google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Hubungan Etnik Dan Mengekalkan Perpaduan Kaumgoogle.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
2 November 2016 6:45
pt oleh SANUSI Bin ARIJALUN
Hubungan etnik berlaku di seluruh dunia dan menyatukan etnik adalah satu isu utama yang perlu ditangani oleh setiap negara. Menyatupadukan rakyat adalah cabaran terbesar bagi pemerintahan negara yang mengamalkan ciri berbilang kaum. Sungguhpun begitu negara mono etnik tidak terlepas dari mengalami masalah perpaduan. Lazimnya sesebuah negara mengalami konflik apabila ia bercirikan kelainan agama dan budaya, etnik dan persaingan kaum yang bermula dari perhubungan hambar dan menanam sikap prejudis terhadap etnik lain ia sering berlaku di dalam tempoh tertentu kerana pemahaman yang sangat sempit dan atas faktor lain. Isu perkauman selesai melalui proses polemik dan perlu dilihat dari semua aspek serta keputusan harus di buat di parlimen sama ada sistem pemerintahan kerajaan atau sistem pemerintahan republik. Sedangkan di Amerika Syarikat antara negara termaju di dunia pun menghadapi masalah dengan perhubungan etnik. Terdapat hanya dua kaum utama di Amerika Syarikat yang diasaskan dengan warna kulit iaitu etnik berkulit putih dan etnik berkulit hitam. Krisis perkauman mengalami proses sangat lama untuk selesi jika tidak ditangani dengan baik kesannya sangat buruk dan rakyat hidup tekanan, terhimpit dan kehilangan banyak nyawa. Di Sebrenica (2013) penghapusan etnik yang dilakukan secara besar-besaran 8,000 etnik Bosnia beragama Islam dihapuskan. Di Myanmar, (2016) berlaku penghapusan etnik Rohingya lebih kurang 1,000 terbunuh beragama Islam, dan mereka diusir dari negara sendiri.
Dasar Ekonomi Baru (2017) sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru (2 Februari 2018 )
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
MPU3113 HUBUNGAN ETNIK
2 November 2016 6:45
pt oleh SANUSI Bin ARIJALUN
PENGENALAN
Di negara kita sejarah hubungan etnik bermula di Melaka. Negeri ini telah dibuka pada 1262 yakni 140 tahun lebih awal tetapi kebanyakan catatan menyatakan bahawa melaka dibuka pada 1402 bersamaan dengan ketibaan Parameswara. Pada mulanya Melaka diperintah oleh kerajaan bukan Islam namun setelah putera dari Palembang yakni Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai pada 1409 maka agama Islam dijadikan agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka. Pada 24 Ogos 1511 pemerintahan kerajaan Melaka berakhir apabila ditawan oleh Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque dan kesan penjajahan Portugis dapat dilihat hingga hari ini iaitu peninggalan binaan kota A Famosa. Melaka bandar bersejarah ini juga terkenal dengan legenda kisah hikayat laksamana Hang Tuah iaitu pada 2013 diiktiraf oleh UNESCO sebagai kisah sejarah khazanah negara Malaysia. Kehebatan kerajaan empayar Melaka dapat dilihat apabila tempat pedagang seluruh dunia ditemukan sehingga mendapat gelaran The Venice Of The Est. Hukum kanun Melaka dan Undang-undang laut digunakan dalam pemerintahan negeri. Undang- undang Kanun Melaka dikuatkuasakan agar keselamatan laut terkawal daripada lanun dan perompak. Perlembagaan Melaka berasaskan ajaran Islam. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang masyarakat pelbagai etnik. Pegawai yang berkhidmat di dalam istana Melaka terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Pada 1456 kahwin campur telah berlaku di antara sultan Melaka Sultan Mansur Syah dengan anak dara raja kerajaan Cina Puteri Hang Li Po. Zaman keagungan kerajaan Melaka boleh dilihat daripada sudut pemerintahan dan perdagangan, ke pendudukan dan kebudayaan singkat kata kerajaan Melaka mengambil berat keharmonian kaum. Perdagangan di Melaka bergerak maju hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pengurusan pelabuhan yang berkesan iaitu para pedagang dibenarkan masuk tanpa visa atau pasport, situasi ini diambil peluang pedagang dari Arab, India, China dan lain-lain berdagang tanpa ikatan, serta bergaul dengan penduduk tempatan maka berlakunya asimilasi dan amalgamasi wujud masyarakat baru Baba dan Nyonya, Melayu berketurunan India dan Melayu berketurunan Cina serta Melayu berketurunan Arab. Di dalam alam Melayu pluralisme budaya bukanlah fenomena baru kerana perhubungan etnik berlaku semenjak abad ke lima Masihi umpamanya Arab pra-Islam, Arab Islam, Buddhisme, Hinduisme,dan Eropah seperti Belanda, Portugis, Spanyol dan British. Negara kita dijajah oleh ramai penjajah iaitu Portugis, (1511-1641), Belanda (1641-1824) British (1824-1957), Jepun (1941-1945) tempoh penjajahan yang terlalu lama selama lebih 440 tahun. Masyarakat sudah tentu mengalami banyak kali perubahan hubungan etnik. Penjajahan British menjadi punca kesan jurang ekonomi di antara kaum sangat jauh iaitu pemerintahan yang diamalkan pecah dan perintah. Sistem pemerintahan seperti berikut ekonomi etnik dibahagi kepada empat iaitu Inggeris sebagai pemegang ekonomi perdagangan bijih timah dan getah, Cina diletak sebagai buruh perlombongan bijih timah dan peniaga, Melayu diletak di perkampungan nelayan dan bercucuk tanam cara tradisional, dan India diletak sebagai buruh ladang-ladang getah, pembinaan infrastruktur bangunan dan jalan raya kerajaan British.
