google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Bukit Pancang (Bukit Tinagat Tawau)google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0Masalah pokok apabila pendaki meletak motosikal di kaki bukit ia menjadi halangan kepada tuan tanah mengangkut barang ke rumah mereka kerana dihalang oleh motosikal yang banyak diletak di situ secara tidak bertimbang rasa. Oleh itu pendaki ingin meletak motosikal di kaki bukit tuan tanah meletak papan tanda dengan bayaran tertentu. Pendaki bukan semua mampu jadi mereka memilih meletak motosikal di dalam semak di sekitar rumah itu juga. Di kaki bukit ini jalan kebanyakan tanah milik persendirian, mereka letak palang besi dan rantai besi.
Saya berpendapat jika pengusaha tempat meletak kenderaan itu kreatif ia boleh menjana pendapatan sampingan lebih mudah. Jika mereka meminta bayaran berpatutan kepada setiap motosikal. Bayangkan anggaran kasar 30 buah motosikal seminggu diletak di situ. Dengan mudah dia dapat pendapatan sampingan untuk hari itu. Contoh terbaik pengusaha letak kereta di batu 15 Apas. Pelanggan pergi ke lapangan terbang dan kereta diletak di kawasan rumah pengusaha. Motosikal diletak perlu ruang kecil sahaja, jika disusun baik baik ia boleh meletak motosikal lebih banyak.
Minggu lalu saya sudah menyahut cabaran Kak NAI tetapi saya tewas separuh bukit sahaja saya terpaksa berpatah balik kerana saya pitam setelah 46 minit berehat baru saya boleh bergerak turun secara perlahan lahan. Sebenarnya saya terlalu yakin boleh sampai ke puncak dengan mudah. Dari kaki bukit lagi saya berlari tanpa henti sampai di pertengahan bukit jejak pendakian jarak 900 meter saya mengambil masa 20 minit sahaja. Masa berehat itu rakan pendaki bagi saya segelas air sejuk dengan ketulan ais batu di dalamnya. Setelah minum air ais itu tiba tiba pandang gelap dan pitam.
Bagi golongan konservatif mereka sentiasa gagal kan anda dengan contoh contoh yang memperdaya orang lain. Ya itu hanya kata kata tetapi persepsi orang berubah terhadap anda, apa pun anda lakukan mereka akan pandang sinis. Hinggakan mereka anggap Kak NAI contoh pembunuh. Sebab saya mendapatkan rawatan Asma malam selepas mendaki. Semasa di wad kecemasan saya dibenarkan keluar awal. Sebelum mendaki sebenarnya saya diserang Asma jam 2 pagi tapi jam 6 pagi itu Asma hilang. Saya ambil keputusan signifikan sebab esoknya PM mengumumkan Perintah Kawal Pergerakan (PKP)
Untuk pendaki yang berusia emas pastikan badan cukup mantap Insya-Allah pasti sampai ke puncak. Setelah saya buat kajian anda harus amal diet sihat. Makanan kalium tinggi sangat sesuai bagi penghidap tekanan darah tinggi seperti saya. Ia sangat sesuai dimasukkan ke dalam senarai diet sihat. Contohnya ubi kentang dan semua jenis ubi. Buktinya saya sendiri minggu lalu tewas di pertengahan perjalanan, tetapi minggu ini berkat azam tinggi sahut cabaran Kak NAI akhirnya saya sampai di puncak dengan kepuasan tidak terkata melihat kebesaran tuhan. kak NAI menyeru saya baca doa kesyukuran sampai di puncak bukit.
Sebelum mendaki sebenarnya saya memikir banyak maslah yang menakutkan seperti sesat di dalam hutan dan macam macam lagi. Jika anda berfikiran positif Insya-Allah segala halangan akan hilang. Semasa belajar di universiti dahulu. Ehem... walaupun separuh jalan sahaja. Kami disuruh pilih seorang IDOLA untuk berjaya. Saya memilih kak NAI usia 65 tahun, dia telah mendaki bukit di banyak tempat dan aktif joging. Dia juga mencabar saya joging sehingga 8 km, Jadi saya rasa dia paling tepat menjadi IDOLA sukan terbaik saya. Dia tidak terkenal tapi saya cukup mengenalinya.
Jika anda ikut IDOLA secara membabi buta itu tindakan kurang bijak. Cuba fikir usia mudah dan usia emas sudah terang berbeza. Jadi jika ingin kesihatan di tahap optimum buat pengajian tentang pendakian bukit seperti setelah semua otot kuat terutama otot paha, jika kuat semangat sahaja ia akan jadi sia sia sebab sekali anda tewas maka anda tidak mahu mencuba lagi sampai bila bila tetapi jika anda semangat kuat dan berdoa ingin sihat insya-Allah tuhan mengurniakan kesihatan minda dan fizikal kepada diri anda sendiri. Saya tewas minggu pertama dan samai di puncak minggu ke dua.
Jika ingin maju berubahlah dengan ilmu yang mencukupi. Kerana jika berubah hanya sekadar ikut ikut sahaja ia tidak akan sampai ke mana. Manusia ini unik apabila dia telah bosan satu perkara ia akan menganggap aktiviti itu sudah tidak seronok lagi walhal ia baik untuk terus sihat. Untuk mengekalkan stamina anda harus kreatif dalam memilih sukan sesuai untuk kesihatan diri anda sendiri. Hanya badan sihat membentuk minda berinovatif. Berubah mudah tetapi mempertahankan kesihatan itu cabaran terbesar.
Sukan mendaki sangat baik untuk kesihatan. Menurut sebuah artikel di Harian METRO, dengan mendaki bukit ia boleh kawal tekanan darah tinggi, mencegah kencing manis, mencegah sakit jantung koronari. Jika penghidap penyakit tekanan darah tinggi seperti saya sukan olahraga paling sesuai. Jika badan cukup FIT barulah mendaki bukit. Bagi saya ingin sangat mendaki bukit setelah joging dua tahun barulah IDOLA sukan saya Kak NAI mencabar saya mendaki bukit. biar lambat asalkan sampai jangan seperti arnab sangat laju tapi tertidur akhirnya kura kura menang.
Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0Catat Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0