google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Valentino Rossi 46 Catat Sejarah Motogp Bersama Yamaha YZR-M1google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

 




VALENTINO ROSSI 2016



VALENTINO ROSSI 2021

Pengenalan
Pada 21 Disember 1904 Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) ditubuhkan pertama kali dengan nama Federation Internationale De Club Motocayclistes (FICM) di Paris, Perancis dan Pihak British dengan Persatuan Auto Caycle (ACU) adalah di antara salah satu ahli daripada pengasas pertubuhan ini tetapi hanya dua tahun ditubuhkan pada tahun 1906 ia dibubarkan. Pada tahun 1912 ia ditubuhkan semula dengan ibu pejabat berpindah lokasi di England. Pada tahun 1949 nama itu ditukarkan kepada Federation Internationale Motocycliste (FIM), pada masa sama orang awam menyaksikan lumba motosikal Kejuaraan Dunia Moto GP yang pertama. Pada tahun 1959 Ibu pejabat FIM dipindahkan ke lokasi baru di GENEVER Switzerland. Pada 1994 khabar gembira diterima apabila ibu pejabat FIM memiliki bangunan sendiri di MIES Switzerland yang mana bangunan ini diciptakan dengan gaya seperti bentuk motosikal. Ia digunakan sebagai pentadbiran moto GP hingga hari ini. 1998 kongres di CAPE TOWN, Afrika Selatan bersetuju menukarkan nama Federation Internationale Motocycliste (FIM) kepada nama Federation Internationale de Motocyclisme atau Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM). Selanjutnya pada tahun yang sama Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa memberi pengiktirafan status sementara kepada FIM, Pada tahun 2000 organisasi ini mendapat status penuh ketika Sukan Olimpik di Syedny Australia. Semenjak tahun 2006 hingga tahun 2018 Vito Ippolito presiden FIM pertama bukan Eropah dipilih tiga penggal berturut-turut. Pemilihan presiden diadakan setiap empat tahun. Dia berasal dari VENEZUELA, sebuah negara republik yang terletak di utara Amerika Selatan. Dia lahir pada 3 Februari 1952 di CARACAS, masa catatan ini ditulis dia berusia 69 tahun. Pada 2019 Jorge Viegas diangkat jadi presiden FIM tempoh empat tahun. 1992 DORNA SPORTS diberi hak penuh untuk menyiarkan semua acara komersial dan penyiaran televisyen yang berkaitan acara Kejohanan Dunia Moto GP. Syarikat DORNA diasaskan pada 1988 milik Bridge POINT yang beribu pejabat di MADRID SPANYOL CAMELO EZPELETE (CEO) dan ENRIQUE ALDAMA (COO/CFO) adalah Individu terpenting Syarikat DORNA. Mereka mempunyai cawangan di BARCALONA, ROME dan Tokyo.

YAMAHA YZR-M1 antara terbaik dalam kelas moto GP. Dari tahun 2002 hingga 2020 YAMAHA bersama VALENTINO ROSSI mengumpul mengumpul 3687 mata. Sejak 2004 YAMAHA merangkul tujuh kali gelaran juara dunia iaitu empat kali bersama VALENTINO ROSSI pada, 2004, 2005, 2008, 2009, dia pelumba legenda terkenal dengan nombor 46 dan dia diberi gelaran THE DOCTOR, dan tiga kali bersama JORGE LORENZO pada 2010, 2012, 2015, dengan motosikal nombor 99. Pada 21 Jun 2015 YAMAHA YZR-M1 memperkenalkan teknologi “YAMAHA CHIP CONTROL THOTTLE” (YCC-T) ia berfungsi mengawal sistem pengaliran udara masuk ke dalam ruang pembakaran. Pada masa sama Unit Kawalan Elektrik (ECU) boleh mengawal gerak buka katup THROTTLE sesuai dengan keperluan keadaan mesin ketika itu. Apabila enjin YCC-T sampai ke tahap kekurangan bekalan udara ketika kelajuan tinggi maka ECU membuka ruang udara lebih luas supaya campuran udara dan bahan bakar sentiasa cukup masuk ke dalam ruang pembakaran, ia berfungsi secara automatik. Dengan ini enjin menghasilkan kuasa sangat memberangsangkan dan cekap tenaga. Kerana YZR-M1 membangunkan enjin dengan sistem elektronik yang sukar ditandingi ia cemerlang tahun 2015. YAMAHA memilih pelumba yang mempunyai prestasi cemerlang dalam bidang pemotoran. Bagi anda yang mengatakan VALENTINO ROSSI harus bersara pada usia 41 tahun saya ada alasan kukuh dan membantah keras pandangan itu. Ini ialah sebab saya terus menyokong VALENTINO ROSSI R terus berkarya di atas litar lumba moto GP sehingga bersara. Pada tahun 2015 VALENTINO ROSSI tewas kerana insiden antara VALENTINO ROSSI dan Mac MARQUEZ di litar Sepang, sebagai denda VALENTINO ROSSI dipotong 3 mata kemenangan dan dia diletak di baris paling belakang dalam satu siri perlumbaan, akhir perlumbaan VALENTINO ROSSI berjaya naik podium ia petunjuk VALENTINO ROSSI terbaik sekalipun FIM telah menjatuhkan denda berat kepada VALENTINO ROSSI. Ke dua dia tercicir satu siri perlumbaan kejuaraan Dunia Moto GP kerana kakinya cedera dalam kemalangan lumba motocross. Dia menduduki tempat ke dua di belakang JORGE LORENZO juara Dunia 2015. Dia ketinggalan 7 mata itu jurang terlalu kecil. Tahun 2020 dia gagal turut serta Moto GP akibat positif Covid-19. Pada 2021 kenyataan ini mungkin berubah kerana di awal musim dia mengutip mata kemenangan terburuk.