Setelah kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 di dalam tempoh 12 tahun manifestasi sebenar kesan buruk ekonomi berlaku terhadap tiga etnik utama di Tanah Melayu atau sekarang dikenali semenanjung Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan India. Pada jam 6 petang 13 Mei 1969 berlaku peristiwa hitam yang mengerikan iaitu rusuhan kaum dimulakan dari Kampung Baru, Jalan Raja Muda, di sekitar Kuala Lumpur dan Jalan Campbell, Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road) dan Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan dan Cheras, Kampung Kerinci dan Sentul, di dalam anggaran tempoh masa 45init bertempur dan angka kematian rasmi akibat kejadian ini dinyatakan bahawa 196 orang mati, 439 orang cedera, 39 orang hilang, dan 9,143 orang ditahan, 211 buah kenderaan musnah. Statistik tidak rasmi dinyatakan jumlah kematian orang Melayu 86 orang, orang Cina 342 orang, dan lain lain-lain 3 orang, statistik tidak tepat kerana saksi diambil daripada orang ramai yang melihat berderet lori membawa mayat tidak sempurna ke balai polis di jalan Travers dengan ini hasil kaji selidik dan siasatan terperinci mendapati bahawa kaum yang merusuh itu akibat daripada jurang ekonomi antara kaum terlalu jauh.
Justeru pada 1970 kerajaan buat strategi jangka panjang menerusi Rancangan Malaysia Ke dua dengan membentuk dasar ekonomi Baru (DEB) bagi tempoh 20 tahun iaitu dari 1970 hingga 1990. Matlamat asas untuk mengukuhkan semula perpaduan etnik di negara kita selain itu juga merombak semua ke tidak seimbangan sosial ekonomi yang sedia ada. Strategi dilancarkan menerusi serampang dua mata yang pertama menyusun semula masyarakat dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan etnik terutama yang menganggur. Mengurangkan dan seterusnya menghapuskan diskriminasi yang memperkenalkan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Yang ke dua pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara semua kaum iaitu di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Berasaskan banci penduduk pada 1970 mendapati bahawa kira-kira 49.3% penduduk Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Pada 1970 kerajaan menggariskan sempadan individu miskin ialah yang berpendapatan RM 200.00 dan ke bawah sebulan. Di kawasan luar bandar dan di kawasan bandar didapati ada keluarga miskin sungguhpun begitu kira-kira 86% penduduk yang miskin itu tinggal di kawasan luar bandar. Bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dihapuskan dengan secara berkesan oleh itu strategi ditumpukan kepada keluarga miskin yang tinggal di kawasan luar bandar. Pelbagai usaha telah dilancarkan oleh kerajaan iaitu sistem perkhidmatan dan kemudahan awam ditambah baik menerusi kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan, kemudahan bekalan air dan kemudahan elektrik. Di samping itu golongan miskin diberikan tumpuan untuk dibantu iaitu memperbaiki taraf hidup melalui bantuan di dalam pelajaran, dan bantuan kesihatan, bantuan latihan kemahiran dan bantuan kemudahan infrastruktur. Lain-lain bantuan iaitu bantuan buku teks dan biasiswa untuk pelajaran serta bantuan makanan tambahan untuk kanak-kanak sekolah, bantuan program subsidi baja serta bantuan program rumah murah. Pada tarikh akhir kerajaan menutup strategi pertama DEB didapati bahawa taraf kemiskinan telah berjaya di basmi dan matlamat menambah baik kualiti hidup rakyat telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara menurun iaitu pada 1970 kadar kemiskinan ialah 49.3% dan pada 1990 kadar kemiskinan ialah 17.1%. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang berimbang sangat penting maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain bagi memastikan matlamat yang ke dua dalam DEB dicapai kerajaan telah cuba merombak dan menghapuskan strategi pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, keadaan ekonomi berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum di mansuh seperti perindustrian dan perdagangan, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.
