birokrasi yang merumitkan lagi. Aku ingin jual tanah pusaka yang di Kampung Kinabutan Besar tetapi masalah terbesar ialah saudara mara yang melontarkan pandangan berlainan dan memberi pelbagai alasan supaya tidak jual tanah. Usaha ini tidak semudah seperti yang aku fikirkan apabila membeli barang di runcit mengambil dari rak jualan terus dibawa ke kaunter kemudian bayar lalu dibawa pulang tetapi jual tanah tidak begitu perlu khidmat profesional peguam syarie.
Pelanggan yang ingin membeli tanah ini memang ada tetapi keluarga menentang hebat akhirnya bantuan antara kolaborasi abang long dan kakak bersetuju untuk pembiayaan pengajian aku bagi tempoh empat tahun dan di antara syaratnya tanah pusaka tidak boleh dijual kecuali dijual dengan keluarga tetapi keluarga kebanyakan ada komitmen lain yang lebih penting kakak Hasiah dan abang long Abd Majid berjanji akan bayar yuran tiap semester pada kadar kakak lima puluh peratus dan abang lima puluh peratus. Kakak juga berjanji sekiranya aku mengalami masalah kewangan maka bil internet aku akan dilunaskan oleh kakak. Hati sangat gembira akhirnya impian ingin menjejak kaki di menara gading sudah tercapai. Masalah pinjaman untuk pembiayaan pendidikan aku anggap selesai.
Universiti Terbuka Malaysia, Bandar Sri Indah Jalan Apas batu 10 Tawau, pada 4 April 2015 Setelah menjawab 30 soalan ujian merangkumi Sejarah, Matematik, dan Bahasa Inggeris maka pegawai OUM Encik Jumadi memutuskan bahawa aku lulus ujian dan diterima untuk melanjutkan pengajian tinggi sebagai mahasiswa bagi kursus bidang Perniagaan Diploma Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian BBA di OUM Tawau iaitu di dalam tempoh empat tahun. .Aku mengalami masalah pembayaran untuk yuran pendaftaran bagi kemasukan sesi Mei 2015 kerana duit pembiayaan belum masuk di dalam akaun bank dan aku bernasib baik apabila pada hari bersejarah itu ada seorang hamba Allah sudi membantu untuk membayarkan yuran pendaftaran yang berjumlah lima ratus Ringgit Malaysia termasuk wang saku dengan ikhlas tanpa meminta bayaran balik jadi di ruang ini aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat itu dan jasa awak akan aku kenang sampai bila-bila. Sebagai balasan aku berjanji di dalam hati ingin belajar bersungguh sungguh hingga genggam segulung diploma. Pada 13 Jun 2015 duit untuk pembiayaan pendidikan sudah dikreditkan ke dalam akaun dan aku segera membeli peralatan belajar di antaranya, telefon pintar iPhone seperti yang disarankan oleh pihak kolej, komputer riba, printer, saintifik calculator dan alat tulis. Hati sangat gembira, dan merasa amat bertuah kerana di saat sukar aku dapat bantuan daripada seorang sahabat yang baik serta kakak dan abang long yang prihatin terhadap saudaranya yang berkobar kobar ingin belajar sungguhpun begitu hati kecil berkata empat tahun bukan tempoh singkat dan rintangan masih banyak perlu dihadapi tetapi buat masa ini fokus utama ialah pelajaran.
Dengan adanya diploma nanti aku harap sangat cara hidup akan diubah jadi lebih baik dan pengajian berjalan lancar. Tutor menyarankan sasaran capai pointer tertinggi dengan C.G.P.A 4.00 adalah mustahil, sasaran disyorkan capai 3.50 ialah sasaran maksima jika lebih itu lagi bagus dan capai 2.8 ialah sasaran minima. Semester satu ujian aku lulus dengan mencapai CGPA 2.84 melebihi sedikit dari sasaran minima. Firasat aku benar malang nasib pengajian sempat berjalan hingga semester dua sahaja atas masalah kewangan ketika peralihan ke semester tiga aku terpaksa menangguh pengajian. Oleh kerana abang mengalami krisis kewangan maka pembiayaan yuran berat sebelah hanya ditanggung oleh kakak seorang diri jadi niat aku sambung belajar untuk meringankan beban kakak sekarang sudah terbalik malah aku pula menambah beban kakak kakak menanggung yuran pengajian aku. Lebih seribu ringgit Malaysia yang perlu dibayar tiap semester atau tiap empat bulan.
