google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 RAWATAN SAKAgoogle.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0



Kerana Allah Merawat Saka. Pada hari Rabu 26 hari bulan April 2017. 8 malam aku sama c Azman (bukan nama sebenar anak saudara) pergi unit wad kecemasan Hospital Besar Tawau. Dalam perjalanan dari rumah ke hospital aku rasa memang sakit teruk sangat. Sampai nafas pun susah ditarik dan susah hembus ketika itu di bahagian dada memang tidak selesa betul bernafas. Untuk ikhtiar supaya senang bernafas tali pinggang keselamatan terpaksa aku buka. Tiap detik perjalanan sakit semakin teruk aku hanya mampu mengucap dua kalimah sahadat. Pada hemat aku ini memang tepat ciri ciri sakit jantung.

Sampai di hospital di unit kecemasan aku terus dibawa masuk dan diperiksa mesin pengimbas jantung kardiovaskular setelah itu lingkungan masa 1 jam hingga 2 jam menunggu giliran dirawat  di bilik nombor 29 hospital lama kalau tidak silap, Masa itu aku sempat whatsapp dengan Kak S (kakak no4) dan abang O (Abang no7). Setelah dipanggil masuk ke bilik rawatan, doktor periksa rekod perubatan aku didapati sihat dan tiada dibagi ubat apa apa pun untuk penyakit denyutan nadi dan dada sakit sedangkan aku sakit teruk betul tadi.  Doktor tanya kalau ada sakit lain? Aku cakap penyakit sembelit seumur hidup ini pertama aku rasa sembelit.

Aku minum ubat sembelit 15 cc alhamdulillah sembelit dah hilang. Khamis 27 April 2017 jam 7 pagi aku disuruh ambil darah di klinik Kesihatan Tawau Kubota kerana hujan lebat seharian niat pergi klinik terpaksa ditunda esok. Pada malam itu mulut rasa kebas berdenyut seakan tertarik ke belakang seperti serupa kena serangan strok tapi belum sampai tahap mulut bengkok tapi mulut kanan memang dah keras macam papan. Kesan sakit itu aku tidur 1 jam 10 minit sahaja. Pada esoknya 8 pagi aku mau pergi sendiri ke klinik tapi mulut keras terpaksa menumpang sama abang R (abang no5). Kebetulan pagi itu mereka sekeluarga mau pergi tanjung B.

Di hospital masa menunggu dipanggil ke bilik rawatan. Peristiwa ini aku ingatan betul aku ada whatsapp dengan kakak Kak S. Masuk yang ini sudah kali ke tujuh kali aku pergi bilik rawatan untuk masalah sama masalah denyutan nadi palpitation for in dan doktor tetap menjelaskan aku tidak ada penyakit berkaitan dengan penyakit itu. Dalam tempoh empat bulan sakit kali ini doktor cakap aku mau dibawa ke unit rawatan sakit “Gila” Apabila pulang dari Klinik lepas waktu solat Jumaat aku pergi rumah abang R berbual bual dengan Kak M isterinya tentang penyakit ku ini. Dia kata penyakit kita hampir hampir sama.

Kak M pun bercerita persamaan penyakit itu Masa dia rasa sakit teruk betul sampai dia bawa salinan pakaian baju pergi hospital besar Tawau minta ditahan. Sampai bilik rawatan hospital doktor cakap dia tidak sakit. Keluarganya ramai datang melawat dia sakit, kak ipar (isteri abang long) pun datang melawat waktu kak M sakit teruk. Sampai giliran c S (adik Kak M) datang melawat penyakit Kak M. c S dapat tahu bahawa penyakit itu serupa dengan c S penyakit dari keturunan SAKA. c S sudah sembuh berubat dengan cara rawatan tradisional SAKA / rawatan SAKA. c  S tahu tempat tukang ubat itu dan bersedia bawa kak M berubat di sana bila bila masa sahaja. 