Bagi mencapai matlamat DEB yang ke dua beberapa strategi telah dirancang apabila DEB tamat pada 1990 dan kerajaan menukar dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) sungguhpun begitu fokusnya hampir sama dengan DEB 1991 - 2000 sebagai dasar ekonomi Malaysia iaitu kesinambungan DEB dan masih digunakan hingga sekarang iaitu:
Keadaan yang tidak berimbang dikurangkan dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990.
Pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera akan dipastikan supaya dapat diuruskan oleh mereka dan dimiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
Bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. ditambah dengan cepat. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
Daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar akan ditinggikan.
Usaha mengimbangi ekonomi dianggap berjalan lancar. Dalam bidang perniagaan keseimbangan pembahagian nilai pegangan ekonomi kaum-kaum utama, akan dicapai.
ISI KANDUNGAN
Dasar pendidikan kebangsaan dikukuhkan. Negara membangun perlu banyak berusaha ke arah kemajuan ekonomi dan menekankan semua hal untuk mencapai status negara maju yang mengamalkan sistem pendidikan asas bermutu tinggi dan akhirnya akan menjadi sebuah negara maju seperti negara-negara maju di Amerika Syarikat, dan di Eropah iaitu di United Kingdom, di Perancis, di Belanda dan di Italy. Usaha memperkasa pendidikan hendaklah buat secara berkala seiring dengan perubahan arus masa. Penyata Razak 1956 diambil sempena nama Menteri Pendidikan yang pertama iaitu Tun Abdul Razak pada ketika itu yang ditulis pada 1956 sebagai usaha bagi membentuk persekutuan Tanah Melayu. Matlamat membentuk semula sistem rangka pendidikan di Malaya. Laporan ini telah dicantum dengan seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 sebagai bekalan asas pendidikan bagi kemerdekaan Malaya dan akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
Laporan Razak adalah kolaboratif dengan dua laporan yang pertama Laporan Bernes (digemari oleh orang Melayu) memperkenalkan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan yang ke dua Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India). memperkenalkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar bagi SRK. Laporan Razak membawa ke tengah bahasa Melayu sebagai medium utama di dalam pengajaran [perlu rujukan] sungguh pun begitu mengekalkan penggunaan bahasa lain di sekolah. Peranan jawatankuasa; ●Membentuk Sistem pendidikan kebangsaan sepadan dengan acuan aspirasi penyatuan penduduk berbilang kaum. ●Mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ●Memelihara kemajuan bahasa dan kebudayaan kaum lain. ●Mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan buat pindaan jika perlu. Penyata Razak 1956 mengandungi 17 usul dengan mengambil kira tujuan yang akhirnya mencipta satu sistem pendidikan Kebangsaan di Malaysia.
Di antara hal yang dizahirkan:
i) Menetapkan sekolah di seluruh tanah air mempunyai sukatan yang sama. ii) Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa Kebangsaan dan diangkat sebagai bahasa penghantar utama. iii) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mesti digunakan untuk semua sekolah rendah dan sekolah menengah. iv) Untuk sekolah jenis kebangsaan, bahasa penghantar ialah bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. v) Sekolah- sekolah rendah digantikan kepada sekolah kebangsaan iaitu SRK kepada SK dan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. vi) Membentuk satu jenis sekolah sahaja tetapi tidak ada batas kepada satu kaum. (vii) Guru- guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang dianugerahi kelayakan viii) Kaedah pembelajaran di sekolah menengah agar lebih berkesan dibahagi kepada tiga iaitu Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. ix) Seluruh guru ditempatkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan penyelia persekutuan diwujudkan.