Kakak menghadapi masalah peribadi diluar jangka dia terpaksa membayar tunggakan ansuran rumah bernilai tiga ribu ringgit dan abang long pula menghadapi masalah duit elaun tertunggak bernilai lapan ribu Ringgit Malaysia. Pengajian ini amat merugikan jika ditamatkan begitu sahaja oleh kerana sehingga dua semester aku sudah pun habis enam ribu Ringgit Malaysia untuk membiayai kos pengajian membeli peralatan belajar seperti telefon pintar, komputer riba, mesin cetak printer, alat tulis dan macam macam lagi bayaran. Walaupun peluang untuk cipta kejayaan semakin sempit namun semua itu boleh dihadapi dengan wajar dan semua rintangan harus dihadapi dengan sikap tidak mudah putus asa serta sentiasa menanam di dalam diri semangat tinggi untuk capai impian hidup.Tarikh akhir hantar tugasan pada 7 Mac 2016 hingga 28 Mac 2016 peluang ikut serta semester tiga semakin genting. Aku anggap juga tempoh pembayaran yuran pengajian berakhir pada tarikh tutup hantar tugasan. 1 Mac 2016 aku menarik nafas lega apabila ada seorang usahawan ikan sardin dari Taman Sri Indah berhasrat ingin sewa tapak tanah aku yang di Kampung Kinabutan Besar. Terma dan syarat aku sambung pengajian ialah tanah pusaka dilarang untuk dijual kecuali keluarga tetapi kali ini tanah untuk sewa bukan untuk dijual jadi peluang emas masih ada untuk aku bayar yuran pengajian tertunggak dengan hasil duit sewa tanah ini nanti. Peniaga ingin sewa tanah yang berhampiran dengan sungai dan kebetulan tanah aku juga letaknya dekat dengan sungai. Aku berpendapat peniaga apabila di pinggir sungai advantage kepada pengusaha ikan sardin itu senang memunggah ikan segar dari laut terus ke kilang selanjutnya menghasil produk berkualiti tinggi. Kilang ini dianggarkan nanti memerlukan 30 orang kaki tangan maka ini akan beri peluang pekerjaan besar kepada penduduk kampung. Masalah penganggur dapat dikurangkan, peluang peniagaan akan dibuka kepada peniaga kecil untuk tambah pendapatan seperti jual kuih-muih sarapan pagi dan macam macam lagi. Pekerja kilang lebih mudahan untuk beli sarapan. Dalam hati aku berkata rezeki datang tepat pada masanya dan aku sangat bersyukur pada tuhan mendengar tentang berita gembira ini. Sebagai menghormati abang paling tua aku datang ke rumahnya untuk memberitahu bahawa ada seorang pengusaha Sardin ingin menyewa tanah aku yang di sini. Saat peluang bayar yuran semakin genting komen negatif daripada pihak abang menentang hebat penyewaan tanah ini sedangkan tanah bukan jual tetapi tanah untuk disewa. Alasannya kerana pembinaan kilang itu nanti kampung akan tercemar dengan bau busuk akibat sisa pembuangan perut ikan ke dalam sungai, jalan sempit untuk kenderaan masuk ke kilang dan macam macam lagi alasan baru diciptakan akhirnya urusan untuk penyewaan tergendala. Sedangkan alasan alasan itu masih boleh dirunding dengan pengusaha. Peluang keemasan untuk aku sampai ke semester tiga hancur musnah seperti kaca dihempap ke lantai. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul rintangan ini harus dihadapi dengan tabah. Setiap musibah itu pasti ada hikmah di sebaliknya walaupun aku tidak tahu apa lah hikmah itu tetapi harus diyakini hikmah baik itu pasti ada.