Pada kelmarin Sabtu 29 April 2017 aku ada cerita juga dengan kakak no2 Kak H tentang aku sakit teruk sudah. Dulu penyakit berkurang atau hilang sama sekali dengan zikir dan solat. Dalam seminggu sekali sahaja sakit tapi sekarang tempoh dua hari sakit teruk berulang. Zikir pun tidak mampu melawan penyakit ini lagi. Ketika solat wajib terasa roh keluar dari badan. Oleh sebab itu solat terpaksa tangguh buat sementara. Dengan niat insya-Allah sembuh nanti pasti tunai solat fardu. Melalui kisah sakit ini Kak M  yakin penyakit kami 98 peratus sama saka.

Dari tahun 2015 hingga sekarang tahun (2017) Alhamdulillah Kak M sihat wal-afiat, sudah dua tahun bebas dari gangguan SAKA. Jika sakit biasa makan ubat hilanglah ia tetapi saka pergilah jumpa doktor banyak mana pun malah anda dia cakap gila. Untuk rawatan SAKA RM 250 dan satu ekor ayam hitam. Kos ini Kak H beri aku RM 300.00. Hari Isnin 1 Mei 2017 waktu cuti hari pekerja di tanjung B ada acara kahwin. Waktu itu tukang ubat (makcik c B) ada dijemput datang di sana. Kak M akan runding bila masa sesuai kami datang di rumah tukang ubat saka itu. Kami tidak boleh datang sesuka hati sebab adat berubat memang begitu.


Empat Masalah TERBESAR rawat saka:

SYIRIK aku sakit teruk tapi orang bercakap cara rawatan itu syirik mereka tidak rasa penyakit teruk yang aku rasa. Mereka tidak memberi ikhtiar lain merawat penyakitku. Di Tinagat bapa c A Haji AR Arwah anaknya c N sakit hingga meninggal akibat SAKA tidak dirawat alasan syirik bapanya tidak mahu terlibat dengan dosa besar akidah terpesong berubat cara tradisional cara khurafat karut. Kak M bercerita serupa keluarganya yang generasi baru melarang dan membakar semua adat yang disimpan dalam rumah mereka. Adik beradik Kak M iaitu c E dan c A kuat agama tidak percaya karut katanya. Setelah dibakar. c N (adik bongsu Kak M) kena kacau.

c N  terjun dari rumah dan pandu kereta dari Tanjung B setelah sampai di CP Balung baru dia sedar dia pandu kereta seorang diri sendiri. Punca penyakit sebab suami c N membakar rumah SAKA itu. Itulah c N pun kena kacau, Kak M pun kena kacau. Banyak lagi kisah gangguan luar biasa dialami tapi cerita ini sahaja sempat diceritakan. Rawatan buang saka dengan Guru M dia minta kos RM 700 sahaja. Kami janji mau datang berubat setelah duit cukup sudah nanti. masalah sekarang keadaan terlalu mendesak tempoh sakit ku terlalu kerap berulang. Kemampuan duit amat terbatas kos cukup cukup RM 300 sahaja di dalam tangan.

Untuk pergi berubat dengan guru duit kena tambah RM 400 lagi baru cukup RM 700. Risau juga nanti ada sesalan di kemudian hari. Dengan Kak M kos RM 250 sahaja dia pernah berubat pada tahun 2015. Maksud tetap sama rawatan SAKA kos berbeza. Kak Y (anak saudara) waktu kena gangguan keturunan SAKA dirawat cara perubatan Islam tulen 100 % peratus menerusi ustaz pakar SAKA tanpa menghantar makanan pulut kuning. Dengan ustaz ini syirik boleh dielak. Masalah terbesar ustaz itu sudah balik ke semenanjung. Ingin ke sana kos tinggi. Lokasi ustaz pun kami tidak tahu. nombor  telefon juga sudah hilang. aku pula sudah terdesak perlu rawatan segera. 

