google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 PECAH TANAH KL PWTC SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

PWTC Kuala Lumpur; Sempena Perhimpunan Agung UMNO ke70 pada hari ini turut diadakan upacara pecah tanah bangunan UMNO baru yang ke dua dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak sebentar tadi. Bangunan ini diberi nama Kompleks Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) Lokasi bangunan terletak di kawasan medan letak kereta, di Hentian Putra berhadapan PWTC.

Bangunan ini uniknya dibina dengan ketinggian 70 tingkat sebagai simbolik bagi mengingati 70 tahun penubuhan parti UMNO. Ia juga sebagai tanda menghargai jerih payah pejuang-pejuang tanah air pada zaman dahulu dan yang terkini mempertahankan parti UMNO. UMNO diasaskan oleh Dato Onn Jafar, selanjutnya ditubuhkan pada 11 Mei 1946 setelah itu digantikan oleh Tunku Abdul Rahman kemudian dilantik menjadi presiden UMNO pada Ogos 1951. Pada 1955 pilihan raya pertama diadakan dan parti campuran UMNO, MCA dan MIC (parti PERIKATAN) menang 51 kerusi daripada 52 kerusi ditandingi. Pada tahun itu juga Tunku melakukan rundingan kemerdekaan kali kedua di London akhirnya berjaya. Setelah itu balik ke Malaysia dan diputuskan pada hari tarikh Sabtu 31 Ogos 1957 untuk dipilih sebagai hari kemerdekaan yang diadakan di Padang Kelab Selangor. Kuala Lumpur pada malam 30 Ogos 1957 tepat 12:00 tengah malam bendera kerajaan British UNION JACK diturunkan dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan sebagai simbolik bermulanya kerajaan Malaysia bersama parti UMNO yang merdeka. Tuanku Abdul Rahman memegang jawatan presiden UMNO selama 20 tahun hingga 1971. Di bawah ialah  pemimpin yang dilantik untuk menjawat Perdana Menteri dengan parti UMNO:

(1955 hingga 1970) Tunku Abdul Rahman                  :bapa kemerdekaan
(1970 hingga 1976) Tun Abdul Razak Hussein           :bapa pembangunan.
(1976 hingga 1981) Tun Hussein Onn                          :bapa perpaduan.
(1981 hingga 2003) Tun Mahathir Muhammad           :bapa pemodenan,
(2003 hingga 2009) Tun Abdullah Ahmad Badawi     :bapa pembangunan modal insan
(2009 hingga 2018) Dato Seri Najib Tun Razak         :bapa transformasi (TN50).

Ahli UMNO yang kian bertambah ramai dan bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung aktiviti kemasyarakatan maka bangunan KLPWTC akan di buat lebih besar, luas dan selesa untuk menampung serta menghimpun lebih ramai rakyat yang boleh duduk bersama sama di satu tempat istimewa.

Parti ini memperjuangkan orang Melayu oleh itu keseluruhan penampilan bangunan KL PWTC mengutamakan penonjolan budaya Malaysia menerusi seni bina berasaskan pakaian tradisional Melayu, lipatan unik pada kain samping yang membaluti keris, ukiran hulu keris, lok keris yang membentuk mata keris sebagai simbolik transformasi nasional 50 (TN50). Bagi Dewan Putrade di bahagian hadapan luar corak tradisional kain samping diguna pakai. Reka bentuk dinamik berkonsepkan seni bina moden. KL PWTC kesemua komponen pembangunan seiring dengan projek River of Life serta Projek Laluan Pejalan Kaki Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang dicipta untuk pembangkit suasana ceria pada masa yang sama memperkenal gaya hidup sihat.

Menara ini dibina dengan keluasan lantai 111, 484 meter persegi dan dilengkapi 45,675 meter persegi keluasan Dewan Putrade yang boleh menampung 54,000 tetamu pada satu-satu masa. Digunakan untuk program umpamanya persidangan dunia, ekspo, konvensyen, perkahwinan dan sepertinya. Pembangunan semula Dewan Tun Razak 1 dan 2 dengan 26,630 meter persegi keluasan setinggi dua tingkat sebagai sebuah dewan baharu yang lebih luas bertaraf dunia dan mengayakan konsep seni bina moden. Dewan ini dilengkapi kemudahan baru serta tempat diadakan acara tempatan dan acara antarabangsa umpamanya pertunjukan budaya, persidangan, konsert dan sepertinya.