Penaja
Faktor lain menyokong kejayaan YAMAHA YZR-M1 bersama VALENTINO ROSSI 46 ialah penaja. Pada 2004 dua penaja menaja pasukan YAMAHA YZR-M1 iaitu FORTUNA menaja CARLOS CHECA pelumba motosikal (Nombor 7) dan GAULOISES menaja VALENTINO ROSSI pelumba motosikal (Nombor 46) dan di akhir musim VALENTINO ROSSI juara dunia 2004, Kejuaraan Dunia Moto GP. Pada 2005 GAULOISES menaja pasukan YAMAHA YZR-M1 dengan dua pelumba iaitu VALENTINO ROSSI pelumba motosikal (46) dan COLIN EDWARDS pelumba motosikal (5) dan di akhir musim VALENTINO ROSSI juara dunia 2005. Pada 2006 CAMEL menaja pasukan YAMAHA YZR-M1 dengan dua pelumba VALENTINO ROSSI pelumba motosikal (46) dan COLIN EDWARDS pelumba motosikal (5). 2005 VALENTINO ROSSI gagal mempertahankan Kejuaraan Dunia Moto GP, Bagi saya kekalahan ini kerana pembatalan penaja yang berasaskan rokok, CAMEL terpaksa akur dan membatalkan kontrak lebih awal kepada dua pelumba VALENTINO ROSSI dan COLIN EDWARDS. Ia dilakukan kerana menyahut seruan kempen seruan Tidak Merokok Sedunia FIM menguatkuasakan serta merta undang-undang ini tanpa kompromi. Pada 2007 hingga 2011 FIAT menaja YAMAHA YZR - M1 dengan dua pelumba VALENTINO ROSSI pelumba motosikal (46) dan JORGE LORENZO pelumba motosikal (99). Dengan semangat baru VALENTINO ROSSI kembali merebut gelaran juara dunia 2008 dan juara dunia 2009. JORGE LORENZO juara dunia 2010. FIAT dimiliki oleh Giovanni Agnelli pengusaha syarikat terkenal sebagai pengeluar kereta di Itali. Pada 2014 hingga 2018 MOVISTAR menaja pasukan YAMAHA YZR-M1 dengan dua pelumba VALENTINO ROSSI (46), dan JORGE LORENZO (99) tetapi pada 2017 JORGE LORENZO tamat kontrak lebih awal dan tempatnya diambil alih oleh Meverick Vinales (25). Lin JARVIS pemilik pasukan YAMAHA MOTOR RACING manakala Ceser Alierte pemilik TELEFONICA MOVISTAR yang merupakan sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Spanyol. Tahun 2019 hingga 2020 MONSTER menaja pasukan YAMAHA YZR-M1 dengan mengekalkan Maverick Vinales dan Valentino Rossi.

Perubahan Moto GP
Peredaran tempoh masa yang sentiasa berubah dari tahun ke tahun penampilan Moto GP juga turut berubah seiring pergerakan masa. Pada 1960 Lumba SLIDECAR 500 cc telah dimansuhkan iaitu motosikal dengan dipasang tempat duduk sisi. Pada akhir musim 1968 FIM buat perubahan besar iaitu kotak gear ditetapkan kepada had 6 kelajuan sahaja. Bagi enjin dua silinder ditetapkan kepada kelas 125 cc dan 250 cc dan bagi enjin empat silinder ditetapkan kepada kelas 350 cc dan 500 cc. Pada 1983 dua perubahan dilakukan iaitu memansuhkan kelas 350 cc dan sebagai pengganti memperkenalkan kelas 80 cc. Pada 1990 banyak rombakan telah di buat diantaranya bagi kelas 125 cc ditetapkan satu silinder sahaja, kelas 80 cc dimansuhkan, dalam lumba Moto GP tiga kelas sahaja diperkenalkan iaitu kelas 500 cc, kelas 250 cc dan kelas 125 cc. Pada tahun 2002 FIM memansuhkan enjin 2 lejang dan memperkenalkan enjin 4 lejang. Kelas 500 cc ditukar kepada kelas Moto GP, enjin kapasiti 990 cc, dan ia dijadikan sebagai kelas utama. Pada 2005 FIM menetapkan bagi kelas 125cc umur 28 tahun minimum dan bagi pelumba “WILD - CARD” umur 25 tahun minimum. Ia pelumba yang diberikan peluang mengikuti satu siri perlumbaan tanpa ikut semua siri perlumbaan. Pada 2007 kelas Moto GP enjin kapasiti 990 cc digantikan kepada enjin kapasiti 800 cc. Pada 2010 kelas 250c diberi nama Moto2 dan kelas 125 cc diberi nama Moto3. Pada penghujung musim tahun 2011 kelas Moto GP enjin kapasiti 800 cc ditamatkan dan pada awal musim tahun 2012 FIM memperkenal enjin kapasiti 1000 cc hingga sekarang 2019. Bagi setahun atau satu musim perlumbaan Kejuaraan Dunia Moto GP (World Championship Grand Prix) FIM sebagai penganjur menetapkan litar dan tarikh berlumba. Walaupun litar lumba banyak telah dibina tetapi tahun 2016 sejumlah 18 litar lumba sahaja yang mengambil bahagian dari 13 negara, antara senarai litar lumba moto GP utama di dunia.