Pusat rawatan sifat Rukyah aku sudah cuba tapi perawat itu kata aku mengalami “gangguan mistik” Fikiran aku rawatan ini diambil kerana tidak ada jalan lain lagi untuk rawatan segera. Penyakit kalau datang memang menakutkan. jika ada rezeki lebih Insya-Allah aku ingin jumpa ustaz pakar buang SAKA  dengan rawatan KAJA. Aku risau juga akidah akan terpesong sangat bahaya. Sekarang kena redha, kerana ia di buat atas dasar alasan kesihatan dan tidak ada pilihan lain. Di Balung ada rawatan saka percuma. Perawat kata jika anda makan ubat siapa menyembuhkan ? Kami jawab ubat tapi perawat itu kata Allah berkuasa itu penyakit sembuh. Begitu juga rawatan saka katanya.


Lima Cara Rawatan Saka




1. ​Rawatan KAJA

Pada Khamis 11 Mei 2017 7:55 PM abang R membawa aku berjumpa dukun di Kampung Sungai Imam, Jalan BOMBALAI Laut, Tawau, untuk rawatan buang saka. Semasa di sana kami hanya berbual dengan dukun perempuan dan dukun lelaki tentang rawatan saka. Orang zaman sekarang kebanyakan tidak percaya rawatan saka mereka sanggup mati kerana menganggap ini rawatan cara syirik. Dukun hanya meminta bahan di bawah untuk TIMBALUN nanti. Pesakit tidak boleh datang sesuka hati minggu depan kami disuruh datang malam Jumaat. Rawatan ini istilah dalam perubatan perubatan ialah diagnosis. berikut adalah bahan dia minta.


Diagnosis

Telur ayam kampung    

3 biji

Mangkuk putih

1 biji

Air mineral

1.5 liter



Dukun meminta kami datang semula dengan bahan-bahan itu pada hari Khamis malam Jumaat. Dukun memulakan upacara merawat pesakit dengan membaca mantera kemudian dukun dirasuk saka yang mengganggu pesakit itu (aku) dan saka menangis sedih teresak esak kerana keluarga pesakit (kami) tidak beri dia makan sudah puluhan tahun lamanya dia dibiarkan begitu sahaja. Kami generasi baru mana tahu kisah datuk nenek ini semua kisah pesakit belum lahir. Saka meminta makan hanya sekali dengan cara makanan itu hantar di kuala sungai pada malam Jumaat. Berikut adalah bahan-bahan diminta oleh saka yang merasuk ke dalam perawat tadi.



Makanan Saka

Ayam hitam

1 ekor

Pulut hitam

1 kg

Pulut kuning 

1 kg

Pulut coklat

1 kg

Pulut putih

1 kg

Rokok

bungkus

Lilin

1 pek

Colok

1 pek

Air kelapa muda

1 biji

Telur ayam rebus   

3 biji





Dukun pesan apabila ayam hitam dibeli jangan ditawar harganya. Bahan ini dukun yang memasak. Pada malam Jumaat itu dukun minta seisi rumah pesakit datang sama-sama menikmati hidangan itu dan hidangan itu dikirimkan juga kepada mereka di rumah yang tidak sempat ikut. Hidangan itu sebahagian sudah disediakan di tempat khas disebut Ungkal atau (perahu). Ia akan diberi kepada saka dengan cara Ungkal dihanyutkan di kuala sungai yang mengalir ke laut. Dukun meminta pesakit menulis senarai nama seisi serumah. Pesakit membaca senarai nama itu di hadapan Ungkal dengan niat ini makanan kami kepada kamu saka jangan ganggu kami lagi.
Berikut ialah senarai nama arwah bapa dan arwah emak, arwah atuk dan arwah nenek sebelah bapa dan arwah atuk dan nenek sebelah emak yang sudah meninggal.