Pada Khamis,10 Mac 2016 saat-saat genting tarikh tutup untuk bayar yuran dan pendaftaran semester ke tiga abang long pula singgah di rumah pada awal pagi dan membawa khabar gembira katanya esok ada seorang saudara yang dari Kampung Sungai Imam ingin datang di rumah ini untuk beli tanah. Yang pada waktu itu abang masih berkerja di Jabatan Tanah dan Ukur dan dia hendak turun kerja masuk kem di Pulau Sebatik. Walaupun ia adalah perkara mustahil berlaku namun hati kecil berkata jika saudara itu benar-benar membeli tanah aku maka sesuatu yang ajaib akan berlaku dan sudah pasti doa doa aku selama ini berakhir esok dan peristiwa hitam lebih sepuluh tahun lalu sudah dilupakan jadi kesulitan pembayaran yuran pengajian aku akan selesai. Dengan debaran aku menunggu dari awal pagi hingga menjelang malam tetapi saudara yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Kerana peristiwa ini sudah aku jangka sungguhpun begitu perasaan hampa itu memang ada. Sebagai redha ketentuan tuhan aku pasrah qada dan kadar tuhan yang menetapkan bahawa cerita hidup aku ditulis demikian. Rintangan semester ketiga (Januari 2016) mesti dihadapi dengan semangat yang kuat. Tanah tidak jadi dibeli tidak masalah tetapi aku sangat terkilan kerana ketiga-tiga tugasan untuk semester tiga semua sudah siap dibuat tetapi tidak sempat dihantar. Tugasan Mikro Ekonomi, tugasan English For Management, tugasan Hubungan Etnik dan tiap tugasan ini yang ditulis tidak kurang daripada tiga ribu patah perkataan. Suka atau tidak di dunia ini tidak ada siapa dapat menahan masa dan pertukaran tarikh yang terus berjalan seperti biasa tanpa terlewat atau cepat akhirnya perkara yang amat aku risaukan sudah tiba iaitu tarikh akhir hantar tugasan tamat tempoh pada 7 Mac 2016 hingga 28 Mac 2016. Pada masa sama pendaftaran untuk masuk semester keempat (April 2016) juga ditutup.
Peristiwa hitam ini adalah yang terburuk di dalam hidup aku. Hingga saat ini pengajian aku masih belum ada tanda-tanda akan dilanjutkan tetapi aku sentiasa berikhtiar untuk tetap menanam azam untuk menyambung pengajian ini hingga tamat pada satu hari nanti. Pakar motivasi terkenal di Malaysia Dato’ Dr. Fadilah Kamsah mengatakan bahawa tiap musibah yang menimpa kita itu akan menghapus kan dosa-dosa kecil. Bil internet aku sebanyak tiga ratus ringgit tertunggak sudah tiga bulan sejak dari Februari, bulan Mac dan April. Doa berserta harapan sentiasa dipohon pada tuhan akhirnya penghujung April Tuhan memakbulkan doa aku dengan tidak disangka-sangka satu projek baik pulih rumah renovations diserahkan kepada aku jadi bil internet yang tertunggak tiga bulan semua sudah diselesai dan aku bersyukur pada tuhan.
Sungguh pun begitu pengajian aku masih terpaksa ditangguh. Dengan memiliki sijil S.P.M. ulangan pada usia yang sudah lanjut ini tidak akan sampai ke mana kerana lazimnya majikan mengambil tenaga kerja daripada golongan muda sungguh pun begitu jika aku mengalah maka harapan untuk ke menara gading akan terkubur begitu sahaja. Pada usia lanjut ini terima sijil diploma ialah kelulusan dianggap terbaik untuk membantu kemahiran yang ada ini membina empayar kejayaan.