Jarak Litar Lumba 
No Nama litar Jarak Unit Negara
1 AUATIN 5.513 km USA
2 a1 Ring 4.318 km AUSTRIA
3 Assend 5.997 km Belanda
4 Brno 5.403 km Chec Republik
5 Catalunya 4.727 km Spanyol
6 Donington Park 4.023 km British
7 ESTORIL 4.182 km Portugal
8 Jerez 4.423 km Spanyol
9 Imola 4.892 km Italy
10 Istanbul 5.333 km Turkey
11 Laguna Seca 3.602 km Amerik Syarikat
13 Le Manz 4.180 km Perancis
14 LOSAIL 5.400 km QATAR
15 MALCOM 4.242 km Afrika Selatan
16 Motegi 4.801 km Jepun
17 Mugello 5.245 km Italy
18 Nurburgring 5.148 km Jerman
19 Nelson Piquet 3.800 km Brazil
20 PHILLIP ISLEND 4.448 km Australia.
21 Pasir Gudang 3.860 km Malaysia
22 Paul Richad 3.800 km Perancis
23 Octo 5.900 km British
24 Red Bull 4.318 km USA
26 Sentul 3.965 km Indonesia
27 Sachsenring 3.675 km Jerman
28 Shanghai 5.545 km China
29 SUZUKZA 6.000 km Jepun
30 Sepang 5.458 km Malaysia
31 VALENCIA 5.419 km Spanyol

 Litar lumba paling panjang 6 Kilometer dan paling pendek 3.602 Kilometer, 5 Kilometer 10, 4 Kilometer 12, dan 3 Kilometer 5, Jumlah selekoh jarak lurus dan panjang litar lumba memberi kesan besar dalam Kejuaraan Dunia Moto GP. Contoh paling menarik menggunakan YAMAHA YZR M-1 enjin model lama 240 Kuasa Kuda yang pernah digunakan VALENTINO ROSSI jadi juara dunia tetapi dinobatkan Juara Dunia 2021 sedangkan YAMAHA boleh sahaja menggunakan enjin 245 Kuasa Kuda. Berat badan, kuasa kuda dan keadaan litar lumba banyak selekoh aci engkol satah silang sangat berkuasa di jalan berliku tetapi agak ketinggalan di jalan lurus. Percaturan berani mereka tahun 2021 menjadi kenyataan apabila YZR M-1 juara dunia 2021. 

Apabila perlumbaan tamat satu siri maka empat pemenang diberi mata istimewa iaitu yang pertama 25 mata, ke dua 20 mata, ke tiga 16 mata dan ke empat 13 mata. Pemenang di tempat ke lima 11 mata, ke enam 10 mata, ke tujuh 9 mata dan selanjutnya setiap pelumba dikurangkan satu mata di tempat masing-masing hingga tempat ke lima belas diberi 1 mata. Dalam satu siri perlumbaan pelumba diberi mata mengikut kedudukan tempat seperti jadual di bawah. Mata kemenangan :

Kiraan Mata 
Kedudukan : 1| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |7 | 8 | 9 | 10 | 11 |12 | 13 | 14 |15
Mata  : 25 | 20 | 16 | 13 |11 | 10 | 9 | 8 | 7 | 6 | 5 | 4 | 3 | 2 | 1

Setelah perlumbaan tamat satu musim pelumba mengutip mata tertinggi akan dinobatkan juara dunia. Mata kemenangan akan dipotong apabila berlaku perlanggaran undang-undang dalam satu perlumbaan dan sabit kesalahan maka FIM menjatuhkan hukuman setimpal. Umpamanya ketika di litar Sepang pada 2015 insiden di antara VALENTINO ROSSI dan MARC MARQUEZ. Hasil siasatan FIM memutuskan bahawa VALENTINO ROSSI menendang MARC MARQUEZ hingga jatuh, dia dikenakan denda sangat berat iaitu dipotong 3 mata dan diletakkan pada petak terakhir bagi satu siri perlumbaan. Walau bagaimana pun ramai peminat sukan moto GP tidak setuju dengan hukuman itu. Pada satu temu ramah VALENTINO ROSSI menjelaskan di tidak menendang MARC MARQUEZ tetapi kakinya terlepas dari pemijak kaki motosikalnya akibat dirempuh MARC MARQUEZ, rakaman video dari helikopter jelas tapi FIM buat keputusan muktamad. Semenjak insiden ini prestasi VALENTINO ROSSI menurun.

Juara dianugerahi piala World Championship Moto GP (Kejuaraan Dunia Moto GP). Seperti Marc Marquez juara dunia World Champion 2019 dan dianugerahi piala gelaran Kejuaraan Dunia Moto GP. Masa itu Marquez mengutip 420 mata, Andera Dovizsioso 269 mata, Maaverick Vinalies 211 mata, dan VALENTINO ROSSI 174 mata. Bagaimanapun VALENTINO ROSSI kekal di tempat teratas carta di dalam kedudukan ke keseluruhan kelas moto GP. Dia mula berkarya dalam moto GP sejak tahun 1996. Dia berlumba pertama kali di Litar Sepang dalam Moto3 dan tahun 1997 dia merangkul juara dunia. Pada tahun 1998 dia berpindah di kelas Moto2 dan tahun 1999 dia dianugerahi gelaran juara dunia. Pada tahun 2000 dia berpindah di kelas utama Moto GP dan tahun 2001 dia mendapat gelaran juara dunia. Berikut adalah kutipan mata peribadi VALENTINO ROSSI menunggang motosikal YAMAHAYZR-M1 dari tahun 2004 hingga 2020 Dia mengutip 3687 mata antara penyumbang mata terbesar kepada pasukan YAMAHA YZR-M1, Jadual 1 Kutipan mata VALENTINO ROSSI bersama YAMAHA YZR-M1. tahun 2011 dan tahun 2012 VALENTINO ROSSI bersama pasukan lain.