Cabaran mengekalkan negara berbilang kaum contoh Masyarakat yang pasif akan memberi impak negatif bagi negara. Di Malaysia cabaran terbesar ialah memelihara tiga kaum utama dan kaum-kaum lain agar kekal harmoni dan bersatu padu iaitu kaum Melayu dan kaum Cina, kaum India dan kaum-kaum lain di Sabah sahaja terdapat lebih 40 etnik belum termasuk di Sarawak yang berlainan bahasa dan bangsa, agama dan kebudayaan, kepercayaan dan pemahaman berbeza. Ke dua cabaran untuk mengekalkan negara yang memang dikenali di negara luar sebagai negara berbilang kaum contoh. Malaysia membuktikan bahawa untuk mengekalkan perpaduan kaum tidak begitu sukar ketika sukan Olimpik 2016 yang berlangsung di Stadium Maracana, Rio, Brazil kita menyaksikan sendiri pada hari pembukaan dengan perarakan dari negara-negara yang turut serta mengambil bahagian di dalam acara- acara sukan apabila barisan kontinjen dari Malaysia berbilang kaum melalui trek diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei orang Cina yang memakai kostum kebangsaan Melayu iaitu kain samping dan songkok sambil membawa bendera Jalur Gemilang dan tersenyum gembira sambil melambai-lambaikan tangan. Demikianlah hebatnya akulturasi di Malaysia. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras yang diusahakan oleh pemimpin terdahulu yang memupuk perpaduan kaum di dalam jiwa sejak dari alam persekolahan lagi namun jika perpaduan kaum diabaikan maka akan berlaku perkara yang lebih dahsyat seperti penghapusan etnik di Rohingya dan penghapusan etnik di Bosnia. Kuala Lumpur Disember 2015 berlaku demonstrasi jalanan Bersih berbaju kuning pro pembangkang dan demonstrasi jalanan berbaju merah pro kerajaan memakai baju merah dari Jalan Bukit Bintang dan membawa rakyat untuk berhimpun dengan isu-isu politik di parlimen yang dibawa keluar di jalanan, dengan motif utama ingin menukar Perdana Menteri serta memainkan isu 1 Malaysia Devlopment Berhad (1MDB), isu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), isu kejatuhan mata wang, isu harga bahan bakar tinggi, isu harga barang naik, isu Malaysia akan dijual dan sebagainya. Akibat daripada percakaran politik sudah tentu akan memberi sedikit kesan kepada kelompok komuniti di dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang turut terbabit jika tidak dikawal dengan baik gambaran buruk mungkin berlaku seperti prejudis terhadap kaum lain, kaum-kaum berpecah belah dan wujud masyarakat berpuak-puak, berlaku keruntuhan moral dan perpaduan di antara kita semakin goyang, ekonomi akan jatuh dan negara akan kucar-kacir, pelancong takut untuk datang dan pelabur asing takut untuk melabur di sini, pengangguran akan meningkat dan akhirnya matlamat negara maju tidak tercapai.