Abang long memberi harapan baru tetapi kena tunggu hingga duit pencen keluar pada November 2016 dan tanah aku yang di Kinabutan dia akan beli dengan harga seperti yang ditetapkan tiga puluh enam ribu ringgit. Abang memberi harapan jika aku ada duit nanti tanah tersebut boleh ditebus semula. Masa itu umpama emas dan usia aku terus mendekati tua jika tidak bertindak cepat aku akan ketinggalan jauh di belakang. Pada bulan puasa Ramadhan lalu kakak yang nombor empat nama kakak Saadiah menghantar berita ada seorang keluarga berminat dengan tanah aku yang terletak di Kampung Ranggu pembelian akan dilakukan lepas sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 walaupun pengajian sudah lama tertangguh namun hati kembali gembira. Perancangan banyaklah sudah yang bermain main di fikiran di seperti fikir kesan baik dan buruk jika yuran pengajian dibayar penuh dan kesan baik dibayar tiap-tiap semester atau yuran pengajian ingin dibayar satu bulan lebih awal dari tarikh pembayaran dan macam macam lagi.
Nasib malang datang lagi apabila Hari Raya sudah berakhir tetapi pembeli tanah tidak muncul. Usaha dibuat ini walaupun semua gagal tetapi itu lebih baik daripada tidak membuat apa-apa usaha. Aku tidak berputus harap untuk terus berdoa agar satu hari nanti tuhan akan bantu aku untuk menghadapi masalah rumit ini hingga selesai dan aku boleh belajar kembali di universiti. Bulan November 2016 janji abang ingin ingin beli tanah aku menggunakan duit pencen sudah menjelang tiba dan debaran bercampur dengan gembira mula terasa kembali kerana aku sudah tidak sabar ingin sambung pelajaran yang ditangguh. Berita dihantar dukacita apabila abang menyatakan bahawa wang pencen akan keluar setelah enam bulan dari tarikh tamat tempoh berkerja. Abang memberi harapan baru dengan nada samar samar akan beli tanah jika duit mencukupi. Tempoh enam bulan tiba pada Jun 2017 tiba walaupun harapan tipis untuk dapat duit jualan tanah yang dijanjikan namun dada tetap berdebar-debar. Nasib malang memang suka datang kepada aku apabila abang menyatakan bahawa duit pencen terlalu banyak dipotong oleh bank sehingga tujuh puluh ribu Ringgit Malaysia jadi harapan terhenti di sini. Waktu ini hati aku memang sudah hancur mendengar berita ini entah apa lagi yang harus dikata sudah hancur kena mesin blender lagi hingga lumat.
Aku sangat terdesak usaha drastik jual dan beli tanah harus dibuat lagi. Aku rindu sekali ingin jumpa rakan-rakan mahasiswa di kolej oleh itu aku cuba menjual tanah secara senyap senyap. Terma dan syarat penjualan tanah pusaka terpaksa dilanggar kolaborasi aku dan abang Omar anak nombor tujuh ingin jual tanah yang di Kampung Kinabutan Besar dua lot tanah dengan tujuan masing masing dia ingin keluar dari masalah perniagaan dan aku ingin sambung belajar. pembeli sanggup membeli dengan harga RM130.000.00 bagi dua lot tanah ini. Terma dan syarat penjualan tanah terpaksa dilanggar kerana hidup mendesak pembeli itu hanya kawan karib sepupu bukan keluarga. Kami berpendapat tanah itu milik kami jadi kenapa mesti dihalang, kami juga masih ada dua bidang tanah lagi tanah yang di Ranggu dan yang di penempatan Rancangan Apas Balung. Harga jualan tanah ini cukup untuk tampung pengajian aku hingga tamat pengajian tetapi apabila pembeli ingin memasukkan duit ke akaun bank akhirnya rahsia terbongkar. Abang menentang habis-habisan hingga ugutan lawan di atas meja peguam sedangkan kami juga pemilik tanah. Terma dan syarat yang baru dibuat lagi, arwah emak berpesan melarang jual tanah dan tanah itu disimpan untuk anak cucu sedangkan aku hidup sebatang kara tidak ada isteri dan tidak ada anak.