Jadual 1 :ROSSI kutip mata bersama YAMAHA YZR-M1
Tahun 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013 | 2014 | 2015 | 2016 | 2017 | 2018 | 2019 | 2020 
Mata : 304 | 367 | 247 | 241 | 373 | 306 | 233 | - - - | - - - |237 | 259 | 325 | 249 | 208 | 198 | 174 | 66 | Jumlah : 3687 mata
|
Kejuaraan Dunia Moto-GP dibuka kepada semua syarikat pengeluar motosikal di seluruh dunia.. Antara pengeluar dari dulu hingga kini yang mengambil tempat dalam kejuaraan ini ialah AJS, APRILLIA, BENELLI, DERBI, DUCAT, GILERA, HRLEY DAVIDSON, Honda, KREIDLER, KAWASAKI, KTM, Moto GUZZI, MONDIAL, MINARELLI, MORBIDELLI, MV AGUSTA. NORTON, SUZUKI, dan YAMAHA. Sebilangan daripada pengeluar terpaksa menarik diri kerana perlumbaan Moto GP memerlukan kos terlalu mahal. Pada tiga dekad ini pengeluar bersaing sengit ialah HONDA,YAMAHA, dan DUCATI .




YAMAHA YZR-M1 Spesifikasi teknikal

● Enjin.-
Kapasiti: 1000 cc, 4 silinder, 16 injap, 4 lejang, DOHC. Penghantaran : 6 kelajuan, jenis kaset manual berurutan. Kuasa; 245 HP (183Kw). Kelajuan; 340 km/j. Pembakaran: Sistem suntikan bahan api. Minyak pelincir: YAMALUBE. Bahan api: ENEOS, ini data tahun 2019

● Badan -
Berat :157 kg, tanpa penumpang (FIM standard), 225 kg dengan penunggang.
Dimensi : Panjang: 2060 mm (81 inci), lebar: 650 mm (26 inci), tinggi: 1150 mm, (45 inci) diukur dari satah ukuran yang sama. Jarak roda: 1450 mm (57 inci) diukur dari pusat ke pusat.

● Rangka -
Delta box, aluminium berkembar, geometri, stereng berbilang laras. Suspensi depan: Sepit udang TELESKOPIK terbalik OHLINS yang boleh selaraskan sepenuhnya. Suspensi belakang: Swingarm aluminium dengan penyerap kejutan tunggal OHLINS. Tayar -depan dan belakang MICHELIN diameter 17 inci, dua pilihan iaitu tayar basah dan tayar licin. Rim depan dan belakang Forged Magnesium. 

● Ciri-ciri
ECU : MARELLI (mengikut peraturan FIM). 
Pembakaran : aci engkol satah silang



Kategori dipertandingkan dalam Kejuaraan Dunia Moto GP ialah Pengeluar Jentera Terbaik, Pasukan terbaik, Rookie Off The Year, ini kategori diberi kepada pelumba (atlet) mencapai tempat terbaik dalam sukan pertama kali diikuti. Pelumba terima imbuhan daripada penaja penaja lain selain penaja utama Syarikat BMW. Berikut adalah pendapatan setahun pelumba moto GP 2019 MARC MARQUEZ : USD 15 hingga 18 juta, VALENTINO ROSSI : USD 10 juta, ANDERA DOVIZIOSO : USD 7 juta, JORGE LORENZO : USD 7 juta, MAVERICK VINALES : USD 5 juta,

Moto GP diperbuat daripada bahan-bahan yang ringan dan berkualiti tinggi seperti TITANUM dan plastik gentian karbon yang harganya sangat mahal. Brek di buat daripada jenis cakera karbon yang mempunyai cengkaman sangat kuat. Teknologi elektronik yang digunakan pada Moto GP sebilangan besarnya tidak terdapat pada motosikal komersial umpamanya pengurusan enjin, pengawalan pacuan, dan TELEMETRI atau teknologi pengukuran jarak jauh. Kos yang sangat tinggi diperlukan untuk membangunkan sebuah Moto-GP. 2Walaupun kos tidak semahal harga kereta Formula 1 namun untuk perlumbaan Moto3 kos asas sahaja sama seperti harga sebuah kereta kecil. Teknologi sentiasa bergerak seiring dengan arus masa. Penampilan Moto GP juga turut mengalami kesan iaitu berat minimum semua kelas Moto GP telah ditukar pada 2004 FIM menetapkan berat minimum 155 kg bagi kelas Moto GP sahaja setelah tempoh tiga tahun pada 2007 FIM telah memutuskan untuk merombak lagi berat minimum untuk Moto GP sahaja manakala berat tertakluk kepada bilangan silinder dan isian kapasiti bahan bakar sekitar lingkungan 21 liter hingga 22 liter untuk lebih ditel sila rujuk pada jadual 2. Berat minimum ditetapkan bagi semua kelas pula untuk ditel sila rujukan pada jadual 3. Pada tahun 2007 VALENTINO ROSSI mencatat kutipan mata terendah, Pada masa sama FIM menyahut seruan kempen tidak merokok sedunia dengan mengharamkan penaja berasaskan rokok menaja pelumba moto GP. CAMEL menamatkan kontrak penaja pelumba separuh musim perlumbaan. yang mana ketika berlangsungnya separuh musim perlumbaan tetapi kontrak penajaan terpaksa dibatalkan di antara VALENTINO ROSSI dengan CAMEL justeru kesan di akhir musim kejuaraan VALENTINO ROSSI mencatatkan rekod mata terendah dalam karyanya. Masalah tayar sebesar tapak tangan sahaja yang mencecah trek bagi mengimbangi kuasa kuda sebesar 240 HORSE POWER (BHP) dengan kelajuan melebihi 300 km/j dan kategori Moto GP dirombak dengan berat minimum dinaikkan ke 8 kg. VALENTINO ROSSI menganggap faktor ini adalah punca pengutipan mata paling rendah di akhir musim perlumbaan pasukannya pada 2007. Untuk ditel sila lihat rekod mata dalam jadual 1 di atas.