Islam dipilih sebagai agama rasmi di Malaysia dan ketika perhimpunan perhimpunan penting oleh yang demikian masalah solat diambil berat di dalam pembinaan menara ini. Di kawasan berdekatan terdapat sebuah masjid terapung dengan kapasiti sehingga 5000 jemaah. Menempatkan pejabat dan 250 bilik hotel bertaraf enam bintang. Di tingkat atas bangunan menjanjikan panorama bandar raya Kuala Lumpur dengan terdapat restoran serta ruang rehat. KL PWTC menyediakan 48,978 meter persegi keluasan ruang podium beli belah dengan ketinggian dua tingkat untuk pelancong dalam dan luar negara. Projek pembinaan menara ini akan diserahkan kepada syarikat Malaysian Resources Berhad (MRCB). Pada 11 Mei 2017 kerja- kerja fizikal pembinaannya akan dimulakan. Tempoh masa siap dijangka lingkungan sekitar lebih kurang empat tahun pada tahun pada 2021. Menara KL PWTC ini apabila pembinaannya siap nanti akan ditempatkan ibu pejabat UMNO yang baru dan pengurusan pejabat dapat dikendalikan dengan lebih baik.

Razeligh Hamzah orang yang berperanan besar dalam pembinaan bangunan UMNO pertama. Pada 1971 usul pembinaan PWTC bermula. Pada 1972 UMNO meluluskan urusan jual beli tanah seluas 4 hektar di Jalan Tun Ismail. Empat tahun kemudian pada 1979 Ahli Majlis Tertinggi UMNO meluluskan reka bentuk bangunan PWTC. Hisham Al Bakri adalah seorang arkitek tempatan yang dipilih bagi mereka bentuk bangunan PWTC bagi mengelak pengaliran duit keluar negara. Bangunan ini ditaksir bernilai RM180 juta dengan bina keluasan lantai 157,935 meter persegi, ruang pameran 23,504 meter persegi dan ketinggian 42 tingkat.

Bangunan UMNO ini diberi nama Menara Dato’ Onn dan Bangunan Tunku Abdul Rahman, Pada 1985 bangunan ini telah dirasmikan serta ditukar dengan nama PWTC. Sementara menara KLPWTC dibina pada masa yang sama PWTC yang sedia ada Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail akan di naik taraf sebagai tempat untuk diadakan acara korporat, pusat perniagaan setempat dan seumpamanya. Selain dari itu Menara Dato’ Onn iaitu ibu pejabat UMNO sekarang serta Dewan Merdeka PWTC juga akan di naik taraf. PWTC sudah banyak menabur jasa kepada pembangunan negara Malaysia dengan dibina Menara KLPWTC nanti Malaysia akan bergerak lebih maju ke hadapan lagi.

Malaysia masih mempunyai sumber kewangan yang kukuh ini dibuktikan dengan pelancaran pembinaan bangunan UMNO baru KL PWTC bernilai RM3.5 bilion. Bangunan ini juga bakal jadi sebagai mercu tanda baru ibu negara. 

Kerajaan UMNO dan BN sekarang sudah ditukar dengan kerajaan baru diberi nama Pakatan Harapan dan Tun Mahathir Muhammad Dilantik sebagai perdana menteri jadi apa kesudahan projek KLPWTC ? Diharap berjalan lancar.  


RUJUKAN
Ahmad Fitri Yahya (2016) Perhimpunan Agung UMNO 2016. Sumber tv3 siaran langsung dari          PWTC [29 November 2016]
Astro Awani (2016) [atas talian] sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kompleks-kl-  pwtc-bakal-jadi-mercu-tanda-baharu-ibu-negara-124197?amp=1 (Selasa 29 November 2016 18:21  MYT)
Najib lancar KL PWTC (2016) [atas talian] sumber: http://www.bharian.com.my/node/218102/amp  (Selasa 29 November 2016 6:09 PM)
KL PWTC, ibu pejabat UMNO baharu setinggi 70 tingkat bernilai RM3.5 bilion (2016) [atas talian]  sumber : https://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1024054 (selasa 13  September 2017)

Edit terakhir: 31 Julai 2018






google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Ulasan

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0