Aset tiga bidang tanah terbiar ini tidak boleh dibuat apa-apa juga. Pada pandangan aku aku apabila tanah ini dijual satu bidang pun aku masih ada dua lagi bidang tanah dan tanah itu masih boleh dimajukan. Sungguhpun begitu penjualan tanah terpaksa dibatal jika lawan pun yang menang jadi abu dan yang kalah jadi arang jadi untuk kebaikan bersama kami mengalah tetapi bukan bererti kami kalah.
Berkat usaha yang tidak mengenal erti putus asa akhirnya pada September 2017 abang bersetuju untuk membenarkan niat aku jual tanah pusaka bahagian aku yang di Rancangan Apas Balung dari arwah bapa. Harapan kembali cerah untuk aku sambung belajar dan umpama melihat sedikit sinar cahaya di hujung terowong yang sangat gelap. Pada masa yang sama aku menerima mesej daripada OUM peringatan bil tertunggak yang dihantar melalui SMS untuk meminta aku menjelaskan yuran pengajian di kolej berjumlah seribu tiga puluh lima Ringgit Malaysia. Dengan tidak berlengah aku membawa geran tanah ini ke kolej tetapi pihak kolej tidak terima geran tanah sebagai cagaran hanya ingin duit tunai dan aku diberi peluang tempoh pembayaran sehingga Januari 2018.
Ketika ingin pulang dari kolej seorang sekuriti memanggil aku dan berminat ingin beli tanah ini dengan tawaran harga lima puluh ribu Ringgit Malaysia. Untuk membuat keputusan aku minta tempoh masa dua minggu berbincang dengan keluarga. Dalam perjalanan pulang fikiran aku melayang terus ke tempat abang nombor tujuh Omar yang memang pakar dalam bidang penjualan tanah dan dia memberi pendapat bahawa tanah itu dijual dengan cara dibuat lot-lot kecil seperti rumah perumahan maka nilai jualan tanah meningkat empat kali ganda jadi penjualan tanah kepada sekuriti kolej dibatalkan.
Oleh kerana kebetulan abang bekas pesara Jabatan Tanah Dan Ukur maka dia yang diberi tugas untuk membuat pelan itu. Abang sudah pun membuatkan pelan tanah ini menjadi lot-lot kecil untuk dijual. Ketika penjualan bermula ada lagi cadangan supaya tanah dijual kepada keluarga terdekat sahaja. Ada lagi dihantar berita mengatakan jika menjual tanah pusaka akan ditimpa penyakit misteri sukar dirawat dan akhirnya si penjual akan mati kerana menjual tanah sedangkan pembeli sudah ada jadi penjualan tergendala lagi. 2018 semakin hampir tetapi penjualan tanah masih belum berhasil jadi yuran masih tertunggak tetapi pihak OUM belum menghantar Mesej lagi tentang bil tertunggak. Sungguhpun begitu hutang tetap akan dibayar.
Pada akhir tahun 2017 seorang anak saudara berminat untuk beli tanah pusaka yang di Kampung Kinabutan Besar dengan niat murni ingin bantu aku sambung belajar dan pada masa sama dia dapat membantu keluarga yang susah. Untuk ambil keputusan beli tanah ini bukan perkara mudah kerana duit perlu dikeluarkan untuk beli tanah bukan alang alang banyaknya dia juga perlu menimbang banyak perkara memakan masa sangat panjang di antara komitmen terhadap keluarga sendiri atau bantu aku. Penantian satu penyiksaan 2018 sudah tiba dan sudah bergerak hingga pertengahan tahun tetapi tiada apa apa khabar berita dikirimkan.
Pada 3 Jun 2018 seorang kawan karib memperkenal aku sebuah syarikat pelaburan yang diberi nama Big Data International Group (BDIG) tempoh matang seratus hari harapan besar diletak pada BDIG ini dapat bantu harapan aku. Dijangka pertengahan tahun 2019 pelaburan ini akan beri hasil cukup untuk aku belajar. Skim cepat kaya ini selalunya penipuan tetapi ini sahaja jalan terakhir boleh dipilih, Pelaburan duit di sini menyerah pada tuhan sahaja sebab kalau fikir cara pelaburan ini boleh masuk akal juga. Tunggu dan lihat sahaja nanti hasilnya.