Faktor kepakaran kejuruteraan YAMAHA yang sentiasa memantau dengan teliti setiap perlumbaan sehingga tamat justeru mengkaji kelemahan enjin. Pendekatan yang positif harus diambil bagi memastikan jentera kekal berada di tahap prestasi terbaik. Hasil kolaborasi mantap di antara penaja terbaik dengan dibantu pakar- pakar kejuruteraan YAMAHA diketahui Lin JARVIS dan VALENTINO ROSSI pelumba motosikal yang cekap adalah penyumbang mata sangat terbesar buat pasukan YAMAHA. Setakat ketika detik catatan ini VALENTINO ROSSI telah menyumbangkan mata peribadi 3787 mata kepada Yamaha.YZRM-1.

Berat motosikal. Jadual 2 : Pada tahun 2004 berat minimum telah ditetapkan tapi tahun 2007 berat minimum ditambah mengikut bilangan silinder untuk kelas Moto GP sahaja. Tertakluk kepada isian kapasiti tangki bahan bakar 21 Liter maksimum :

Jadual 2 : Perubahan Berat Minimum moto GP 2004
2 silinder 135 kg ke : 137 kg naik 2 kg
3 silinder 135 kg ke ; 140 kg naik 5.5 kg
4 silinder 145 kg ke : 148 kg naik 3 kg
5 silinder 145 kg ke : 155 kg naik 10.5kg
6 silinder 155 kg ke : 163 kg naik 8 kg

Berat minimum jadual 3 : Pada tahun 2007 berat minimum yang ditetapkan untuk semua kelas iaitu moto GP, Moto 2 dan Moto 3 mengikut kapasiti enjin :

Jadual 3 : berat minimum semua kelas 2007
Moto GP 1000 cc : 163 kg
Moto 2 250 cc : 100 kg
Moto 3 125 cc : 80 kg

World CHAMPIONSHIP Moto GP boleh diikuti dari media sosial seperti menerusi televisyen, menerusi INTERNET, menerusi YOU TUBE menerusi surat khabar dan lain-lain. Pelumba yang mengutip mata tertinggi di hujung musim perlumbaan akan digelar Juara Dunia Moto GP (Moto GP World CHAMPION) dan dihadiahi trofi teristimewa daripada pihak penganjur (FIM) Trofi (ROOKIE WORLD CHAMPION) akan diberi kepada pelumba yang menghabiskan perlumbaan di semua litar hingga ke akhir musim. Pengeluar jentera ialah organisasi yang memastikan enjin akan sentiasa di tahap prestasi tertinggi dan cekap tenaga. Bahan bakar yang digunakan rendah tetapi kuasa kuda yang dihasilkan tinggi oleh itu masa dipendekkan jadi maksudnya pelumba lebih cepat sampai ke garisan penamat. Teknologi yang terbaru sentiasa diperkenalkan serta ciri keselamatan dipertingkatkan untuk mengurangkan risiko kemalangan di atas trek atau mengurangkan risiko kehilangan nyawa. Tayar yang diciptakan berciri fleksibel untuk semua litar keadaan ketika cuaca hujan lebat atau pun ketika cuaca panas terik. Produktiviti akan ditingkatkan ekonomi berkembang maju Apabila musim memburu Kejuaraan Moto GP telah sampai di penghujung penamat dan pelumba yang mengutip mata paling tinggi akan diberi hadiah trofi kejuaraan Moto GP World CHAMPIONSHIP serta mengiktiraf jenama motosikal yang memegang Kejuaraan Dunia Moto GP tersebut sebagai pengeluar jentera terbaik di dunia. Dari masa ke masa teknologi enjin terbaik dunia sentiasa bersaing seiring dengan perubahan arus masa. Hasil uji kaji teknologi perlumbaan di dalam litar lumba yang terkini akan diaplikasikan pula ke dalam kenderaan komersial maka pengguna akan menikmati teknologi terbaru apabila menunggang motosikal yang ciri-cirinya hampir serupa dengan Moto GP.

Motivasi
Sukan pemotoran ini adalah cara terbaik mencegah kegiatan lumba haram. Adalah satu kerugian besar buat negara apabila tiap individu terbunuh di atas jalan raya akibat lumba haram. Hasil kajian PDRM mendapati belia, remaja paling ramai terlibat kegiatan berlumba haram dan jika menang dapat habuan bohsia satu malam, kegiatan tidak bermoral ini tidak diketahui ibu bapa, mereka buat alasan pergi rumah kawan atau pergi ke kedai, apabila mereka kemalangan mereka mati sia-sia di atas jalan raya. Remaja berbakat besar dalam bidang sukan pemotoran ini tetapi kurang berkemampuan harus membayar yuran berpatutan mengikut kemampuannya. Seorang pelumba motosikal profesional yang menjana pendapatan mencecah jutaan dolar dalam setahun dia boleh beri pulangan hasil lumayan kepada negara.

Umur termuda bergelar juara moto GP
Pelumba Moto GP bagi kelas Moto 3 dan Moto 2 umur minimum 16 tahun, dan bagi kelas Moto GP umur minimum 18 tahun. VALENTINO ROSSI mengecap kejayaan pertama tersenarai dalam lingkungan usia termuda dalam kelas Moto GP pada usia 22 tahun 240 hari.