Nama arwah bapa, mama, atuk, dan nenek

 

Arijalun bin Dayan

Bapa

Shahariah binti Abtil

Mama

Salamah binti Juna

Nenek sebelah bapa

Dayan bin Mujan

Atuk sebelah bapa

Halimah binti Gandahan    

Nenek sebelah ibu

Abtil bin Asakil

Atuk sebelah ibu



Anak saudara tinggal serumah

 

Mohd Raffih bin Roslan   

Suami 

Sylvia binti George

Isteri

Mohd khairul

Anak no 1

Syakirah Atirah

Anak no 2

Syakila Atiqa

Anak no 3

Mohd Adeeb

Anak no 4

Syafiyah Aqila

Anak no 5


    

Adik beradik tinggal satu rumah

 

Sanusi bin Arijalun

Kakak

Hasiah binti Arijalun   

Pesakit (adik)

 




Sebelum Ungkal dikirim ke laut dukun memulakan upacara dengan membaca doa selamat dan tolak bala setelah itu dukun meminta pesakit membaca semua nama ditulis tadi di hadapan Ungkal atau makanan dihidangkan di dalam talam kepada saka itu dengan niat ini makanan ini daripada kami sekeluarga sudah diberi meminta setelah permintaan makanan ini diberi kepada kamu jangan menganggu keluarga kami lagi. Setelah itu kami semua ikut serta bersama dukun membawa Ungkal dihantar kepada saka dengan menghanyutkan makanan (ungkal) itu di kuala sungai yang arah aliran sungai mengalir ke laut. Setelah itu rawatan tamat.




2. ​Rawatan Sorong Satu Talam

Dengan cara Makasar di buat oleh kak M. Dia ketua kami dalam kumpulan peminat radio. Dengan rawatan buang saka itu aku masih belum sembuh seratus peratus setelah Kak M merawat aku saka itu membisik kak M memberitahu semasa rawatan saka itu ada satu bahan tercicir, kemudahan kak M membawa aku ke tempat dukun itu semula dengan rendah hati kak M meminta izin makanan itu ditambah dengan sebiji air kelapa muda. Setelah perbincangan berlangsung secara diplomasi. Akhirnya kata putus dukun setuju makan itu ditambah. Berikut adalah bahan bahan diminta untuk rawatan kali ke dua dengan kak M.


Rawatan sorong satu talam

Air kelapa muda

    1 biji

Air kopi 

250 ml

Gula

  10 g

Nasi

100 g

Telur ayam rebus

    1 biji

Air basuh tangan    

200 ml

Rokok  

    1 bungkus




Hidangan ini diletak dalam talam dan Kak M membacakan doa meminta saka jangan ganggu pesakit buat selamanya. Saya terhutang budi kepada kak M kerana dia keluar belanja sendiri bantu merawat aku. Setelah itu kak M buat rawatan susulan hanya melalui whatsapp, Dia seronok merawat aku kerana perkara luar biasa banyak kami alami. Setelah sebulan lebih kurang rawatan susulan dengan cara aku diberi minum air jampi. Akhirnya penyakitku beransur ansur hilang. Ada sakit pun tidak seteruk dulu.. Pada masa itu aku sudah boleh solat fardu lima waktu. Waktu itu pelik tiap baca ayat kursi badanku memberi reaksi luar biasa bergerak sendiri.

3​Rawatan Membuang Saka Dengan Solat Fardu •Solat mesti tepat pada masa jangan terlalu lewat sangat hingga terlajak waktu.
•Tasbih, Tahmid dan takbir dengan tertib jangan terlalu laju atau jangan terlalu perlahan.
•Ayat Kursi baca dengan tertib dan perbaiki sebutan, ayat ini jangan sengaja ditinggalkan
•Solat dilaksanakan dengan tertib jangan bergerak terlalu cepat dan terlalu perlahan.
•Solat tepatan masa guna jam penggera berbunyi 10 minit sebelum masuk waktu.
•Ketika anda berdiri di atas sejadah tapak kaki harus di atas sejadah rata untuk elak rakaat terlupa.