Satu tahun menanti pelaburan ini matang memang banyak suara suara sumbang dilontarkan. Seorang anak saudara suka mengisi masa lapang berbual dengan aku. Dia menyampai gurauan berbisa. Lebih baik aku jangan sambung belajar pada usia tua kerana ini perbuatan sia sia. Ramai kawannya yang punya kelulusan diploma tetapi belum ada pekerjaan, resumi semua dibuang di dalam tong sampah sahaja. Kelulusan diploma berlambak sekarang saingan sangat tinggi jadi kalau jual tanah sila katanya tapi jangan sambung belajar dan duit itu harus disimpan untuk masa depan. Kalau belajar semata mata untuk kepuasan diri sendiri lebih baik lupakan hasrat itu kerana peluang pekerjaan sudah tertutup rapat. Dia juga menawarkan diri untuk menyara hidup aku hingga akhir hayat dengan beri wang RM150.00 setiap bulan dan setiap awal tahu beri RM2500.00 dengan syarat jangan sambung belajar. Pada pandangan aku tawaran ini harus fikir secara mendalam cuba bayangkan di antara kita tidak ada sesiapa tahu bila nyawa ditarik kerana usia muda pun ada yang mati dulu. Dalam pergaulan sehari hari sebagai manusia biasa kita mesti melakukan kesilapan segala bantuan boleh ditarik pada bila bila masa, Ekonomi aku digenggam oleh orang lain segala perarakan terbatas. Bagi aku belajar bukan lagi untuk merebut peluang pekerjaan dengan kerajaan kerana itu perkara mustahil tetapi aku belajar untuk kegunaan perniagaan aku yang sudah 26 tahun masih statik. Memang ada juga orang berjaya tanpa sekolah tinggi tetapi jika dihitung peratusan lebih tinggi orang yang ada kelulusan memegang perniagaan besar. Bukti paling jelas aku sudah boleh menulis artikel panjang ini sedangkan aku belajar baru tiga semester bayangkan kalau empat tahun berapa banyak ilmu yang boleh disimpan didalam kepala aku.
KESIMPULAN
Untuk menggenggam sebuah kejayaan tidak mudah usaha keras harus dibuat secara berterusan segala rintangan dan cabaran harus dihadapi dengan kepala dingin kerana yang pipi tidak akan datang melayang yang bulat tidak datang bergolek. Aku menanam keazaman kuat untuk mencapai kejayaan di dalam usia lewat bukan untuk sekadar mengisi kepuasan diri tetapi untuk membantu bidang perniagaan yang aku pegang sudah 26 tahun ketika ini ingin dimajukan tetapi jika tanpa tambah cukup ilmu tidak mungkin ia bergerak seiring dengan peningkatan usia.
Pada April 2016 sebuah media sosial menyiarkan artikel dapat meningkat semangat aku bahawa peluang belajar untuk capai impian sebenarnya masih terbuka luas yang mana di kalangan graduan menerima ijazah itu ialah seorang warga emas dari Jepun bernama Shigemi Hirara (2016) berusia 96 tahun. Dia diiktiraf oleh “Guiness World Of Record” sebagai pelajar tertua di dunia dari Universiti Kyoto menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Seramik di dalam fakulti Seni dan Reka Bentuk. Dia diberi perhatian bagaikan selebriti terkenal ketika di kampusnya. Dia tamat pengajian di dalam tempoh sebelas tahun pada Mac 2016. Dia dilahirkan pada 1919 di sebuah ladang di Hiroshima yang pada ketika itu tentera bersekutu dan Jerman memeterai “Perjanjian Versailles”. Waktu ini dia dikurniai empat orang cicit serta matlamatnya ingin hidup capai usia seratus tahun jika kesihatan mengizinkan. Dia merasa lebih seronok sambung belajar dan ingin cipta lebih banyak lagi rekod warga emas di Jepun. Jepun disenarai di antara salah sebuah negara maju dan sebilangan warganya aktif membuat aktiviti pada usia ketika bersara. Statistik dikeluarkan empat puluh enam orang daripada seratus ribu rakyat Jepun berusia lebih seratus tahun.