Maka campur tangan asing akan berlaku kerana matlamat menghalalkan cara asalkan motif utama mereka mudah dicapai iaitu pemimpin utama negara digulingkan. Pemimpin negara sendiri yang dipilih oleh rakyat menerusi saluran pilihan raya akan disingkir dan negara kita dijadikan negara berperang, iaitu tentera kerajaan bertempur dengan tentera asing yang lebih kuat. Kesan akibat berperang memang sangat dahsyat dan banyak bangunan akan hancur, infrastruktur dan kemudahan awam tentu banyak musnah, bekalan asas terganggu iaitu tidur malam bergelap tanpa bekalan elektrik dan sukar untuk memasak makanan, sukar untuk membasuh pinggan dan membasuh pakaian kerana terputus bekalan air, jalan raya banyak rosak dan perhubungan terbatas. Negara kita dihujani peluru dan serangan bom setelah itu pilihan raya diadakan semula tetapi jika calun yang dipilih kuasa asing itu kalah maka pilihan raya tersebut dibatalkan dan pemimpin itu digulingkan dan digantikan dengan pemimpin pilihan kerajaan asing yang boleh dijadikan boneka dan terpaksa ikut telunjuk kuasa asing tetapi pemimpin yang dipilih oleh rakyat haknya dinafikan dan kita akan dijajah semula, rakyat jadi pelarian di negara sendiri dan ribuan rakyat hidup terancam, rogol berlaku di sana sini dan dan ibu mengandung hidup menderita terutamanya kanak-kanak serta orang tua. Bekalan makanan sukar didapati dan ekonomi negara dipegang oleh asing, pelaburan dibuka seluasnya kepada kuasa asing tanpa syarat dan sebilangan besar hasil negara akan diangkut ke nagara asing. Tamadun sesebuah negara hilang lenyap di muka bumi ini jika kuasa asing mengambil alih kuasa di negara kita. Sebagai contoh Kerajaan Melaka (1511) empayar terbesar pada ketika itu pemimpinnya dikhianati oleh rakyat sendiri iaitu ketika berperang, rahsia kerajaan telah dibocorkan oleh Si Kitol kepada pihak Portugis akhirnya empayar kerajaan Melaka lenyap di muka bumi akibat campur tangan kuasa asing. Empayar Uthmaniyah (1922) yang sangat luas tanah jajahannya dan pengaruhnya sangat terkenal di Eropah, akibat campur tangan asing British dan kelemahan pemimpin sendiri kerajaan tersebut lenyap begitu saja. Iraq (2003) akibat rakyatnya bercakaran sesama sendiri iaitu diantara dua puak Suni dan Syiah berlaku campur tangan asing Saddam Hussein digulingkan dan dijatuhi hukuman bunuh tiga tahun kemudian. Libya (2011) akibat negara bergolak menerusi Arab Spring tindakan NATO meluluskan campur tangan asing maka pemimpin negara sendiri Muammar Gaddafi digulingkan dan dibunuh. Peperangan kosnya amat tinggi, dan negara yang sudah hancur jika dipulihkan semula memakan masa lama. Politik keterlaluan membawa kesan buruk buat kerajaan dan tamadun sesuatu negara akan hilang. Cabaran untuk mengekal hubungan baik etnik ialah apabila berlaku perselisihan pendapat dan buah fikiran berbeza, fahaman politik berlainan dan harus ditangani dengan baik bijaksana. Campur tangan kuasa asing akan menghapuskan empayar sebuah kerajaan buat selamanya. Gunakan saluran demokrasi yang tumbuh subur di negara kita dengan sebaiknya menerusi pilihanraya. Parti pembangkang yang berwibawa memainkan peranan penting untuk mengukuhkan kelemahan negara bukan menghancurkan dengan menanamkan semangat cintakan bangsa agama dan kepentingan negara di hadapan untuk anak cucu kita hidup bersatu padau dan selamat.
Aktiviti menghalang individu tidak aktif dalam organisasi
Sebuah pertubuhan awam tidak akan berjalan dengan baik tanpa adanya penglibatan anggota masyarakat. Selalunya pertubuhan awam itu gagal berfungsi dan tidak seperti yang diharapkan oleh kerajaan. Di kalangan masyarakat kita masih rendah kesedaran tentang undang -undang untuk