1. Marc Marquez : 20 tahun 266 hari 2013,
2. Freddie Spencer : 21 tahun 342 hari 1983,
3. Casey Stoner : 21 tahun 342 hari 2007,
4. Mike Hailwood : 22 tahun 160 hari 1962
5. John Surtees : 22 tahun 182 hari 1956
6. VALENTINO ROSSI : 22 tahun 240 hari 2001
7. Joan Mir : 23 tahun 75 hari 2020,
8. Jorge Lorenzo : 23 tahun 159 hari 2010,
9. Gary Hocking : 23 tahun 316 hari 1961,
10. Giacomo Agostini : 24 tahun 129 hari 1966

Pendapatan
Pada 2016 VALENTINO ROSSI memperoleh pendapatan USD 12 juta setahun. Dengan adanya buruan penaja maka VALENTINO ROSSI merekodkan lonjakan pendapatan sehingga USD 135 juta setahun. VALENTINO ROSSI menduduki carta di tempat pertama diantara lima pelumba terkaya untuk sukan Kejuaraan Dunia Moto GP. Bintang sukan berperanan mengangkat nama negara dan berperanan untuk menyatukan masyarakat di dunia tanpa mengira latar belakang agama, kepercayaan, bangsa, keturunan, pangkat dan darjat seperti VALENTINO ROSSI mempunyai kelab penyokongnya di seluruh dunia, Indonesia juga mempunyai kelab penyokong setia VALENTINO ROSSI.

Pencapaian pelumba sepanjang zaman semua kelas VALENTINO ROSSI 115 kemenangan dan GIACOMO  AGUSTINI 122 kemenangan. bagi saya AGUSTINI  mengambil masa pendek kutip kemenangan kerana zaman itu tahun yang sama pelumba boleh ikut serta dua kelas perlumbaan tetapi ROSSI tidak jadi siapa juara jawab sendiri. Walau bagaimana pun  penunggang sepanjang zaman dipegang oleh VALENTINO ROSSI 89 kemenangan, AGUSTINI 68 kemenangan. 
Kejuaraan Dunia Moto GP dipegang oleh YAMAHA YZRM-1 tahunnya ditulis dengan tulisan berwarna biru. Untuk ditel mata keseluruhan yang dikutip oleh ROSSI dan AGUSTINI sila rujuk jadual 5.

VALENTINO ROSSI  pada bulan Ogos 2021 buat pengumuman bersara tahun 2022 justeru menutup peluang untuk mengurangkan jarak rekod kejuaraan pelumba sepanjang zaman semua kelas kejuaraan Dunia Moto GP yang dipegang oleh GIACOMO AGUSTINI. 


JADUAL 5 : Mata kemenangan dua legenda sepanjang zaman moto GP :

VALENTINO ROSSI
Juara dunia : 7 kali  ; 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2008, 2009
Kemenangan : 89 kali

GIACOMO AGUSTINI
Juara dunia : 8 kali ; 1966, 1967, 1968, 1969, 1970, 1971, 1972, 1975
kemenangan : 68 kali




Mata kemenangan dua legenda semua kelas :


VALENTINO ROSSI 
Juara dunia MOTO GP/500 cc: 7 kali ; 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2008, 2009,
Juara dunia MOTO 2 250 cc: 1 kali ; 1998,
Juara dunia MOTO 3 125 cc: 1 kali ; 1997
juara dunia semua kelas : 9 kali
kemenangan : 115 kali
Mata keseluruhan : 6177 mata, huraian lihat di bawah 👇

Moto GP :
Tahun 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013 | 2014 | 2015 | 2016 | 2017 | 2018 | 2019 | 2020 | 2021 
Mata : 209 | 325 | 355 | 357 | 304 | 367 | 247 | 241 | 373 | 306 | 233 | 139 | 163 |237 | 259 | 325 | 249 | 208 | 198 | 174 | 66 | Jumlah : 5235 mata

Moto 2 :
Tahun : 1998 |1999 |
Mata keseluruhan : 201 : 309 | Jumlah 510 mata

Moto 3
Tahun : 1996 | 1997 |
mata keseluruhan : 111 | 321 | Jumlah 432 mata

Total 6177 mata
kutipan mata sehingga 2020 sahaja, 


GIACOMO AGUSTINI
Juara dunia 
350.cc : 7 kali ;1968,1969,1970, 1971, 1972,1973,1974,
Juara dunia Moto GP : 8 kali ;1966, 1967, 1968, 1969, 1970, 1971, 1972, 1975
juara dunia semua kelas 15 kali
kemenangan : 122 kali
Mata keseluruhan : 1493 mata