Kuala Lumpur Pusat Dagangan Dunia Putra (P.W.T.C.) warga emas Kamarudin Uda Menun pada 2013 berusia 82 tahun menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) di Universiti Terbuka Malaysia (O.U.M) pada konvokesyen ke15 dan Ijazah dianugerah oleh presiden juga naib canselor OUM Tan Sri Anuwar Ali. Kamarudin Uda Menun berasal dari Pasir Salak, Ipoh Perak, lima orang anak, empat belas orang cucu dan satu orang cicit. Niatnya belajar ingin mencabar anak-anak cucu dan anak-anak muda belajar untuk membina masa depan yang lebih baik. Jika diberi umur panjang dan diberi kesihatan dia ingin sambung belajar ke peringkat selanjutnya. Johor Baharu Kwok Yan Chee (2016) graduan berusia 78 tahun mencipta sejarah graduan paling veteran menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) pada konvokesyen ke56 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Dia sekarang berkerja sebagai seorang cikgu tuisyen sambilan dan pernah mengajar di empat buah sekolah di Selangor dan di Kuala Lumpur dalam tempoh tiga puluh dua tahun sebelum bersara dan selanjutnya menyambung belajar. Dia terpaksa menghabiskan masa cuti hujung minggu untuk belajar dan pada hari biasa mengajar sebagai cikgu tuisyen. Walaupun dia berusia emas namun pensyarah dan rakan-rakan kelas tidak pilih bulu membantu dia untuk membuat tugasan dan membuat experimen. Dia juga bukan dilahirkan sebagai seorang pelajar terbaik dan pernah mengulang belajar beberapa subjek bagi merentas cabaran sebelum mengecapi kejayaan.
Pulau Pinang Ooi Lay Geok (2015) berusia 63 tahun membuktikan usia tua bukan halangan untuk menggenggam kejayaan dalam bidang akademik. Dia menerima Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial pada konvokesyen ke52 Universiti Sains Malaysia (USM) dalam tempoh empat tahun. Dia berasal dari Nibong Tebal Pulau Pinang memegang jawatan terakhir sebagai Pembantu Tadbir USM pada 2004. Cabaran utamanya belajar ialah faktor usia, kesukaran mengendali tugasan dan kesukaran menduduki peperiksaan sungguhpun demikian keinginan untuk mencapai kelulusan di peringkat lebih tinggi menjadi kenyataan. Semua ini dilakukan atas galakan daripada pensyarah serta galakan rakan-rakan kuliah. Selepas ini impiannya ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Keperluan global selari dengan pembangunan negara Malaysia menuju ke arah sebuah negara maju dengan wawasan 2020 oleh itu sumbangan kepakaran daripada semua golongan usia sangat perlu untuk membangun agama, bangsa, dan negara. Untuk mencapai status sebuah negara maju selain menghasil bangunan yang cantik cantik negara itu juga melahirkan ramai manusia sihat yang berusia lebih seratus tahun. Di antara langkah sokongan yang boleh dilaksana umpamanya mengamalkan cara hidup sihat, aktif di dalam sukan olahraga, mengubah pemakanan dan mengenali makanan yang boleh mengawal kolesterol.
Melahirkan pelajar lanjut usia bukan jadi masalah untuk turut serta menyumbang pembangunan negara kerana dengan kelulusan yang ada mereka kreatif boleh mencipta kerjaya sendiri. Mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat adalah tema kami di OUM. Kerana golongan ini minat belajar peratusan nya kecil jika kolaborasi antara dua pihak iaitu pihak berwajib dan pakar kesihatan adalah lebih baik mengadakan inisiatif beri pinjaman PTPTN kepada pelajar lanjut usia dengan syarat lulus pemeriksaan kesihatan (Medical Check Up) diberi peluang kedua menyambung pelajaran di peringkat tinggi dengan diberi subsidi khas.