perlaksanaan kepentingan awam dan itu harus diakui. Perlanggaran hukum banyak berlaku kerana tidak ada polisi dan tidak ada mengawasi atau orang melihat. Perkara yang menyebabkan masyarakat tidak aktif di dalam kebajikan awam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah berpunca dalam masyarakat itu sendiri. Penyertaan dalam kepentingan awam adalah detik yang paling tepat untuk membentangkan usul sungguhpun begitu tidak semua anggota masyarakat memanfaatkan peluang itu. Beberapa alasan yang menyebabkan hal tersebut adalah masyarakat sudah sebati dengan pola lama peraturan yang mereka buat tanpa sokongan majoriti ahli. Masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman dan maklumat sangat sukar disampaikan kerana kurang liputan media. Mereka percaya maklumat disampaikan oleh pemimpin hanya menerusi daripada mulut ke mulut. Akibatnya ketepatan maklumat sulit untuk disampaikan di dalam masyarakat. Masyarakat tidak tahu prosedur pergaulan dalam organisasi. Untuk bergaul langkah-langkah yang betul dan baik diperlukan. Misalnya menyampaikan usul kepada wakil rakyat. Akan tetapi prosedur ini tidak diaplikasikan dengan baik. Akibatnya masyarakat tidak berminat untuk aktif di dalam pergaulan organisasi tersebut dan masyarakat tidak mahu ambil tahu. Tidak semua masyarakat ambil berat terhadap apa yang berlaku di persekitarannya. Setiap individu ada kepentingan tertentu dan mungkin tidak ada manfaat untuk mereka ikut serta dalam organisasi tersebut. Faktor luaran adalah berpunca dari persekitaran anggota masyarakat itu sendiri. Masyarakat tidak diberi kesempatan untuk turut serta aktif. Di dalam sebuah pemerintahan tidak semua pihak mahu beri peluang untuk masyarakat turut serta buat rumusan dalam kepentingan umum. Hal ini terjadi kerana memang sejak dulu lagi kesempatan ini jarang dibuka kepada umum untuk ikut serta. Masyarakat masih belum tahu banyak tentang adanya kesempatan dalam organisasi. Salah satu punca mengapa penyertaan masyarakat tidak sampai ke tahap maksimum kerana sosialisasi penting tentang hal ini masih terlalu terbatas garis pemisah masih terlalu tebal kepada ahli masyarakat. Kemungkinan ahli masyarakat itu duduk jauh daripada lingkungan liputan jangkauan media massa sehingga mereka kurang tahu tentang adanya kesempatan turut serta dalam organisasi. Kepentingan umum tidak memihak kepada masyarakat. Alasan mengapa masyarakat enggan turut serta di dalam pelaksanaan untuk kepentingan awam kerana keputusan tidak memihak kepada masyarakat. Misalnya pemerintah menetapkan kebajikan yang membenarkan penebangan hutan. Hal ini ditentang masyarakat kerana boleh mengakibatkan banjir. Kebajikan tersebut tidak memihak kepada masyarakat melainkan kepentingan para pengusaha. Dengan demikian masyarakat tidak akan turut serta dalam kegiatan tersebut. Undang-undang belum ditegakkan secara adil. Hal ini menjadi masalah dalam pelaksanaan kepentingan awam. Masyarakat masih berpendapat undang-undang berpihak kepada orang yang memiliki duit yang banyak dan mempunyai kuasa besar. Masih ada pengamal undang- undang boleh terima rasuah. Undang- undang selagi belum dihormati dan tidak dilaksanakan tanpa pilih bulu masyarakat akan mengalami kesulitan untuk turut serta dalam kegiatan secara maksimum. Kepentingan awam yang dilaksanakan dengan tidak mematuhi dasar-dasar pemerintahan yang baik akan sukar untuk bertahan lama. Hubungan etnik terjalin baik dengan adanya organisasi yang mantap.
KESIMPULAN
Hubungan etnik yang perlu diambil tahu ada lima jenis. Segregasi;. ertinya dipisahkan di dalam hal tertentu yang berasaskan satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan lain diasingkan. Umpamanya pengasingan di dalam perhubungan etnik, pelaksanaan dasar, perbezaan ras atau bangsa, di dalam kelas sosial dan agama, budaya dan adat resam, kawasan tempat tinggal dan sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam serta di dalam banyak hal. Pemisahan menyebabkan kurangnya interaksi etnik dan peluang di antara satu sama lain saling memahami terhad. Segragrasi berlaku sama ada dengan rela hati atau dengan cara memencilkan diri mahu pun dengan paksaan seperti di Afrika Selatan pada 1948 hingga 1994 pelaksanaan undang-undang Dasar Aparteid Segregrasi De Jure yang ketat terhadap individu atau kumpulan manusia. Segragrasi di Malaysia berlaku pada zaman pemerintahan British dan pengasingan etnik mengikut bidang kerjaya, dan tempat tinggal. Akomodasi; proses yang mana menyebabkan setiap kumpulan etnik hidup sedar selanjutnya menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang sudah wujud dalam sesebuah masyarakat. Kesedaran ini menyebabkan setiap kumpulan etnik menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati. Konsep tersebut mewakili A+B+C=A+B+C. A,B,C ialah dirujuk kepada budaya (Ting 1987). Konsep ini diamalkan di Malaysia. Akulturasi; kebudayaan berbeza diterima jadi kebudayaan sendiri tetapi budaya asal