Untuk ditel kejuaraan mereka rujuk jadual 6




JADUAL 6
Juara Dunia Moto GP dan 500 cc

2021 Moto GP Fabio Quartararo Prancis Yamaha

2020 Moto GP Joan Mir Spanyol Suzuki

2019 Moto GP Marc Marquez Spanyol Honda

2018 Moto GP Marc Marquez Spanyol Honda

2017 Moto GP Marc Marquez Spanyol Honda

2016 Moto GP Marc Marquez Spanyol Honda

2015 Moto GP Jorge Lorenzo Spanyol Yamaha

2014 Moto GP Marc Marquez Spanyol Honda

2013 Moto GP Marc Marquez Spanyol Honda

2012 MotoGP Jorge Lorenzo Spanyol Yamaha

2011 MotoGP Casey Stoner Australia Honda

2010 MotoGP Jorge Lorenzo Spanyol Yamaha

2009 MotoGP Valentino Rossi ITA Yamaha

2008 MotoGP Valentino Rossi ITA Yamaha

2007 MotoGP Casey Stoner Australia Ducati

2006 MotoGP Nicky Hayden USA Honda

2005 MotoGP Valentino Rossi ITA Yamaha

2004 Moto GP Valentino Rossi ITA Yamaha

2003 Moto GP Valentino Rossi ITA Honda

2002 Moto GP Valentino Rossi ITA Honda

2001 500cc Valentino Rossi ITA Honda

2000 500cc Kenny Roberts Jr USA Suzuki

1999 500cc Alex Criville Spanyol Honda

1998 500cc Mick Doohan Australia Honda

1997 500cc Mick Doohan Australia Honda

1996 500cc Mick Doohan Australia Honda

1995 500cc Mick Doohan Australia Honda

1994 500cc Mick Doohan Australia Honda

1993 500cc Kevin Schwantz USA Suzuki

1992 500cc Wayne Rainey USA Yamaha

1991 500cc Wayne Rainey USA Yamaha

1990 500cc Wayne Rainey USA Yamaha

1989 500cc Eddie Lawson USA Honda

1988 500cc Eddie Lawson USA Yamaha

1987 500cc Wayne Gardner Australia Honda

1986 500cc Eddie Lawson USA Yamaha

1985 500cc Freddie Spencer USA Honda

1984 500cc Eddie Lawson USA Yamaha

1983 500cc Freddie Spencer USA Honda

1982 500cc Franco Uncini ITA Suzuki

1981 500cc Marco Lucchinelli ITA Suzuki

1980 500cc Kenny Roberts USA Yamaha

1979 500cc Kenny Roberts USA Yamaha

1978 500cc Kenny Roberts USA Yamaha

1977 500cc Barry Sheene GBR Suzuki

1976 500cc Barry Sheene GBR Suzuki

1975 500cc Giacomo Agostini Italia Yamaha

1974 500cc Phil Read GBR MV Agusta

1973 500cc Phil Read GBR MV Agusta

1972 500cc Giacomo Agostini ITA MV Agusta

1971 500cc Giacomo Agostini ITA MV Agusta

1970 500cc Giacomo Agostini ITA MV Agusta

1969 500cc Giacomo Agostini ITA MV Agusta

1968 500cc Giacomo Agostini ITA MV Agusta

1967 500cc Giacomo Agostini ITA MV Agusta

1966 500cc Giacomo Agostini ITA MV Agusta

1965 500cc Mike Hailwood GBR MV Agusta

1964 500cc Mike Hailwood GBR MV Agusta

1963 500cc Mike Hailwood GBR MV Agusta

1962 500cc Mike Hailwood GBR MV Agusta

1961 500cc Gary Hocking Rhodesia MV Agusta

1960 500cc John Surtees GBR MV Agusta

1959 500cc John Surtees GBR MV Agusta

1958 500cc John Surtees GBR MV Agusta

1957 500cc Libero Liberati ITA Gilera

1956 500cc John Surtees GBR MV Agusta

1955 500cc Geoff Duke GBR Gilera

1954 500cc Geoff Duke GBR Gilera

1953 500cc Geoff Duke GBR Gilera

1952 500cc Umberto Masetti ITA Gilera

1951 500cc Geoff Duke GBR Norton

1950 500cc Umberto Masetti ITA Gilera

1949 500cc Leslie Graham GBR AJS



Juara dunia moto2/250 cc 
2020 Enea Bastianini ITA Kalex

2019 Álex Márquez Spanyol Kalex

2018 Francesco Bagnaia ITA Kalex

2017 Franco Morbidelli ITA Kalex

2016 Johann Zarco Prancis Kalex

2015 Johann Zarco Prancis Kalex

2014 Esteve Rabat Spanyol Kalex

2013 Pol Espargaró Spanyol Kalex

2012 Marc Márquez Spanyol Suter

2011 Stefan Bradl Jerman Kalex

2010 Toni Elías Spanyol Moriwaki

2009 Hiroshi Aoyama JPN Honda

2008 Marco Simoncelli ITA Gilera

2007 Jorge Lorenzo Spanyol Aprilia

2006 Jorge Lorenzo Spanyol Aprilia

2005 Dani Pedrosa Spanyol Honda

2004 Dani Pedrosa Spanyol Honda

2003 Manuel Poggiali San Marino Aprilia

2002 Marco Melandri ITA Aprilia

2001 Daijiro Kato JPN Honda

2000 Olivier Jacque Prancis Yamaha

1999 VALENTINO ROSSI ITA Aprilia

1998 Loris Capirossi ITA Aprilia

1997 Max Biaggi ITA Honda

1996 Max Biaggi ITA Aprilia

1995 Max Biaggi ITA Aprilia

1994 Max Biaggi ITA Aprilia

1993 Tetsuya Harada JPN Yamaha

1992 Luca Cadalora ITA Honda 

1991 Luca Cadalora ITA Honda

1990 John Kocinski USA Yamaha

1989 Sito Pons Spanyol Honda

1988 Sito Pons Spanyol Honda

1987 Anton Mang Jerman Honda

1986 Carlos Lavado Venezuela Yamaha

1985 Freddie Spencer USA Honda

1984 Christian Sarron Prancis Yamaha

1983 Carlos Lavado Venezuela Yamaha