TANAH UNTUK DIJUAL
Untuk pembeli lebih faham saya mengurai sedikit tentang situasi tanah ini. Letaknya di Kampung Ranggu batu 9, lot 4 Lorong OT Abtil Tawau, (berhampiran Perumahan Taman Desa Ranggu) ukuran luasnya 2,500 kaki atau 50 kaki x 50 kaki (panjang x lebar), dari bandar Tawau perjalanan dicatat masa 30 minit dengan menaiki kenderaan awam. Dari jalan besar kita akan membelok ke kiri simpang Lorong OT Abtil sejauh 500 meter dan melalui jalan simen. Ada empat buah rumah didirikan di lorong ini. Tiap rumah letaknya berdekatan berdekatan pada jarak 100 meter lebih kurang. Dua buah rumah dibina daripada papan dan dua buah lagi dibina daripada batu bata.
Dari simpang masuk lorong OT Abtil pertama kita melihat sebuah rumah batu letaknya di sebelah kanan. Itu ialah rumah kakak nombor empat namanya Saadiah dan mereka berpindah di sini sejak 2004. Empat buah rumah di sini semua dibina di sebelah kanan. Rumah kedua dibina daripada papan papan. Itu rumah abang ketujuh namanya Omar. Mereka pindah di sini sekitar tahun 2000. Rumah ketiga dibina daripada rumah batu bata juga agak kecil. Itu rumah adik yang kesepuluh namanya Ahmat. Dia seorang Orang Kurang Upaya (OKU) akibat kemalangan jalan raya di Bagahak Lahad Datu ketika memandu lori treler yang mengangkut minyak kelapa sawit dari Lahad Datu ke Tawau. Rumah itu dibina sumbangan ihsan daripada Jabatan Tenaga Kerja Tawau. Berpindah di sini pada 2013 dan pada 2017 dia berpindah ke Kota Kinabalu dan rumah itu dijadikan tempat menyimpan perkakas automotif. Rumah keempat dibina daripada papan dan batu bata satu tingkat. Itu rumah Juhan adik yang kesembilan, dia berpindah di sini pada 1996. Kemudian barulah kita sampai di lokasi tapak tanah dijual ini. Berikut adalah spesifikasi tanah.
1.Tanah untuk dijual luasnya : 50’ x 50’ (236.28sqm). Harga tanah : berubah mengikut pasaran tanah. Alamat lokasi tanah : Di Kampung Ranggu batu 9, Nombor 4 - 12 Lorong OT Abtil, 91000 Tawau. Ini nombor telefon bimbit atau whatsap tuan tanah : 0198042240. Jenis tanah : N.T. Untuk nota tanah yang di Kampung Ranggu waktu ini dilarang jual tetapi pada masa hadapan mana tahu keadaan sudah berubah boleh pula dijual. 2. Sebagai pilihan kedua tanah untuk dijual letaknya di Kampung Blok 31 yang di sini tanah diukur luas sedikit 60 x 70 kaki
RUJUKAN
Lelaki Tertua Di Dunia Terima Ijazah Di Usia 96 Tahun (2016) [atas talian] Sumber: http://www.kedahnews.com/2016/06/lelaki-tertua-di-dunia-terima-ijazah. di.html?m=1 (3 Mei 2016)
Syuhadah Binti Abdul Aziz (2015) [atas talian] sumber; http://pendaftar.usm.my/index.php/ms/ak/209-warga-emas-antara-kumpulan-pertama-peroleh-ijazah-sarjana-muda-kerja-sosial (18 Mei 2016)
Ts Loo (2016) [atas talian] sumber: http://103.17.211.14/portal.php?mod=view&aid=27693. (6hb Mac2017)
Usia Bukan Halangan Peroleh Ijazah (2016) [atas talian] Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/04/25/usia-bukan-halangan/ (25 Mei 2016)
Warga emas 82 tahun antara penerima ijazah muda kepujian (2013) [atas talian] Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131215/dn_23/Warga-emas-82-tahun-antara-penerima-ijazah-muda-kepujian (15 Mei 2016)
suntingan terakhir 10 Julai 2019 3:50 am
ditulis Selasa 3 Mei 2016
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0Catat Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0