tidak hilang. Seperti kesenian lagu rap versi Melayu, pakaian suku kaum baju Kurung dipakai gadis Cina dan baju Cheong Sam dipakai oleh gadis Melayu, pada sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri diberi duit angpau, makanan barat Mc Donald, KFC dijadikan budaya amalan makanan kita, bahasa perkataan ta pau, Tosei dan rojak digunakan sebagai bahasa hari-hari. formula A+B+C = A**+B**+C**. Asimilasi; proses percantuman dan penyatuan antara etnik berlainan budaya hingga membentuk kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut (Gordon 1964) Asimilasi terbahagi kepada dua. Pertama Asimilasi budaya ialah satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan tuan rumah. Seperti bahasa, pakaian dan adat resam, untuk diamalkan dalam kehidupan harian masyarakat. Ke dua Asimilasi struktur, ialah satu proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial di dalam masyarakat dominan. Menurut (Ting 1975) Asimilasi adalah satu proses yang merujuk kelompok yang berfikir, berperasaan, dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Contoh orang Melayu di Thailand, Baba dan Nyonya di Melaka, orang Cina di Kelantan. Fomula A+B+C=A. A mewakili golongan doaminan, manakala B dan C mewakili golongan minoriti. Masyarakat berubah menjadi homogeneous dan Asimilasi mutlak atau sepenuhnya sehingga berlaku penghapusan penuh perbezaan dari segi budaya dan identiti. Amalgamasi; ialah perkahwinan campur di antara kumpulan etnik bercampur membentuk ras baru dan tanpa mengikut budaya asal mereka. Ia juga dianggap Asimilasi tahap tertinggi. Proses ini memakan masa lama, biasanya melalui beberapa generasi. Berlaku apabila terjadinya fenomena kahwin campur terutamanya dalam konteks masyarakat berbilang etnik dan kaum. Sebagai contoh kumpulan- kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru, atau budaya tanpa menurut budaya asal mereka. Di Melaka Amalgamasi berlaku perkahwinan antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po. Formula A+B+C=D yang mana A,B,C, kumpulan etnik berlainan, D mewakili Amalgamasi. (Fatimah 1984; Lee 1989; Mansor 1991). Untuk memastikan hubungan etnik kekal subur pelajaran mengenali ciri-ciri etnik sangat berguna untuk diaplikasikan di sesebuah negara. Negara kita pernah mengalami krisis perkauman yang dahsyat pada satu masa dulu, untuk mengatasi masalah ini mengambil masa lama untuk dipulihkan. Selanjutnya pengajian tentang hubungan etnik di Malaysia harus dipelajari.
Rujukan
Anonyamos user (2016)[atas talian] sumber :Wikipedia http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956 (2 November 2016)
Anonymous user (2017) , [atas talian] Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu#Perlombongan [2 November 2016].
An anonymous, (2017) [atas talian] Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei [3 November) 2016]
DALIA ISMAIL(2015) [atas talian] Sumber: http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/15-berita/597-hubungan-antara-kaum-longgar-akibat-percakaran-politik-kata-pengarah-perpaduan [7 November 2016]
Lailysuhada, Zaman Penjajahan Di Tanah Melayu (2014) [atas talian] Sumber: http://lailysuhada.blogspot.my/ (sunday 8 November 2016)
Perang Bosnia: Kerajaan Serbia Terhadap Umat Islam (2013) [atas talian] sumber: http://keajaibansemester.blogspot.my/3013/04/perang-bosnia-kekejaman-serbia-terhadap.html?m=1 (2 November 2016)
Ruby, Bijih Timah Di Negeri Perak(2014) [atas talian] Sumber: http://ruby.my/2014/07/bijih-timah-di-negeri-perak/ [2 November 2016].
Rusmiza-rusle (2011),Intedrasi Dan Perpaduan Kaaum [atas talian] Sumber: http://rusmiza-rusle.blogspot.my/2011/06/integrasi-dan-perpaduan-kaum.ht\ml [2 November 2016]
Riyanardiana (2010) [atas talian] sumber: http://riyanardiana.blogspot.my/2010/12hal-hal-yang-menyebabkan-masyarakat.html?m= (Wenesday,Disember 1,2010)
Zamwan, Wikipedia Empayar Uthmaniyah (2017) [atas talian] sumber; https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyah [17 Februari 2017]
Dasar Ekonomi Baru (2017) sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru (2 Februari 2018 )
Disunting
pertama : Sabtu 3 Februari 2018 1:01 pt
ke dua : Ahad 24 Oktober 2021 11:11 am
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0Catat Ulasan
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0