1982 Jean-Louis Tournadre Prancis Yamaha

1981 Anton Mang Jerman Kawasaki

1980 Anton Mang Jerman Kawasaki

1979 Kork Ballington Afrika Selatan Kawasaki

1978 Kork Ballington Afrika Selatan Kawasaki

1977 Mario Lega ITA Morbidelli

1976 Walter Villa ITA Harley-Davidson

1975 Walter Villa ITA Harley-Davidson

1974 Walter Villa ITA Harley-Davidson

1973 Dieter Braun Jerman Yamaha

1972 Jarno Saarinen Finlandia Yamaha

1971 Phil Read GBR Raya Yamaha

1970 Rodney Gould GBR Raya Yamaha

1969 Kel Carruthers Australia Benelli

1968 Phil Read GBR Raya Yamaha

1967 Mike Hailwood GBR Raya Honda

1966 Mike Hailwood GBR Raya Honda

1965 Phil Read GBR Raya Yamaha

1964 Phil Read GBR Raya Yamaha

1963 Jim Redman Rhodesia & Nyasaland Honda

1962 Jim Redman Rhodesia & Nyasaland Honda

1961 Mike Hailwood GBR Raya Honda

1960 Carlo Ubbiali ITA MV Agusta

1959 Carlo Ubbiali ITA MV Agusta

1958 Tarquinio Provini ITA MV Agusta

1957 Cecil Sandford GBR Raya Mondial

1956 Carlo Ubbiali ITA MV Agusta

1955 Hermann Paul Müller Jerman NSU

1954 Werner Haas Jerman NSU

1953 Werner Haas Jerman NSU

1952 Enrico Lorenzetti ITA Moto Guzzi

1951 Bruno Ruffo ITA Moto Guzzi

1950 Dario Ambrosini ITA Benelli

1949 Bruno Ruffo ITA Moto Guzzi





ROSSI Legenda Moto GP Sepanjang Zaman

Biodata
Nama : VALENTINO ROSSI
Tarikh lahir : 16 Februari 1979
Tempat lahir : URBINO ITALY
Tinggi : 1.81 m (5ft 11 1/4in)
Berat : 69 kg (152 paun)
Tahun aktif : 1996 hingga 2021

Pencapaian hingga 2021
Kemenangan : 115
Menaiki podium : 235 
Pertandingan diikuti : 414
Di petak hadapan : 65
Gelaran kejuaraan dunia : 9




Rujukan

 

AO, (2016) Fakta Ringkas Tentang Moto GP Perlumbaan Motosikal Paling Prestij Dunia [atas talian] sumber : https://pandulaju.com.my/fakta-ringkas-tentang-motogp- perlumbaan-motosikak-paling-prestij-dunia/ (25 Febuari 2017)

 

Defri Saefullah (2016) 5 Pembalap MotoGP Paling Kaya, Penghasilan Rossi Mencengangkan [atas talian] sumber: http://bola.liputan6.com/read/2624481/5-pembalap-motogp-paling-kaya-penghasilan-rossi-mencengangkan (25 Febuari 2017)).

 

Dorna Sports [atas talian] sumber:https://id.m.wikipedia.org/wiki/Dorna_Sports 

 

EmausBolt (2012) [atas talian] sumber: https://msm.m.wikipedia_org/wiki/senarai_Juara_Dunia_Grand_Prix_Motosikal (Jumaat, 16 Mac 2012)

 

Grand Prix Motosikal (2013) [atas talian] sumber: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Grand_Prix_Motosikal (Sabtu, 9 Mac 2013)

 

Grand Prix Sepeda Motor (2017) [atas talian] Sumber: https://id.m.wikipedia.org/wiki/Dorna_sports (Isnin,27 Mac 2017)RESULT & STATICS (2021) [atas talian] sumber : https://www.motogp.com/en/Results+Statistics (7 Julai 2021)

 

Orsini (2017) [atas talian] sumber: https://en.m.wikipidia.org/wiki/Giacomo_Agostini .(Sabtu, 8 April 2017)

 

SOSIAL MEDIA WALL; VALENTINO ROSSI @ValeYellow46 (2017) [atas talian] sumber: Movistar Yamaha MotoGP | Homepage(Ahad 9 April 2017)

 

Therius Rooney (2017) [atas talian] sumber: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Grand_Prix_motorcycle_racing (Isnin10 April 2017)

 

Interview Rossi Insiden Jatuhnya Marquez di Sirkuit Sepang Malaysia (5 tahun yang lalu) [atas talian] sumber :https://youtu.be/XuW2-D0hZEU (7 Julai 2021)

 

Spesifikasi Grand Prix Motosikal (2019) [atas talian] summberhttps://malay.wiki/content/Grand_Prix_Motosikal/Spesifikasi.html (7 Julai 2021)

 

10 Pembalap Termuda Juara Dunia MotoGP Joan Mir Susul Rossi dan Marquez (2020) [atas talian] sumber : https://www.kompas.com/motogp/read/2020/11/16/09054418/10-pebalap-termuda-juara-dunia-motogp-joan-mir-susul-rossi-dan-marquez?amp=1&page=2 (7 Julai 2021)

 

Fakta Ringkas Tentang Moto GP yang Perlu Anda Tahu (2016) [atas talian] sumber : https://pandulaju.com.my/fakta-ringkas-tentang-motogp-perlumbaan-motosikal-paling-prestij-dunia/ (7 Julai 2021)

 

Motogp Rewind A resap of the #MalaysianGP (5 tahun yang lalu)https://youtu.be/7ZUybiDSzSI (7 Julai 2021)

 

YAMAHA YZR-M1 (2021) [atas talian] sumber : https://en.m.wikipedia.org/wiki/Yamaha_YZR-M1 (7 Julai 2021)

 

artikel ini mula ditulis pada Sabtu 25 Februari, 2017 . 4:53 PM












google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Ulasan

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0