Pada masa yang sama aku tidak putus mendengar bacaan surah Al-Quran di You Tube “Rukyah untuk Diri Sendiri.” Setiap kali bacaan ini berakhir badan memberi reaksi sangat luar biasa seperti ikan baru dipancing di letak di atas tanah. Aku tidak ingat berapa kali reaksi luar biasa itu berulang yang pasti ia banyak kali setiap rukyah di hujung bacaan terakhir surah An-Nas. Rukyah paling terbaik ditengah apabila anda hendak tidur kerana ia paling suka menganggu pesakit ketika hendak tidur. Pesakit sangat sukar untuk tidur malam kerana anda tidak akan mengantuk sedikit pun. Jika mengantuk sekali pun anda tetap tidak boleh tidur. ini ialah link rukyah tersebut https://youtu.be/gQ9zaKs44kE





4. ​Rawatan Buang Saka Baka Cara Dato Ustaz Sahran Gerbang 2007


 Rawatan Islam

 

Limau purut

28

biji, untuk 14 hari 1 pagi / pt

Limau nipis

21 

biji, kegunaan 21 hari

Daun bidara

49

helai, untuk 7 hari 7 helai kisar 

Bismillahirahmanirahim  

21   

kali, untuk minum / mandi 





5. Rawatan saka cara tradisional. 
Di Sandakan di sebuah pulau, kalau pergi ke sana anda mendarat di Tanah Merah. kali ini kos rawatan,. perjalanan pergi dan balik dari Tawau Semporna, Sandakan dan ke pulau HJH. J  belanja. Dia ialah pelanggan setia ku sejak bertahun lama sejak 2008. Dia bersimpati dengan aku kerana tempoh sakit lebih kurang setahun aku kehilangan sumber pendapatan kerana tidak boleh bekerja. Aku sudah pulih 90 % tetapi masalah setiap kali baca ayat kursi badan beri reaksi luar biasa secara spontan bergerak sendiri sekalipun selepas solat dan dibaca ketika baring di atas katil. Berikut adalah Bahan bahan diperlukan.


  

Rawatan tradisional

 

Kain putih

½ meter

Baldi

1 biji 15 liter lebih kurang

Gayung

2 biji

Kain sarung   

1 helai



Dukun dan pesakit duduk bersila di hadapan mangkuk kemenyan dibakar di dalamnya, minyak masak daripada kelapa diletak di dalam pinggan putih, telur ayam kampung satu biji diletak di dalam pinggan. Selepas itu dukun membaca mantera sambil  pusing telur ayam yang di lumur minyak masak hingga telur ayam itu berdiri tegak kemudian dukun lepas dan pada ketika itu pesakit mesti ambil telur itu kemudian dukun menggulingkan telur dari ubun ubun hingga ke bawah dagu, dari bahu kiri hingga ke hujung jari dan dari bahu kanan hingga ke hujung jari. Dukun mengulang hal sama sebanyak tiga kali. 

Setelah itu dukun merebus telur ayam kemudian pesakit disuruh makan telur rebus itu. Pada esok paginya sekitar jam 7.00 am pagi  Pesakit pakai kain sarung duduk di atas bangku kecil dan dekat baldi berisi air setelah itu dukun menggunakan gayung menyiram air tiga kali di atas kepala pesakit yang ditutup dengan kain putih kemudian kain putih disidai dia atas tali jemuran khas dan dukun suruh pesakit mandi dengan sisa air itu hingga habis. Jika penyakit teruk pesakit dimandikan cara sama sebanyak tiga kali setiap pagi. Alhamdulillah aku mandi sekali sahaja rawatan sudah tamat. 

Disunting 20 Januari 2021
disunting 4 Julai 2019

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Ulasan

google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0
google.com, pub-8424054032830408, DIRECT, f08c47fec0942fa0